MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Feb 2009

Polis arah teman lelaki Elizabeth bantu siasatan



Oleh ZANARIAH ABDUL MUTALIB


KUALA LUMPUR Polis hari ini meminta bekas teman lelaki ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang dikenali sebagai Hilmi Malek untuk tampil bagi membantu siasatan berhubung kes penyebaran foto dan rakaman video separuh bogel Adun terbabit.



Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata jika Hilmi tidak tampil membantu siasatan pihaknya akan bekerjasama Interpol untuk memburu beliau yang dipercayai sedang berada di luar negara.


"Kita masih belum dapat menghubungi bekas teman lelaki mangsa (Wong)untuk diambil keterangannya.


"Beliau (Hilmi) disarankan untuk tampil supaya membersihkan namanya. Jika beliau tidak tampil, kita terpaksa memburunya,"katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di sini.


Selain itu Muhammad Sabtu berkata, pihaknya turut menyangkal laporan media bahawa kononnya polis telah menangkap suspek yang terlibat dalam kes ini.


"Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat.Pihak polis hanya merakam percakapn dua orang pemberita daripada Malay Mail pada jam 8:30 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.


"Percakapan tersebut telah diambil oleh pegawai penyiasat terdahulu kerana temu janji telah pun dibuat sebelum ini oleh pegawai penyiasat berkenaan,"ujarnya.


Beliau berkata setakat ini pihak polis telah mengambil keterangan daripada empat wartawan untuk membantu siasatan kes tersebut.


Selain itu, Muhammad Sabtu berkata pihaknya menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa seseorang telah membuat perangkap untuk merakam gambar tersebut.


"Pihak polis percaya,gambar itu telah dirakam oleh orang yang dikenali oleh pengadu,"katanya.


Ketika ditanya berapa jumlah gambar yang diterima oleh polis berhubung kes ini, Muhammad Sabtu berkata pihaknya menerima dua keping gambar dalam bentuk cakera padat.


Katanya,polis telah menerima kertas siasatan penuh daripada polis Selangor semalam.


Selain itu, beliau meminta pihak media supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menokok tambah cerita dalam kes ini.


"Pihak polis tidak mahu hal-hal peribadi pengadu dan mana-mana pihak di spekulasikan kerana ia akan menganggu proses siasatan yang sedang dibuat dan demi keadilan semua pihak,"ujarnya.


sumber - mstar

Tiada ulasan: