MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Feb 2009

Demokrasi diliwat Anwar, ADUN diperangkap tandatangani Perjanjian Pangkor II

Lihatlah betapa gabranya Anwar. Dia menggunakan surat akujanji 2 ADUN tersebut sebagai kenyataan bahawa keduanya telah meletakkan Jawatan. Sungguh hina Anwar. Di satu sudut mengatakan hinanya Melompat Parti tapi dia mengalu-alukan Nasaruddin melompat Parti.

Jamaluddin dan Osman Jailu belum buat apa-apa pengumuman lagi. Tapi mereka telah dianiaya melalui Surat Akujanji yang Anwar paksakan kedua mereka tandatangan terdahulu. Dalam Surat Akujanji tersebut, sekiranya Melompat Parti akan dianggap Meletakkan Jawatan sebagai ADUN.

Persoalannya, adakah surat itu sah di sisi Undang-undang Pilihanraya? Anwar telah terperangkap lagi... Kelemahan Anwar ialah Cepat Melatah dan semua orang tahu kelemahannya ini.

SPR tidak akan melayan hal tersebut. Surat Yang Dipertua Dewan akan dikaji dan SPR ada hak untuk mengesahkan sendiri daripada 2 orang ADUN ini samada mereka melatakkan Jawatan ataupun tidak.

Sekarang siapa yang mengamalkan Undang-undang Anti Lompat? Anwar lah jawapannya. Sungguh hinanya Anwar ini.

Dan yang paling penting di sini. Osman dan Jamaluddin tiada pun membuat sebarang pengumuman.

Kini seorang lagi ADUN DAP akan keluar parti. Beliau ialah ADUN Jelapang.
BERITA TERPECAH:

seorang lagi hilang!!!!! Timbalan Speaker DUN Perak daripada DAP HEE YIT FONG dilaporkan "hilang". Ini ekoran beliau tidak hadir MAJLIS DAP dan mensyuarat dengan MB Perak hari ini. Usaha DAP hubunginya melalui telefon juga tidak berhasil. Beliau dikatakan TIDAK SEHALUAN dengan Pengerusi DAP Perak.

Pengamal Undang-undang menyatakan sekiranya, ADA SURAT TERBARU DARIPADA 2 EXCO PERAK menyatakan tidak letak jawatan MAKA SURAT AWAL SEBELUM PEGANG JAWATAN adalah dengan ini TERBATAL!!!!

sumber - Perakbangkit

1 ulasan:

Atui Dtabasan berkata...

Perkara serupa pernah terjadi di Sabah (PBS) bila mana semua wakil rakyatnya diminta menandatangani surat akujanji tanpa tarikh malah mereka(PBS) juga berjaya membuat akta "anti lompat" untuk menghalang perkara itu dari berlaku. Ya masa Anwarlah ramai adun-adun dan ahli parlimen PBS melompat ke UMNO dan sadisnya surat akujanji tsb serta akta anti lompat itu tidak pun tidak diterima oleh mahkamah atas alasan tidak selari dengan pelembagaan persekutuan. Bagaimana pula kes sekarang ini berlainan.