MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Feb 2009

Kes liwat :Keputusan semakan pendakwaan diketahui 5 Mac

KUALA LUMPUR – Keputusan berhubung permohonan semakan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes liwat yang dituduh terhadap Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal diketahui 5 Mac depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden selaku ketua barisan pendakwaan dan hujah bantahan Peguam bela, Sulaiman Abdullah, selaku ketua barisan pembelaan.

Dalam prosiding kelmarin di mahkamah yang sama, Mohamad Zabidin menolak bantahan awal Anwar Ibrahim terhadap rayuan pendakwaan untuk kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Hakim itu dalam keputusannya kelmarin berkata, permohonan bantahan awal yang dikemukakan pihak pembelaan bagi membantah permohonan semakan yang dilakukan pihak pendakwaan sebagai pra-matang.

Terdahulu dalam prosiding semalam, Sulaiman dalam hujah bantahannya memberitahu, empat alasan yang dikemukakan pihak pendakwaan sebagai alasan untuk memindahkan kes anak guamnya ke Mahkamah Tinggi sebagai tidak munasabah.

“Alasan kedudukan tertuduh dalam masyarakat sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Parlimen serta bekas Timbalan Perdana Menteri adalah sesuatu yang tidak munasabah kerana ia tidak memberi kesan terhadap kes ini.

“Selain itu, alasan bahawa kes ini menarik perhatian awam di dalam dan luar negara dan melibatkan kehadiran ramai penyokong yang luar biasa sehingga memerlukan kawalan keselamatan ketat daripada pihak polis bagi menjamin keselamatan di mahkamah, juga tidak munasabah.

“Dan alasan bahawa kes ini melibatkan isu undang-undang yang rumit berhubung dengan keterangan DNA juga tidak munasabah. Ini kerana jika di Mahkamah Sesyen ia tetap akan memerlukan testimoni daripada pakar,” katanya sambil memberitahu kepakaran seorang pakar berhubung DNA turut digunakan dalam kes melibatkan rogol.

“Alasan yang diberikan oleh pendakwaan ini adalah satu hujah yang palsu dan ia tidak seharusnya dilayan,” katanya.

Sulaiman dalam hujahnya turut menekankan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, SM Komathy Suppiah yang memutuskan sijil pindah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai tidak sah adalah tidak tersalah arah.

“Berdasarkan kepada rekod lampau, jelas menunjukkan Anwar dan Peguam Negara mempunyai hubungan tidak baik dan mempunyai perkara masih tidak selesai yang memerlukan penyiasatan lanjut. Ini mewujudkan persepsi bahawa Peguam Negara mempunyai ‘kapak untuk menghancurkan Anwar sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil’.

“Ini kerana, Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) telah memberi jaminan bahawa Peguam Negara tidak akan campur tangan dan terlibat dalam siasatan kes ini (ini bermakna Peguam Negara juga tidak boleh menandatangani sijil pindah untuk memindahkan kes Anwar),” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Yusof dalam hujah balasnya berkata: “Walaupun pihak pembelaan boleh mencabar berhubung isu sah sijil pindah berkenaan, tetapi ia tidak patut dilakukan di Mahkamah Sesyen.

“Pihak pembelaan seharusnya melakukannya di Mahkamah Tinggi atau di peringkat mahkamah yang lebih tinggi,” katanya.

sumber - Sinar harian


Tiada ulasan: