Biasanya, sejak dari zaman Institut Kajian Dasar (IKD) - ucapan Anwar di forum antarabangsa memang dahsyat. Impactful. Tersusun. Punya idea yang bernas. Substantive. Big pictute. Tapi sayang, ucapan Anwar di Doha - kurang kesemuanya. Tiada impak.
Adalah sebut sedikit tentang kehadiran Obama sebagai gelombang pemikiran baru hubungan dunia Islam - Barat (ataupun Amerika secara khusus). Anwar puji gelombang demokrasi Indonesia. Kematangan demokrasi Turkey. Tetapi tidak membayangkan apa yang terlalu hebatnya demokrasi di kedua-dua negara tersebut.
Apa bentuk demokrasi Malaysia yang Anwar sebenarnya gila-gilakan. Itu yang kita nak tahu. Demokrasi ala republik - di mana Anwar Ibrahim sebagai Presiden dan punya kuasa mutlak? Dipinggirkan semua Raja-Raja bagi memberi tempat kepada Anwar?
Inilah masalah utama Anwar, tidak pernah nak membayangkan yang baik dalam Negara. Asalkan tidak memihak kepadanya, maka perkara itu adalah tidak elok dan tidak demokratik. Ayuh kita cabar Anwar gariskan cita-cita demokrasi sebenar yang dia mahukan di Malaysia. Nyatakan secara terperinci. Jangan selindung-selindung.
Kita mahu Anwar Ibrahim terus terang bahawa sememangnya beliau seorang ‘Republikan’ totok. Yang menganggap Raja/Sultan sebagai penghalang kepada demokrasi yang kental dan hidup. Nyatakanlah terus terang. Ataupun terpaksa mendiamkan diri daripada segi ini - kerana tidak mahu ada ‘political repercussions’.
Bagi mereka yang maklum dan biasa dengan gelagat politik Anwar akan faham bahawa ini sebahagian daripada ‘forte’ politik Anwar. Tahu bila nak menyerang. Jangan tersalah langkah. Kalau tersalah langkah; pusing cepat-cepat. Tentang lidah tidak bertulang - boleh dianggap sebagai asas utama gelagat politik Anwar.
Dalam ucapan di Doha, Anwar hanya bercakap tentang amalan demokrasi yang baik. Tetapi tidak diperincikan. Sebut pun setakat ’sekali lalu’ sahaja. Tidak macam Anwar yang biasa. Seperti ada yang tidak terlalu mahu didedahkan awal.
Di IKD dulu lagi, dengan pembicaraan mengenai Jose Rizal, Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Iqbal - sebagai sebahagian daripada gelombang ‘Renaissance’ Anwar - adalah bertujuan menampilkannya sebagai pemimpin rentas sempadan - di rantau sebelah sini. Sampai sanggup bayar Fathi Yakan ribuan dolar Amerika - hanya untuk mewujudkan ‘linkage’nya dengan ulama’ tersohor dunia. Cekap Anwar berpolitik. Munafik maksimum.
Waktu itu, program IKD semuanya dilaksanakan di hotel lima bintang. Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung PAS sekarang) yang jadi kepalanya. Tak tahu dapat duit dari mana - tetapi program mesti mewah dan mendapat ‘coverage’ media yang maksimum.
Mungkin ini sebahagian daripada gelagat terbaru Anwar…biarkan serangan kepada Raja/Istana; sebagai jalan untuk menidakkan peranan Istana. Jangan bohong Anwar….gelagat ini kami sudah terlalu biasa.
Nyatakan pendirian, apakah benar Saudara mahu mendokong kepentingan Raja/Istana? Atau anda merasakan…Raja/Istana menjadi penghalang usaha sebenar anda?
Tolong jawab..
sumber - Gelagat Anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan