MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Feb 2009

Kes Liwat Anwar: Mahkamah tangguh dengar hujah kes Anwar - Berita Terkini 12 tengahari

Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB

[DIKEMAS KINI, 12 TENGAH HARI] KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi menangguhkan sesi dua hari untuk mendengar hujah permohonan semakan pendakwa untuk memindahkan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.


Ia berikutan permohonan yang dibuat pihak pembelaan supaya mengecualikan Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden daripada mengendalikan kes liwat tersebut atas alasan beliau mewakili Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat kes mata lebam Anwar.

Pihak pembelaan yang diketuai Sulaiman Abdullah memohon masa seminggu untuk menyediakan permohonan bertulis dan afidavit sokongan mengecualikan Mohamed Yusof.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamed Zabidin Mohd Diah memutuskan 25 hingga 27 Februari ini untuk mendengar permohonan berkenaan.

Dalam hujahnya, Sulaiman berkata, pihaknya baru sahaja menerima arahan untuk membuat permohonan itu daripada Anwar pagi ini.

"Yang Arif, kami sudah pun bersedia dengan hujah berhubung permohonan pendakwa raya untuk semakan pembatalan keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan kes Datuk Seri Anwar dipindah ke Mahkamah Tinggi.

"Bagaimanapun, saya baru sahaja mendapat arahan daripada Datuk Seri Anwar supaya memohon untuk mengecualikan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden daripada mengendalikan kes ini dan juga permohonan semakan kerana beliau mewakili Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat kes mata lebam Datuk Seri Anwar," katanya.

Permohonan itu bagaimanapun tidak mendapat bantahan daripada pihak pendakwa yang diketuai oleh Mohamed Yusof.

"Saya juga ingin mengetahui atas dasar apa saya diminta untuk dikecualikan," katanya.

Sesi mahkamah pada hari ini hanya berlangsung kira-kira 15 minit bermula pukul 10.30 pagi tanpa kehadiran Anwar.

Sulaiman berkata, Anwar memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada sesi hari ini kerana mempunyai hal yang mendesak.

Hujung tahun lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah memutuskan pendengaran bagi permohonan pendakwaan itu hari ini dan esok.

sumber: mStar Online

Tiada ulasan: