MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Feb 2009

PKR yang 'paksa' kami keluar, kata Jamaluddin dan Osman

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Behrang dan Changkat Jering hari Selasa secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN Bebas.

Bercakap kepada Agendadaily sejurus keputusan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu berkata, tiada sebab untuk mereka terus berada dalam parti itu.

Menurut Jamaluddin, beliau membuat keputusan berkenaan seteleh meneliti sikap dan keputusan PKR berhubung dengan surat perletakan jawatannya yang ditandatangani Mac lalu.

“Surat itu disimpan oleh PKR negeri Perak. Mana mungkin surat perletakan jawatan itu boleh disampaikan kepada Speaker DUN Perak jika bukan dihantar sendiri oleh PKR negeri.

“Bagi saya ini membuktikan sikap sebenar PKR. Dengan menghantar surat itu kepada Speaker Dewan ia juga boleh ditafsirkan mereka telah membuka pintu dan meminta…Jamal kamu keluarlah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan SPR yang menyatakan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering pada mesyuarat suruhanjaya itu hari Selasa.

Dengan keputusan Jamaluddin itu, kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS Perak kini mempunyai 31 ADUN termasuk ADUN Changkat Jering, Osman Jailu yang sehingga belum membuat sebarang keputusan.

Namun Osman dijangka akan mengikut jejak langkah Jamaluddin. Jika ini berlaku ADUN kerajaan campuran akan tinggal seramai 30 orang BN, 27 orang dan Bebas dua orang.

Ini akan menjadikan kerajaan campuran Perak mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja dalam DUN negeri itu.

Menjelaskan pendiriannya itu Jamaluddin berkata, untuk apa beliau terus berada dalam PKR sedangkan parti itu tidak mempertahankan beliau dalam kemelut politik yang berlaku di Perak.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak menerima keputusan yang dibuat oleh SPR tersebut dan secara sinis berpesan kepada kalangan pimpinan PKR yang telah memasang angan-angan untuk bertanding pada pilihan raya kecil di DUN Behrang agar “simpanlah sahaja angan-angan itu”.

Beliau juga bertekad untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan dan memenuhi harapan para pengundi di kawasan tersebut.

Osman pula berkata, beliau yakin dengan keputusannya itu beliau akan dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat Changkat Jering dengan lebih berkesan lagi.

Malah beliau menegaskan akan berkerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pembangunan dan nasib rakyat di kawasan yang diwakilinya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi.– 2/2/2009

-------------------

TERBARU: Tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) putuskan tiada pilihan raya kecil di DUN Changkat Jering dan Behrang kerana wujud keraguan dalam surat perletakan jawatan dan juga surat penafian letak jawatan yang diterima dari Speaker DUN Perak pada hari yang sama.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputuan itu dibuat kerana SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) bagi mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri berkenaan.

Menurut beliau, SPR memutuskan tiada pilihan raya di kedua-dua kawasan tersebut kerana menerima dua surat daripada Speaker DUN Perak iaitu memaklumkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan dan juga surat penafian perletakan jawatan dua ADUN tersebut.

“Mesyuarat hari ini telah meneliti dariapda segi perundangan, wujud keraguan dalam surat perletakan jawatan penyandang kerusi berkenaan memandangkan kedua-dua penyandang kerusi terbabit secara sedar telah mengesahkan surat berkenaan tidak berkuatkuasa. Jadi mereka kekal sebagai ADUN,” katanya.

SPR mengadakan mesyuarat khasnya ekoran menerima surat makluman pengosongan dua kerusi DUN iaitu Behrang dan Changkat Jering daripada Speaker DUN Perak, V. Sivakumar.

Ini berikutan adanya surat perletakan jawatan oleh kedua-dua ADUN iaitu Jamaluddin Mat Radzai dan Osman Jailu yang diterima Speaker berkenaan hari Ahad.

Namun, surat berkenaan dipersoalkan oleh Jamaluddin dan Osman kerana mereka tidak eprnah menghantar surat perletakan jawatan.

Surat itu sebenarnya surat perletakan jawatan tidak bertarikh yang telah ditandatangani mereka selepas pilihan raya umum Mac 2008 sebagai surat aku janji kedua-dua ADUN berkenaan dengan PKR.

Berdasarkan beberapa kes sebelum ini, surat seumpama itu tidak sah untuk digunakan sekiranya ADUN yang terbabit menafikan perletakan jawatan yang secara tidak langsung membatalkan surat yang telah ditandatangani lebih awal.

Mengikut Perlembagaan, seseorang ADUN boleh menulis surat dan meyerah surat perletakan jawatan kepada Speaker DUN yang kemudiannya akan memaklumkan kepada SPR. Kemudiannya hanya SPR yang boleh mengisytharkan sama ada kerusi berkenaan kosong atau tidak.

Menurut Abdul Aziz, PKR boleh mencabar keputusan yang telah dibuat SPR tersebut.

“Ini negara demokratik dan kalau PKR hendak cabar keputusan SPR di mahkamah, itu hak mereka. Tanggungjaab kita ialah untuk menentukan sama ada surat itu berkuatkuasa atau tidak dan mengumumkan pilihan raya kecil perlu diadakan atau sebaliknya,” kata beliau. – 3/2/2009

sumber - agendadaily.com






Tiada ulasan: