MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Feb 2009

Anwar, Tian Chua : Di mana perjuangan kebebasan media Elizabeth Wong ?



Kebebasan media yang memberikan akses kepada maklumat adalah elemen penting dalam politik baru. Lantaran itulah media arus perdana (MSM) dikritik hebat. Ada pihak yang merasakan MSM kita belum cukup terbuka. Saya fikir kritikan tersebut ada asasnya.

Persoalannya ialah adakah kita benar-benar ingin melihat kebebasan media atau ia sekadar retorik politik untuk membolehkan seseorang dipilih menjadi Ahli Parlimen atau ADUN?

Saya "tabik spring" kepada Ketua Penerangan PKR, Tian Chua apabila beliau turut memprotes bersama-sama dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat arahan melarang media berada di lobi Parlimen tidak lama dulu.

Bagaimanapun, ada dua laporan dalam media hari ini yang membuatkan saya berfikir adakah pemimpin seperti Tian Chua benar-benar ingin melihat kebebasan media atau mereka inginkan kebebasan media hanya selama mana ia menguntungkan mereka.

Dalam laporan The Star bertajuk "Boyfriend’s ex-boss centre of attention in Parliament":

The interview was abruptly stopped after Tian Chua, the Batu MP and PKR information chief, stepped in.

"Let’s respect others’ privacy. We’re going into people’s private affairs now. Leave her alone, this has nothing to do with politics, with her performance as assemblyman and exco member. Let’s stop this," he said.

Sementara itu, Agendadaily pula menyebut:

Bagi mendapatkan penjelasan beliau, Agendadaily telah menemui Tian Chua di lobi Parlimen hari Khamis. Apa yang mengejutkan apabila soalan tersebut diajukan kepadanya, Tian Chua yang biasanya 'mesra media' terus mengancam "If you ask me again, I (will) smash your head."

Sebagai Ketua Penerangan PKR, sikap Tian Chua boleh ditafsirkan sebagai sikap PKR terhadap media. Tentunya saya tidak fikir sikap sedemikian membantu ke arah mewujudkan media yang bebas.

Andainya kedua-dua laporan di atas adalah betul, maka Tian Chua sepatutnya meminta maaf bukan sahaja kepada pengamal media, tetapi juga kepada rakyat yang meletakkan harapan kepadanya untuk terus memperjuangkan kebebasan media di negara ini.

Oh ya, biar saya sebutkan juga bahawa tindakan Tian Chua dalam kedua-dua insiden di atas bukanlah satu kaedah pengurusan krisis yang baik. Tatkala dilanda krisis, beliau sepatutnya berhadapan dengan media dan menjelaskan sesuatu isu dari perspektifnya.

Saya fikir tidak rugi untuk seorang Ketua Penerangan PKR bersahabat dengan media.

Mungkin bagi Tian Chua isu gambar bogel dan siapakah teman lelaki Elizabeth Wong tidak penting. Namun saya fikir hak media untuk menulis mengenai Elizabeth Wong, Tian Chua atau mana-mana Ahli Parlimen atau ADUN yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya -- sama ada positif atau negatif -- adalah sesuatu yang perlu dihormati.

Itu kebebasan media, kan?

sumber - nobisha.blogspot.com

2 ulasan:

Warisan Tamar @ KL berkata...

media hanya dianggap adil dan benar bila mengatakan PR itu baik. sampai bilalah anwar dan PR terus perasan bahwa mereka adalah maksum drpd dosa!

Widuri3z berkata...

Tian Chua emosional sgt ttg kes Elizebeth tu ...bila media sebar berita negatif pasal PKR..mulalah cakap tak adil, tak bebas, hipokrit dll...

Kata agungkan demokrasi..."cakap tak serupa bikin" macam ketua dia, ANWAR..