MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini

NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Feb 2009

Calon PKR bertanding di DUN Bukit Selambau

MELAKA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mungkin akan meletakkan calon keturunan India bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah, berikutan peletakan jawatan penyandangnya, V Arumugam, semalam.

Penasihat parti berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata PKR akan meletakkan calon kerana ia sememangnya diperuntukkan kepada parti itu dalam pilihan raya umum lalu.

"Kemungkinan besar kita ganti calon keturunan India," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan ahli PKR negeri ini di Cheng, dekat sini, malam tadi.

Arumugam, 55, bekas mekanik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), memenangi kerusi DUN Bukit Selambau atas tiket Bebas dalam pilihan raya umum lalu, selepas mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) S Krishnan dengan majoriti 7,695 undi.

Anwar juga mengesahkan Arumugam sudah memaklumkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beliau, berhubung keputusannya meletak jawatan sebagai Exco kerajaan negeri dan Adun Bukit Selambau.

Mengenai pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak, berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, 50, Anwar berkata Pakatan Rakyat menyerahkan kepada Pas untuk menentukan calon mereka.

sumber - Berita Harian

Tiada ulasan: