MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Feb 2009

Anwar Ibrahim bukan penyelamat politik Malaysia - pemikir politik bukan Melayu



Oleh Helen Ting

Dengan berakhirnya larangan selama 5 tahun, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada hari ini telah mendapat kebebasan semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia dan pemilihan parti.

Kembalinya semula Anwar ke dalam politik adalah mengejutkan sepertimana kejatuhannya yang dramatik daripada kuasa dengan merujuk kepada pertikaian dengan bosnya sebelum ini, Perdana Menteri Dr. Mahathir.

Pilihan raya umum ke 12, parti memerintah Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di parlimen persekutuan dan pembangkang menguasai 5 dewan undangan negeri, telah digambarkan sebagai ‘tsunami politik’.

Buat kali pertama, parti berbilang kaum Anwar, Parti Keadilan Rakyat telah memenangi banyak kerusi parlimen daripada parti- parti pembangkang yang lain. Hasilnya, Dr. Wan Azizah, isteri Anwar, yang dipilih semula, telah menjadi Ketua Pembangkang.

Pengulas telah mentafsirkan keputusan tersebut sebagai satu sokongan kepada rayuan pilihan raya PKR untuk menggantikan tindakan afirmatif berdasarkan kaum yang berdekad lamanya dengan program bantuan yang berdasarkan keperluan. Mereka mempertikaikan politik perkauman dan penguasaan Melayu akhirnya telah digantikan.

“Rakyat telah memilih secara muktamad untuk satu era baru di mana kerajaan mesti benar-benar mengiktiraf bahawa semua rakyat Malaysia, tidak kira kaum, budaya atau agama adalah satu negara,” Anwar dengan sangat gembira mengumumkannya pada malam keputusan pilihan raya diumumkan.

Seorang yang menjadi kesayangan media asing, Anwar yang berkarisma dan mampu secara umumnya menerima liputan yang positif. Secara meluas dilihat sebagai bakal Perdana Menteri tanpa bertanding, pembangkang perlu menguasai Parlimen, dengan ramai rakyat Malaysia setuju untuk memberikan Anwar peluang.

Tetapi ramai yang memendam rasa sangsi mereka. Yang paling membimbangkan mereka timbul daripada ketidakpastian komitmen Anwar kepada fahaman pelbagai budaya.


Pertukaran agama - Murtad

Sehingga akhir 1980-an, penukaran agama Muslim kepada agama lain perlu disahkan dengan hanya membuat satu pengakuan bersumpah untuk mengesahkannya. Paling terbaru, pendaftar negeri enggan untuk mengiktiraf penukaran agama seperti itu melainkan disahkan oleh Mahkamah Syariah.

Kes yang terbaru telah menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah telah keberatan atau menolak untuk melaksanakan tugas mereka. Seorang Melayu yang menukar agama kepada Kristian, Lina Joy, mencabar kesnya di Mahkamah Sivil dalam usaha untuk mendapat status agama dalam kad pengenalannya diubah tanpa perlu melalui Mahkamah Syariah.

Lina kalah dalam kes tersebut dan perkara ini merupakan satu kekecewaan kepada mereka yang sememangnya khuatir dengan penghakisan berterusan peranan Mahkamah Sivil sebagai penjamin hak - hak dalam perlembagaan termasuk kebebasan agama. Anwar mengumumkan persetujuannya dalam keputusan kes tersebut.

Anwar pejuang sama rata ?

Kedua, walaupun sebahagian risalah kempen PKR menyerang peminggiran kerajaan terhadap pendidikan rendah aliran Mandarin dan Tamil, tetapi manifesto pilihan raya PKR tidak mengandungi sebarang langkah untuk memperbetulkan situasi tersebut. Rasa sangsi yang dipendamkan ini meningkat sama ada PKR akan mengubah status quo sekiranya ia menguasai kerajaan.

Kemudian terdapat soalan siapa yang akan menjadi Menteri Besar Perak selepas pembangkang memenangi negeri tersebut. Perlembagaan Perak mensyaratkan bahawa kerajaan negeri perlu diketuai oleh seorang Melayu walaupun syarat ini boleh diketepikan oleh Sultan.

Dalam perkara ini, tiada seorang pun daripada ahli dewan undangan negeri daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), parti yang berdasarkan kaum Cina yang paling banyak mendapat kerusi, adalah Melayu. Masih mempertimbangkan merit calon, Anwar dengan mudah menolak untuk memilih calon bukan Melayu sebagai Menteri Besar, menyebut tentang keperluan melindungi kedudukan Melayu secara politik dan ekonomi.

Semasa kempen pilihan raya, dia juga menyerang kerajaan sebelum ini kerana menaikkan harga petrol, dan mengumumkan dia akan menurunkan harga, sebaik sahaja memegang kuasa. Langkah tersebut amat popular, tetapi untuk melaksanakannya akan melibatkan kos berbilion ringgit untuk subsidi petrol.

Adakah ini dasar seorang pemimpin yang ‘berfikiran jauh’ apabila wang ini (subsidi) boleh digunakan untuk membiayai penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi pergantungan yang melampau terhadap kereta persendirian?

Anwar yang merancang untuk kembali ke parlimen dalam satu pilihan raya kecil, telah mengumumkan bahawa dia sedang bergerak ke hadapan untuk membentuk sebuah kerajaan persekutuan yang baru dengan bantuan pembelot daripada parti memerintah.

Satu soalan timbul sama ada ‘jalan belakang’ seperti itu dalam usaha untuk mendapat kuasa adil kepada pengundi yang cenderung untuk memilih parti daripada calon itu sendiri.

Sebelum ini parti pembangkang telah membela ‘undang-undang anti-lompat’, yang memerlukan wakil yang dipilih untuk meletakkan jawatan dan mengambil tempat untuk bertanding untuk pilihan raya kecil sekiranya mereka menukar kesetiaan politik.

Ia masih dilihat sama ada mereka akan melaksanakan standard yang sama kepada diri sendiri sekiranya mereka memegang kuasa.


Helen Ting menamatkan pengajiannya dalam PhD (sains politik) di Institut d'études politiques de Paris. Pada masa ini, dia berada di Kuala Lumpur, menerima lantikan di Institut Kajian Malaysia dan Serantau di Universiti Kebangsaan Malaysia.>

AIDC menterjemah Helen Ting, PhD sains politik di Institut d'études politiques de Paris. Artikel asal klik di sini


Tiada ulasan: