MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Feb 2009

Bekas calon PKR ditumbuk



Oleh Connie Monical (Sinar Harian)

Bekas calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suzaimi Salam, yang menghilangkan diri semasa hari penamaan calon N 43, Sementa, Klang hingga memberikan kemenangan percuma kepada Datuk Abdul Rahman Palil pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU – 12) lalu, cedera di bahagian muka akibat ditumbuk oleh dua lelaki dipercayai bermotifkan politik.

Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 6.40 petang di sebuah restoren di Seksyen 7, di sini semalam.

Menurut Suzaimi, beliau dihubungi seorang lelaki dikenali sebagai Jaafar yang ingin bertemunya untuk membeli insurans.

Bersetuju dengan permintaan lelaki tersebut, Suzaimi dan Jaafar serta seorang lagi rakan bertemu di restoren berkenaan.

“Sebaik sahaja saya duduk di meja restoren, Jaafar terus bertanya kenapa saya tidak bertanding pada pilihan raya itu.

“Mendengarkan soalan tersebut saya sudah mengesyaki yang kedua-dua lelaki itu mempunyai niat lain untuk bertemu saya, bukannya mahu membeli insurans, katanya ketika ditemui, semalam.

Belum sempat untuk bercakap, kata Suzaimi, Jaafar memberitahu terdapat dua lagi rakannya sedang menuju ke restoren tersebut untuk menemuinya.

“Sampai sahaja dua lagi lelaki, salah seorang daripadanya terus menumbuk muka saya sebanyak empat kali menyebabkan saya terkejut.

“Belum sempat untuk mengelak, seorang lagi rakannya melepaskan dua tumbukan tepat ke muka menyebabkan saya terus melarikan diri ke kaunter restoren mamak ini,” katanya.

Kejadian berkenaan disaksikan oleh semua pengunjung dan pekerja restoren berkenaan, bagaimanapun tiada seorang pun yang membantu kerana terkejut.

Menurut Suzaimi, beliau percaya penyerang tersebut bermotifkan politik kerana salah seorang yang melepaskan tumbukan itu berkata : “Aku undi tempat kau!”

Suzaimi yang juga Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Kapar sebelum ini membuat pendedahan ekslusif kepada Sinar Harian menjelaskan tindakannya sengaja tidak hadir pada hari penamaan calon PRU – 12.

Beliau ketika mendedahkan tindakannya itu berkata, ia dibuat kerana rasa tidak puas hati beliau melibatkan masalah dalaman parti yang ada berhubungkait dengan cara dan keputusan Jawatan Kuasa Pemilihan PKR Pusat dalam memilih calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kapar.



6 ulasan:

Mir P.J berkata...

orang pkr sememang nye sukakan kekerasan

taipingmali berkata...

Sekarang Nik Aziz dan Hadi Awang kena jawab...Siapa samseng???

Unknown berkata...

Tumbuk lagi hahaha...

makin pening Bro Anwar dok pikir masalah moral ahli2 diorang.

sumandak bayu berkata...

Ni bukti sahih keganasan PKR.. skang jawab la penyokong kuat PKR @ taksub ngan parti ni....

rezqeen hill berkata...

Samseng + Kekerasan + Langgar Undang² = Orang PKR

Bicara Sungai Pinang berkata...

pengganas rakyat, itulah PR
Pengganas kepada Rakyat, Pengkhianat Kepada Raja dan Rakyat that is Pppppppkkkkkrrrrrr