MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Feb 2009

Mujur Elizabeth Wong dan Hilmi tak ditangkap basah




Oleh Tarabulsi_2008, Tranungkite

"Hangat sekali skandal gambar bogel Elizabeth Wong, ADUN PKR bagi Bukit Lanjang. Gambar bogel itu diambi oleh Hilmi, boyfriend Elizabeth yang menurut phak polis telah mengadakan hubungan seks luar nikah dengan Elizabeth Wong. Mujurlah gambar bogel itu saja yang diedarkan. Apa kata kalau Elizabeth Wong dan Hilmi telah ditangkap basah. Kalau kena tangkap basah akan lebih hebat lagi skandal serta tamparannya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dah lah dua ADUN PKR dituduh rasuah di Perak dan kerana mereka nak lepaskan diri telah lompat parti dan menyebelahi BN hinggakan runtuh kerajaan PR di Perak.

Elizabeth Wong walau pun bukan beragama Islam menyedari isunya bukan sangat pendedahan gambar bogel tetapi lebih kepada zina atau hubungan seks luar nikah yang beliau lakukan dengan Hilmi yang terdedah dari siasatan polis. Itu yang menyebabkan beliau sanggup letak jawatan. Soal boleh atau tidak diaibkan Elizabeth Wong tidak tmbul sebab kita ada jawatankuasa pencegah maksiat.

Saya tabik Elizabeth Wong yang mahu letak jawatan sebagai ADUN PKR dan anggota Exco kerajaan Selangor.

Beliau mahu letak jawatan atas kesedaran bahawa perbuatan zina itu sesuatu yang tidak bermoral dan diharamkan bukan sahaja oleh agama Islam. Fahaman kristian pun melarangnya. Maka atas kesedaran bahawa beliau telah melakukan kesalahan dari segi moral, dan sebagai seorang yang berprinsip, beliau telah menawarkan untuk meletak jawatan ADUN dan Exco.

Walau pun Elizabeth Wong itu orang kita, iaitu orang PR, janganlah cuba putarbelitkan agama dalam membela beliau. Jangan rujuk kepada kes yang seumpama yang dilakukan oleh BN. Isu dihadapan kita adalah isu Elizabeth Wong, dan Elizabeth sendiri sedar yang beliau melakukan sesuatu yang hina dan tidak bermoral.

Elizabeth sendiri menyedari sebagai pemimpin rakyat beliau dituntut berkelakuan yang bermoral, beramanah yang boleh dicontohi. Atas kesalahan bahawa beliau telah melanggar semuanya yang murni itu lah beliau mahu letak jawatan.

Elizabeth Wong seorang aktivis hak asasi manusia, dan beliau sedar bahawa zina itu walau pun di kira okay dari segi hak asasi individu yang berteraskan fahaman sekular Barat, ianya masih di sisi budaya orang Asia di kira suatu perbuatan yang hina dan tidak bermoral. Maka bila gambar bogel beliau diikuti dengan pendedahan dari siasatan polis bahawa beliau ada hubungan seks luar nikah dengan seorang Islam bernama Hilmi, maka beliau telah tidak cuba membela diri atas nama hak asasi individu. Elizabeth telah menerima yang beliau bersalah, dan dengan itu menawarkan untuk letak jawatan ADUN dan Exco.

Saya sarankan eloklah diterima perletakan jawatan Elizabeth Wong dan pilihanraya kecil diadakan. Pilihanraya kecil itu membolehkan kita selain dari Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk buat "market test" kedudukan kita di kalangan mata rakyat waktu kini.

Menurut sumber-sumber tertentu, ada kemungkinan besar kita akan digemparkan lagi apabila MB Selangor Tan Sri Khalid pasti akan didapati bersalah atas tuduhan menyalahgunakan kuasa. Menurut sumber-sumber tertentu itu pihak BN dan polis punyai bukti yang kukuh yang boleh mensabitkan kesalahan.

Balik kepada kes Elizabeth Wong, jangan kerana dia PR maka ada orang PR yang cuba putarbelitkan hukum agama untuk menjernihkan yang kotor masakan Elizabeth Wong sendiri sedar beliau melakukan sesuatu yang kotor yang tiada ampunnya bagi seorang pemimpin masyarakat yang sepatutnya memperlihatkan contoh yang baik.

Okay setakat itu saja. Nak hentam saya, hentamlah. Nak kata saya talibarut UMNO, katalah.

Tarabulsi

sumber - Tranungkite

2 ulasan:

warisantamar @ KualaLumpur berkata...

JARANG BENAR AKU MEMBACA TULISAN MEREKA PRO PR SEPERTI INI. BUKAN MEMUJI TAPI AKU LEBIH MENGHARGAI ORANG YG MENGAKUI KESILAPAN DAN DOSA. KITA INSAN BIASA...JANGAN BERLAGAK MAKSUM DARI DOSA. IMAN BUKAN DIUKUR BERDASARKAN LOGO PARTI.

Unknown berkata...

http://lokmetaesh.blogspot.com/