MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Feb 2009

PAS Selangor minta Khalid jaga imej kerajaan negeri

Selang sehari selepas Kelab Penyokong Kerajaan negeri Selangor meluah sokongan tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bakal berdepan dakwaan rasuah salah guna kuasa, PAS Selangor menyatakan pendiriannya yang mahu Menteri Besar itu mengambil langkah munasabah bagi menjaga imej kerajaan negeri.

Parti itu juga meminta Abdul Khalid tidak menganggu proses undang-undang sekiranya kes salah guna kuasanya sebagai Menteri Besar didakwa di mahkamah.

Walaupun parti itu mengutuk usaha menumbangkan kerajaan negeri dengan berselindung disebalik isu-isu berkaitan, PAS negeri itu bagaimanapun mengalu-alukan usaha penguatkuasaan undang-undang termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segala aduan berkaitan integriti dan keamanahan.

Parti itu juga meminta SPRM dan Peguam Negara bertindak dengan dengan penuh kewibawaan dan darjah profesionalisme yang tinggi.

Dalam kenyataannya, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali meminta Abdul Khalid mengadakan pertemuan dari hati ke hati dengan pimpinan PAS negeri bagi mengetahui kedudukan perkara sebenar.

Pendirian PAS itu ekoran kenyataan SPRM yang mempunyai bukti kukuh terhadap Abdul Khalid yang didakwa salah guna kuasa menggunakan wang kerajaan negeri membiayai penyelenggaraan kereta peribadi dan membekalkan lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak.

PAS, PKR dan DAP membentuk kerajaan campuran di Selangor selepas pilihan raya umum tahun lalu dan Dr Hassan juga adalah Exco kerajaan negeri

"Parti itu juga mahu Abdul Khalid merujuk pandangan yang akan diambil kepada pimpinan tertinggi parti itu," kata Dr Hassan lagi.

Bagaimanapun, dalam kes membabitkan Menteri Besar Selangor, PAS negeri tetap berpegang kepada prinsip akan bersama pakatan rakyat mempertahan hasrat dan kehendak meletakkan negeri dalam kerangka bersih, amanah, telus dan berintegriti.

Sabtu lalu, pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Azmi Ali mengadakan sidang media bersama wakil rakyat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dari parti PKR, DAP dan PAS mempertahankan Khalid dan menyelar SPRM kerana kenyataan mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Menteri Besar itu.

Dr Hassan turut hadir dalam sidang media di Subang Jaya itu tetapi kenyataan PAS Selangor yang dikeluarkan Ahad jelas mahu Khalid berbuat sesuatu sekiranya di hadapkan ke mahkamah kelak demi menjaga imej kerajaan negeri serta parti lain.- 23/2/2009

sumber - Agendadaily





1 ulasan:

Widuri3z berkata...

Khalid, baru gertak dah gelabah...Lain kali jaga dalam kain sendiri. Kini, Selangor diambang keruntuhan...dek kerana pemimpin PR yang bermasalah.