MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Feb 2009

Anwar tolak perletakan jawatan Elizabeth Wong



Oleh G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Elizabeth Wong, yang memutuskan hasrat untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan ekoran tersebarnya gambar separuh berbogel, telah dinasihatkan agar bercuti buat sementara waktu.


Menteri Besar Selangor berkata, beliau telah menasihatkan Wong agar bercuti dan mengambil rehat yang sewajarnya.


Bagaimanapun beliau tidak menyatakan berapa lama Wong dinasihatkan supaya bercuti.


Nasihat yang sama turut diberikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi Parlimen, yang turut meminta Wong supaya mengkaji semula pendiriannya mahu meletakkan jawatan.


Semalam Wong berkata beliau telah menjadi "mangsa kejadian" penyebaran foto atau video separuh bogelnya, yang dipercayai disebarkan oleh bekas kekasihnya.


Media melaporkan bahawa bekas kekasihnya kini berada di luar negara.


Malam tadi kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengadakan dua mesyuarat - peringkat negeri dan peringkat kebangsaan - dari 8.30 malam tadi sehingga awal pagi ini bagi membincangkan isu Wong.


mStar Online difahamkan antara opsyen yang ditimbangkan dalam kedua-dua pertemuan itu ialah meminta Wong berundur daripada kedua-dua jawatan berkenaan.


Selangor PAS dijadual turut mengadakan mesyuarat petang ini membincangkan isu berkenaan.


Malah, Khalid yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkata, beliau akan menghadap Sultan Selangor untuk memperjelaskan isu berkeaan dan mendapatkan pandangan baginda.


"Saya telah menerima surat daripada YB Elizabeth Wong yang mengatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Selangor dan ADUN Bukti Lanjan.


"Perkembangan ini adalah sesuatu yang malang memandangkan YB Elizabeth Wong merupakan anggota Exco contoh," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan sejam yang lalu.


Bagaimanapun Khalid tidak menyatakan tarikh beliau akan menghadap Sultan Selangor.


Pagi esok, kerajaan negerinya akan mengadakan mesyuarat mingguan Exco.



Pada sidang media pagi tadi, Wong menawarkan diri untuk meletak jawatan dan juga mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan setelah gambar bogelnya tersiar dalam Internet.


Dengan nada sebak dan ada ketikanya menitiskan air mata, Wong menegaskan, beliau akan membincangkan soal penyerahan tugasnya itu dengan Menteri Besar.


Wong, 37, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor berkata, terdapat pihak tertentu yang mahu mencemarkan nama baiknya.


Beliau yang datang ke sidang media dengan kelihatan "ceria" menitiskan air mata ketika membacakan kenyataan satu halaman.


Ketua Penerangan Wanita PKR itu berkata, beliau tidak melanggar sebarang undang-undang.


"Saya tak merasa malu hanya kerana saya tidak berkahwin," kata beliau sambil menambah bahawa akan kekal sebagai ahli PKR.


Wong berkata, tawarannya untuk meletak jawatan adalah untuk kebaikan parti.


"Walaupun kempen memburukkan nama saya ini ditujukan kepada saya, tapi saya sedar matlamatnya adalah untuk memburukkan Parti Keadilan Rakyat," katanya.


Wong telah membuat laporan di Balai Polis Damansara Ahad lalu.


Turut hadir pada sidang media pagi tadi ialah Naib Presiden PKR, R. Sivarasa; Setiausaha Publisiti DAP, Teresa Kok yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor; Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dan Ketua Wanita, Zuraidah Kamaruddin, seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan Irene Fernandez.


Kesemua mereka yang turut memberikan pandangan mengutuk penyebaran foto dan video sedemikian.


Malah mereka menyalahkan musuh politik khususnya Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai belakang dalam usaha kotor sedemikian.


Beberapa penyokong Wong juga hadir untuk menyatakan sokongan moral kepada beliau sambil membawa poster dan sepanduk.

sumber - Mstar.online


2 ulasan:

CKT berkata...

Apa saja masaalah dalam PKR, semuanya akan dikaitkan dengan BN.Mengapa PKR tak mau melihat akan kepincangan diri sendiri sebelum menuding jari pada orang lain?

Alangkah baiknya jika masaalah yang dihadapi ditangani sendiri sambil mencari asas pokoknya dimana yang silap tanpa mengaitkan ornag lain....sikit2 BN, konspirasi...entah2 ni masaalah peribadi antara YB Ms Wong dengan ex-boyfriend dia!

Apa2pun yang nyata, YB Ms Wong tak tau menjaga private part..ooppss her own private life,mana mungkin beliau diharapkan menjaga rahsia sulit negara?

Widuri3z berkata...

Elizabeth Wong tu dah malulah tu. Sbb tu tergesa2 letak jawatan.

Sendiri buat, salahkan org lain..