MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Feb 2009

Terima Kasih " Awang Selamat "..Saiful Bukhari



Keadilan dan kes Saiful – Mingguan Malaysia, 15 Feb 2009

Ketika negara diwarnai banyak isu politik, kita seakan terlepas perhatian kepada banyak hal dan isu lain. Salah satu daripadanya ialah kes perbicaraan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan pertuduhan, Anwar, 61, didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Beliau dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan. Sementara menunggu perbicaraan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan dengan jaminan peribadi RM20,000.

Awang terpanggil menyentuh hal ini berikutan kenyataan Mohd. Saiful baru-baru ini, yang kesal dan kecewa dengan sikap Anwar cuba melengah-lengahkan perbicaraan. Menurut beliau, Anwar sering memberi pelbagai alasan sehingga memberi kesan terhadap kes tersebut.

Kenyataan Mohd. Saiful itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi menangguhkan prosiding yang sepatutnya didengar 5 Februari lalu kepada 25 Februari. Keputusan itu diambil selepas peguam bela Anwar mengemukakan notis bantahan supaya Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden digugurkan daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes itu.

Anwar juga tidak hadir di mahkamah kerana dikatakan mempunyai urusan lain di Ipoh, Perak.

Awang tidak berhak dan tidak berminat campur tangan urusan mahkamah. Namun memandangkan kes tersebut menjadi perhatian umum, semua pihak harus lebih komited untuk menyegerakan perbicaraan sebenar kes tersebut.

Sejak aduan polis dibuat pada Jun dan diikuti Anwar dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Ogos, tahun lalu, sehingga kini hampir tiada perkembangan yang signifikan kepada kes itu yang masih berlegar kepada isu permohonan semakan dan notis bantahan.

Jika begini keadaannya, mungkinkah perbicaraan sebenar akan bermula tahun depan dan ia sesuatu yang tidak mustahil tetapi Awang berharap tidak. Lagi lama kes ditangguhkan, lagi lama keadilan tidak dapat dilaksanakan terutama bagi pihak yang mahu menuntut keadilan.

Perlu diingat, ini bukan soal keadilan untuk Anwar semata-mata, ia juga keadilan untuk Mohd. Saiful, rakyat kecil yang juga ada hak berikutan aduan polis yang dibuatnya. Malah Mohd. Saiful telah tampil membuat sumpah laknat atau mubahalah di masjid mengikut ke hendak syarak. Itupun ada pihak yang cuba mencetuskan keraguan dan memperlekehkannya termasuk dari kalangan pemimpin Islam disebabkan sentimen politik. Anehnya, mereka ini lebih mudah percaya kepada individu yang membuat sumpah berkanun. Dalam kes Mohd. Saiful dan Anwar ini, masing-masing mendakwa di pihak yang benar. Maka usahlah gundah untuk diadili demi mencari kebenaran.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


-------------------------------------------------------------------------



Kepada Awang Selamat,

Saya dan seluruh keluarga amat menghargai tulisan Awang Selamat di ruangan Rencana Mingguan Malaysia ini. Diharap ia dapat membuka mata rakyat yang masih kabur atau sudah lupa dengan kes saya ini. Sekali lagi Rakyat Kecil ini mengucapkan Terima Kasih kepada Awang Selamat.. =)


Ulasan tambahan dan luahan dari saya;

Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengunakan pelbagai cara untuk melengah-lengahkan kes ini, tapi persoalannya sampai bila? Kelak, setelah ketandusan alasan , akhirnya beliau perlu berdepan dengan perbicaraan yang sebenar juga.

Untuk makluman semua, 25 Febuari 2009 ini sebenarnya bukan hari sebutan kes atau hari untuk menetapkan tempat perbicaraan. Sebaliknya, pihak peguam belanya akan mengemukakan notis bantahan untuk melucutkan kelayakan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusof pula. Janganlah terkejut jika selepas ini hakim pula akan dibantah bagi melengahkan lagi kes ini.

Bak kata Awang Selamat “ jika trend ini dibiarkan berterusan, tidak mustahil perbicaraan utama hanya akan bermula tahun depan. Sehingga kini hampir tiada perkembangan yang signifikan kepada kes itu yang masih berlegar kepada isu permohonan semakan dan notis bantahan” .

Alasan Mahkamah tidak adil hanyalah PERSEPSI yang dicanang pihak mereka. Walhal, jika diimbas, banyak kes yang memihak kepada mereka. Cth Raja Petra keluar ISA , Petisyen2 Pilihanraya, Mahfuz vs Utusan, Rayuan kes liwat DSAI di Mahkamah Persekutuan 2004 dan banyak lagi.

Dalam kes saya ini pun, Peguam beliau S.N Nair mengakui Mahkamah adil. Untuk makluman, di mahkamah DSAI tidak duduk di kandang pesalah, tetapi duduk di kerusi empuk di luar kandang. Beliau hanya diberi jaminan BON PERIBADI iaitu dalam bahasa pasarnya tidak perlu bayar melainkan beliau tidak hadir untuk perbicaraan selanjutnya.

Cuba kita imbas, berapa ramaikah pesalah terutama orang miskin yang terpaksa ditahan akibat TIDAK MAMPU membayar wang JAMINAN? Pada hemat saya, defenisi KEADILAN ini hanya dilaungkan jika ia berpihak kepada mereka. Jika tidak, timbulah tuduhan liar seperti Konspirasi, Hakim dibeli dan sebagainya.

Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar dan reda. Sokongan dari Awang Selamat ini dan yang lain-lain amat bermakna bagi saya dalam meneruskan perjuangan.

Sekalipun, jikalau ditakdirkan bahawa saya tidak sempat berada didunia ini untuk memberi keterangan, di MASYHAR kelak pasti akan dibicarakan jua. Saya hanya seorang hamba yang menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh NYA, lebih pada itu saya berserah sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang Batil Pasti JATUH.


SAIFUL BUKHARI

sumber - mohdsaifulbukhari.blogspot.com


1 ulasan:

Kumbang berkata...

Salam,
apa lagi jawablah Anwar..
mana keadilan yang dilaungkan?