MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Feb 2009

Anwar Ibrahim dilantik panel NED agen Amerika di dunia Islam


Anwar panel NED. NED yang mempunyai 4 cabang iaitu ACILS, CIPE, NDI dan IRI : Anwar Ibrahim, kedudukan paling kiri ; Lorne Craner - kedudukan no 5 dari kiri - Jawatan Presiden IRI - AJK USAID - bangsa Yahudi; Ellie Larson - kedudukan no 9 dari kiri - Jawatan Pengarah Eksekutif Solidarity Center/ACILS - Bangsa Yahudi; Carl Gershman - Kedudukan no 7 dari kanan - di depan patung - Jawatan Presiden NED - Bangsa Yahudi; Kenneth Wollack - Kedudukan no 3 dari kanan - Jawatan Presiden NDI - AJK USAID/AIPAC - Bangsa Yahudi ; John D Sullivan Kedudukan no 2 dari kanan - Jawatan Pengarah Eksekutif CIPE - AJK USAID. Sumber foto klik di sini. AJK USAID klik di sini.

WASHINGTON, 1 Jun / PRNewswire-USNewswire - National Endowment for Democracy (NED) akan menderma dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kertas kerjanya pada awal penubuhannya pada tahun-tahun awal operasi (1982-1994) kepada Library of Congress (Perpustakaan Kongres) pada hari Khamis, 7 Jun, pada petang Ulang Tahun Ke-25 Ucapan Bersejarah Westminster oleh Presiden Ronald kepada Parlimen Britain, yang membawa kepada penubuhan NED.

Satu perbincangan panel, majlis menandatangani serta sambutan akan diadakan di Madison Building of the Library (Bangunan Madison Perpustakaan tersebut), dari 4:00 - 7:00 p.m.

"Warisan Westminster : Bantuan Demokrasi Semenjak Penubuhan NED dan Cabaran pada masa Hadapan" adalah topik yang akan dibincangkan oleh ahli panel ; Zainab Bangura, (Ketua Pegawai Hubungan Awam ke Misi PBB di Liberia); Thomas Carothers, (Naib Presiden untuk Pengajian – Politik Antarabangsa dan Urus tadbir di Pembiayaan Carnegie untuk Keamanan Antarabangsa); Larry Diamond, (Pengarah Bersama Forum Antarabangsa NED Untuk Kajian Demokratik dan Felo Kanan di Institut Hoover,Stanford University); Jean Bethke Elshtain, Laura Spelman Rockefeller (Profesor sosial dan Etika Politik di University of Chicago); dan Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Satu majlis menandatangani dengan ulasan daripada ahli Kongres dan tetamu-tetamu kehormat yang lain, akan bersama dengan panel-panel tersebut.

Antara penceramah yang dijangka hadir adalah Speaker Dewan, (Nancy Pelosi), Pemimpin Majoriti dewan (Steny Hoyer), Perwakilan A.S. (Howard Berman, David Dreier, Mark Kirk, Gregory Meeks), dan bekas Pemimpin Majoriti Senat, (Tom Daschle). Pembantu Pustakawan untuk Perkhidmatan Perpustakaan (Deana Marcum) dan Presiden NED (Carl Gershman) juga akan memberikan ceramah.

Acara tersebut akan diadakan di Dewan Madison, Bangunan Perpustakaan Madison di Independence Avenue, SE, Washington, DC. Perbincangan panel akan bermula pada 4:00 ; sambutan pada 5:30. Acara tersebut terbuka kepada tetamu jemputan dan media.

Maklumat tambahan, termasuk biodata ahli panel, boleh diperolehi di http://www.ned.org.


The National Endowment for Democracy

The National Endowment for Democracy merupakan organisasi persendirian, tanpa keuntungan, ditubuhkan pada 1983 untuk mengukuhkan institutsi demokrasi di seluruh dunia melalui usaha-usaha badan bukan kerajaan. NED diuruskan oleh ahli lembaga pengarah yang bebas, dwipartisan (terdiri daripada dua parti atau kumpulan politik Demokrat dan Republikan).


Hillary Clinton dari parti Demokrat dalam program NED. Sekarang dia menjadi Setiausaha Negara Amerika di bawah Presiden Barack Obama

Dengan peruntukan tahunan daripada Kongres, ia mengeluarkan hampir 1,000 geran setiap tahun untuk menyokong kumpulan pro-demokrasi di Afrika, Asia, Eropah Tengah dan Timur, Amerika Latin, Timur Tengah dan bekas Soviet Union.


The Library of Congress

Ditubuhkan pada 1800, Library of Congress adalah institusi kebudayaan persekutuan tertua negara dan perpustakaan terbesar di dunia, dengan lebih daripada 134 juta bahan dalam pelbagai bahasa, disiplin dan format. Sebagai tempat simpanan pengetahuan dan kreativiti terbesar di dunia, perpustakaan tersebut merupakan simbol demokrasi dan prinsip negara Amerika diasaskan.

Pada hari ini, perpustakaan ini menyediakan khidmat kepada Kongres dan negara di dalam 21 bilik bacaan di Capitol Hill dan juga melalui laman web yang telah memenangi anugerah (http://www.loc.gov)


AIDC menterjemah artikel PrNweswire bertajuk National Endowment for Democracy to Donate Founding Papers to Library of Congress. Artikel asal klik di sini

Artikel berkaitan :

1. Mengenali modus operandi politik “demokratik” NED

2. Ketika parlimen bersidang..Anwar masih berforum dengan Amerika..

3. Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September ?

4. Biodata Anwar Ibrahim versi Amerika Syarikat

5. Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika

6. Anwar, agen Amerika yang masih sibuk urusan luar negara..

7. Rahsia tugasan Anwar - Resolusi pertemuan sulit Anwar dan Wolfowitz di Munich

8. Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..

Tiada ulasan: