MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Feb 2009

Anwar Pakar Cipta Konspirasi



Oleh Yahaya Ismail

Anwar sebenarnya takut pada bayang-bayangnya sendiri 16 tahun menikmati kekuasaan dan kekayaan melalui UMNO. Terlalu banyak pemimpin dan individu yang terluka perasaan kerana sikapnya yang agresif, mementingkan diri dan memperalatkan orang lain untuk muslihat politiknya. Orang sanggup menjunjung kepimpinannya kerana menganggap dia adalah seorang tokoh politik yang berjiwa Islam. Mereka menganggap dia boleh memimpin UMNO dengan lebih baik lagi sekiranya dia diberi kepercayaan memimpin parti dan kerajaan. Mereka yang mengagumi Anwar tidak sekali-kali mempunyai perasaan buruk sangka terhadapnya. Mereka menganggap dia seorang pemimpin intelektual Islam nombor wahid, jujur, amanah, berjiwa rakyat dan sanggup berkorban untuk mempertahankan hak rakyat, demokrasi, agama dan bangsa.

Setelah menikmati kedudukan dan kekuasaan dia lebih banyak dikelilingi oleh orang-orang muda yang julung berkeris, yang masih hijau tentang silat dan kuntau politik sebagai penasihat-penasihatnya yang dibayar dan juga sukarelawan yang mengharapkan projek. Dia cuba menarik sebanyak mungkin juak-juaknya dalam Abim dan mereka yang sealiran dengan “falsafah” perjuangan ke dalam UMNO dan menempatkan mereka di tempat-tempat yang strategik dalam bahagian, exco kerajaan negeri, sebagai Menteri atau timbalan, wakil-wakil rakyat, menteri dan timbalan menteri selain bersarang dalam dunia korporat, media dan universiti.

Juak-juak ini akan marhaban bersamanya memuja dan mengangkat dirinya tanpa menyelami apakah perjuangan Anwar benar-benar jujur, ikhlas dan bersifat patriotik. Dia bijak menjual koyok melalui pidatonya a la Sukarno dan kadang-kadang senada dengan penjual ubat kuat di Lorong Haji Taib.

Kerana mabuk kuasa dia merasakan sudah sampai masanya dia menentang Mahathir kerana tidak tidak sabar lagi menunggu lambaian selamat tinggal dari PM. Setelah Tun Ghafar Baba dengan mudah disingkirkan dari politik maka sampailah masanya untuk menyingkir Mahathir pula. Para juak-juaknya yang mengharapkan gua intan Raja Sulaiman, sekiranya Anwar menjadi PM, terus menerus mengipas dan berkasidah memuji dan memuja Pak Syeikh yang bakal menjadi PM. Dalam keghairahan memburu kuasa Anwar cuba mencantas berbagai pemimpin veteran yang lebih banyak berjasa kepada perjuangan UMNO dan rakyat dari dirinya sendiri.

Pak Lah menjadi mangsanya dan Anwar memang tidak senang dengan populariti Pak Lah dalam parti dan juga di kalangan rakyat. Oleh kerana Pak Lah orang baik dan tidak mempunyai skandal yang menjolok mata maka sukar bagi Anwar hendak menyingkir Pak Lah dari arena politik Pulau Pinang dan nasional. Dia lupa sumbangan Pak Lah yang menjadi orang pendamai antara dia dengan bapak mertuanya setelah dia berkahwin lari dengan Wan Azizah ke Siam. Tapi Pak Lah, anak ulama terkenal dan seorang yang hidup dalam lingkungan agama serta mempunyai kelulusan universiti di bidang agama Islam, tidak berniat jahat untuk membalas segala fitnah, tohmah dan mainan politik kotor anak Ceruk Tok Kun itu.

Dulu dia mencantas Pak Lah di Pulau Pinang dan menyulitkan tugas Pak Lah dalam kabinet oleh kerana peruntukan kewangan bagi semua kementerian dipegang oleh Anwar selaku Menteri Kewangan. Tapi akhirnya tanpa konspirasi atau bantuan negara asing Pak Lah berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah Anwar dipecat kerana amalan homoseks. Inilah berkat dan rahmat Allah yang memakmurkan hambanya yang jujur dan setia.

Pemimpin yang berjiwa besar, nasionalis dan berpegang kuat pada ajaran agama masih banyak dalam UMNO. Mahathir dan Pak Lah, misalnya, tidak akan mengkhianat bangsa, agama dan negara untuk menjadi talibarut asing, alat kuasa asing hanya untuk mengekalkan kekuasaan politik mereka semata-mata.

Cinta mereka adalah kepada tanah air, bangsa dan agama yang menjadi sandaran kekuatan perjuangan mereka. Justeru itu mereka akan mempertahankan hak dan kemerdekaan negara dengan nyawa dan kekuatan yang ada. Malaysia tidak boleh menjadi boneka asing dengan saja alasan. Maruah bangsa, agama dan negara lebih besar ertinya pada rakyat dan perjuangan kebangsaan.

Oleh itu mereka akan mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara dari segala ancaman dari dalam dan luar. Bangsa yang tergadai maruahnya akan hilang kemerdekaannya dan jadilah ia sebagai bangsa yang berjiwa hamba, tidak bermaya dan hilang maruahnya.

Malangnya Anwar yang disebut-sebut sebagai pengganti Mahathir sanggup menjadi boneka Barat, budak suruhan kuasa asing, hanya kerana dia ingin menumbangkan PM. Di negara lain seorang penderhaka akan dihukum bunuh di tali gantung atau di tangan pasukan penembak. Di Malaysia dia masih diberi peluang untuk mempertahankan haknya di mahkamah dan hingga kini kerajaan tidak menuduhnya sebagai pengkhianat negara secara rasmi. Keadilan masih lagi dipertahankan di bumi yang bertuah ini walau pun pihak pembangkang dan yang taksub terhadap Anwar mempertikaikannya.

Dosa besar Anwar ialah sanggup menggadaikan maruah bangsa, agama dan negara kepada kuasa luar dan mendabik dada penuh kebanggaan bahawa dia mempunyai sahabat-sahabat terkemuka di kalangan Kristian dan Yahudi di Amerika dan Eropah yang sanggup membantunya. Hilang maruah, hilang budi dan lahirlah jiwa hamba seorang pemimpin, yang tanpa malu dan segan, mengangkat dirinya sebagai pejuang Islam.

Tapi Islam hanya sebagai topeng untuk menutup nafsu serakahnya yang dilaknati Allah. Dia pengamal homoseksual dan dia disingkir dari kabinet dan UMNO kerana amalannya yang terkutuk Allah. Yang taksub dan pemujanya yang membuta tuli akan terus memujanya walaupun dia seorang homoseks dan menganggap dirinya menjadi mangsa politik Mahathir. Biarlah mahkamah yang menentukannya apakah dia bersalah ataupun tidak.

Sekiranya keputusan mahkamah dipertikaikan (dan mereka akan mempertikaikan kecuali kalau keputusan itu berpihak kepada kemahuan mereka) maka bersumpahlah secara Islam kalau berani. Lafaz sumpah secara Islam di khalayak ramai dan katalah bahawa dia bukan seorang homoseks, dan itu hanya fitnah yang ditabur oleh kerajaan dan musuh-musuh politiknya. Katakan kalau benar-benar berjiwa Islam dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi tidak seorang pun ulama terkemuka ataupun yang berpura-pura ulama sanggup mendesak Anwar bersumpah secara Islam di khalayak ramai ataupun di masjid. Para ulama juga tidak bertanggungjawab dan tidak mahu mencari keredhaan Allah untuk membuktikan apakah Anwar seorang homoseks ataupun hanya fitnah kepadanya.

Bilamana ulama sudah tidak mampu menolak kemungkaran dan membisu sejuta bahasa kerana mementingkan diri dan bukan sebagai pejuang agama yang sebenar maka berkokoklah Anwar bahawa dia difitnah sebagai homoseks. Demikianlah terdapatnya golongan munafik di kalangan ulama yang menjadi lemah dan mandul fatwa bila menghadapi cabaran dan kemungkaran. Bilamana alim ulama tidak berani tampil di khalayak ramai mendesak Anwar bersumpah bahawa dia bukan seorang homoseks dan bukan pengkhianatan negara maka maruah dan kewibawaan alim ulama juga kini dipertikaikan rakyat. Apakah ulama juga mengamalkan pilih kasih, pilih masalah, pilih isu, untuk dimuzakarahkan atau untuk difatwakan? Dalam keadaan masyarakat Islam porak-peranda akibat konspirasi politik Anwar dan campurtangan asing untuk menghancurkan pemimpin Islam mengapakah alim ulama diam membisu dan hanya menjadi penonton yang pasif?

Apakah mereka juga bersekongkong dengan Anwar dan merestui campurtangan asing bukan Islam untuk menjatuhkan kepimpinan Mahathir? Apakah mereka juga menganggap Anwar bukan homoseks dan itu hanya fitnahan semata-mata? Kalau Anwar difitnah mengapa tidak meminta dia bersumpah secara Islam untuk membersihkan dirinya? Wahai para alim ulama kalian juga gagal memainkan peranan penting untuk memulihkan kebenaran dan perpaduan sesama Islam.

Kalian hanya bijak mempertikaikan soal remeh-temeh dalam amalan harian seorang muslim, berpolimik isu-isu yang remeh tetapi tidak mempunyai kekuatan intelek dan moral untuk membawa perpaduan ummah.

Walaupun homoseksualiti dihalalkan di Barat namun sekiranya ada pemimpin politik yang berjawatan penting seperti menteri melakukannya dan didedah dalam akhbar maka mereka akan meletakkan jawatan kerana tidak mahu memberi malu kepada ketua kerajaan. Demikianlah dua orang menteri British dalam kerajaan Tony Blaire meletakkan jawatan masing-masing tanpa dipaksa setelah didedahkan sebagai homoseks. Mereka tidak mahu memalukan PM dan sedar raktar tidak rela menerima seorang homoseks sebagai menteri kabinet.

Tapi lain dengan Anwar. Dia berhempas pulas menafikan dia seorang homoseks walaupun dua orang yang terlibat dengan perbuatan yang keji itu, iaitu Sukma dan Munawar, mengaku mereka diliwat Anwar dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan oleh mahkamah.

Mengapakah dia takut rahsia seksnya yang luar biasa diketahui umum? Sekiranya rakyat mengetahui dia seorang homoseks mereka akan menolak kepimpinannya seperti mana PM memecatnya dari kabinet dan parti. Seks sejenis yang diamalkannya itu bertentangan dengan ajaran Islam dan juga agama-agama lain. Kini dia sudah terjebak samar yang diciptanya sendiri.

Topeng Islam yang digunakannya selama ini telah dirobek oleh dia sendiri bila pasangan homoseksnya, Sukma, Munawar dan Azizan mendedahkan pengalaman homoseks mereka dengan bekas Timbalan Perdana Menteri. Jatuh tangga ditimpa tangga dan tangga ini pula bukan tangga plastik tetapi batu bercampur besi!

Anwar gilakan kuasa kerana dengan kuasa itu dia dapat menutup rahsia peribadinya. Dia tidak seperti menteri kabinet British yang selera seksnya sama dengan Anwar tetapi rela melepaskan jawatan menteri demi menjaga maruah ketua mereka. Anwar tidak mempunyai jiwa besar seperti itu. Justeru itu dia sudah mula merancang konspirasi sejak disintuklimau Mahathir sebagai menteri supaya homoseksualitinya tidak diketahui umum.

Tapi Allah Yang Maha Berkuasa menggerak hati PM untuk mendedahkan rahsia seksnya yang luar biasa itu. Maka hancurlah harapan Anwar menjadi bakal PM. Maka terlondehlah rahsia homoseksualitinya yang cuba disembunyikan selama ini.


Dari Ceruk Tok Kun ke Bukit Mertajam
Nana balik membawa nasi
Hati-hati mak nyah dan kaum Adalm
Jangan lupa pakai cawat besi!

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Konspirasi Anwar Terdedah”, Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.


Tiada ulasan: