MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Feb 2009

Sultan Selangor restu Khalid ?

Oleh: ROSLAN BIAN

Para wartawan yang menghadiri sidang media Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang Rabu di pejabatnya di Shah Alam agak terkejut bila beliau memberi gambaran seolah-olah Sultan Selangor ‘beri restu’ berhubung isu lembu korban dan pengunaan kenderaan peribadi.

Ini kerana semua orang tahu kedua-dua kes akan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pejabat Peguam Negara tidak lama lagi setelah mendapati ada bukti kukuh untuk didakwa.

Hal ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Persuruhjaya SPRM Datuk Ahmad Said Hamdan kepada para wartawan Jumaat lalu.

Lagipun satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Selangor setelah Khalid mengadap Sultan Selangor pada sebelah pagi jelas menyebut baginda Sultan tidak dapat memberi sebarang pandangan berhubung dengan isu Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kerana kes itu masih dalam siasatan polis.

Soalnya jika dalam Isu Elizabeth Sultan Selangor tidak mahu campurtangan bagaimana Menteri Besar itu boleh kata baginda menitahkan demikian.

Maka ada yang bertanya apakah Khalid cuba ‘bersihkan diri’ dari kedua-dua kes dengan memberi gambaran seumpama itu.

Dalam sidang akhbar berkenaan Khalid berkata beliau menghadap Sultan Selangor, pagi tadi dan memberi taklimat kepada baginda mengenai hal ehwal pentadbiran termasuk derma lembu dan tuntutan selenggaran kereta persendirian.

"Tuanku Sultan Selangor menyatakan pendirian tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur undang-undang dipatuhi," katanya.

Khalid menjelaskan, beliau juga memaklumkan kepada baginda bahawa beliau mengikuti proses undang-undang yang telah ditetapkan.

"Mengenai isu derma lembu korban pula, Tuanku Sultan tidak ada apa-apa halangan terhadap usaha sedekah, malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur, termasuk Bandar Tun Razak," katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau akan menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapat penjelasan suruhanjaya itu berikutan kenyataan Ahmad Said.

Dalam pada itu, beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK) kerana membuat tohmahan salahguna kuasa seperti yang disiarkan di media.

Menurut Khalid, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pengerusi GERAK kerana dakwaannya itu sebelum tindakan tersebut.

Dalam sidang akhbar berkenaan Khalid juga memberitahu Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Rabu bersetuju memutuskan Elizabeth meneruskan cuti sementara menunggu siasatan polis terhadap penyiaran gambar separuh bogelnya selesai.

Khalid juga berkata, kerajaan negeri akan membuat keputusan yang adil serta mengambilkira kepentingan rakyat khasnya dan negeri Selangor amnya seperti dititahkan Sultan Selangor.

Dalam satu kenyataan pagi Rabu, Sultan Selangor menyerahkan kepada Abdul Khalid untuk memutuskan kedudukan Elizabeth yang gambar bogelnya disebarkan kepada umum baru-baru ini.

Baginda mengambil keputusan itu memandangkan isu Elizabeth masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Lela Bakti, Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani Sultan Selangor memberitahu :

Sukacita saya memaklumkan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang melibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, ADUN Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizabeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Menteri Besar dan percaya bahawa ia dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan ’privacy’ individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Elizabeth Wong, baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

– Dato’ Haji Mohamad Munir Bani Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor- 25/2/2009


-------------------------------

Tak salah SPRM cakap fasal kes MB Selangor

Timbalan Ketua Persuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamad menjelaskan bahawa di bawah perkara 29 (4), Ketua Persuruhjaya SPRM boleh cakap mengenai kes rasuah yang sedang disiasat.

Katanya, kenyataan Datuk Ahmad Said di Pulau Pinang Jumaat lalu bahawa SPRM ada bukti nak dakwa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai kes lembu korban dan selenggara kereta adalah berdasarkan akta baru itu.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui para wartawan di PWTC Selasa selepas majlis pelancaran rasmi SPRM oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abu Kassim diminta mengulas kenyataan para pemimpin pembangkang yang mengecam Ahmad Said kerana membuat kenyataan itu.

Mereka dakwa Ketua Persuruhjaya SPRM itu ikut telunjuk Barisan Nasional.



Walaupun enggan mengulas lanjut kenyataan ketuanya itu, Abu Kassim berkata, “ apa juga yang dikatakan (Ahmad Said), ia berdasarkan apa yang ada dalam undang-undang. Sebab itu saya minta kamu semua faham seksyen 29(4) yang mana hanya Ketua Pesuruhjaya boleh mengatakan sesuatu berkaitan siasatan atau aduan diterima,”.

Ditanya sama ada akta baru membolehkan Ketua Pesuruhjaya membuat kenyataan tersebut, beliau menjawab,” berdasarkan pemahaman kita, undang-undang itu membolehkan kita berbuat demikian,”.

Agendadaily yang merujuk Akta SPRM 2008 di bawah klausa Kuasa untuk menyiasat aduan dan maklumat, seksyen 29 (4) antara lain menyatakan pendedahan itu boleh dibuat dengan persetujuan Pendakwa Raya atau seorang Pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Suruhanjaya dan yang lebih tinggi.

Abu Kassim berkata, sesuatu kes juga akan dirujuk kepada Panel Penilai Operasi SPRM dan jika panel itu mendapati siasatan sempurna, maka mereka yang disiasat boleh didakwa tanpa memberitahu Peguam Negara.

Di bawah SPRM, katanya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya pendakwaan mempunyai hak dan kuasa untuk mendakwa tanpa perlu merujuk kepada Peguam Negara.

"Panel operasi ini diwakili pelbagai golongan, mereka bekerja tanpa gaji, sebaliknya bekerja untuk negara," katanya.

Menurut beliau, isu lambat mengambil tindakan dan tindakan terpilih, tidak timbul lagi.

"Sekiranya kes -kes hendak ditutup pun, kita akan bentangkan kepada jawatankuasa operasi untuk mendapatkan persetujuan," katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, penguatkuasaan akta baru itu hanya digunapakai bagi kes-kes yang dilaporkan kepada SPRM bermula 1 Januari manakala kes-kes terdahulu akan diselesaikan mengikut mekanisma sedia ada. -24/2/2009

sumber - Agendadaily



Tiada ulasan: