MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Feb 2009

ADUN lompat PKR, mementom Anwar alih kes liwatnya - Ezam



ADUN lompat PKR, mementom Anwar alih kes liwatnya - Ezam


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mewujudkan mementom bagi alih perhatian orang ramai terhadap kes dakwaan liwat yang mula dibicarakan minggu depan dengan isu pemimpin UMNO lompat sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Setiausaha Politiknya, Mohd Ezam Mohd Nor cukup yakin dua kes tersebut antara dua perkara amat ditakuti Ketua Umum PKR itu selain peralihan pimpinan pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas perhimpunan agung parti itu akhir Mac ini.

Menurutnya, Anwar terdesak dan terpaksa menarik lebih awal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasarudin Hashim ke dalam partinya bagi memujudkan mementom tersebut.

Sebelum ini katanya, Anwar menjadikan ‘Pelan 16 Sept’ bagi mengalih perhatian umum terhadap dakwaan kes liwatnya dengan Mohd Saiful tetapi kini beliau tiada isu baru dan terpaksa menggunakan isu wakil rakyat BN yang lompat psrti.

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan menggambarkan Anwar sebagai sedang ‘berjudi’ dan terpaksa melepaskan daun ‘K’ atau king kerana tiada kad lain lebih bernilai ditangannya.

‘Sepatutnya dia keluarkan kad ‘Ace’ atau daun Sat iaitu senarai ahli parlimen Barisan Nasional yang sudah lompat parti, tetapi selama ini dia tidak pernah ada daun itu,” katanya kepada Agendadaily.

Beliau menjelaskan, mahu atau tidak, Anwar terpaksa mendedahkan penyertaan ADUN berkenaan walaupun tahu ianya tidak membawa sebarang kesan kerana Perak sudahpun dikuasai pakatan pembangkang.

“Jika dia membawa ahli parlimen BN yang lompat parti, ini mungkin berbeza kerana pembangkang sudah menambah kerusi parlimen selepas menang pilihan raya kecil di Kuala Terengganu,” ujarnya.

Sebagai orang paling rapat, Ezam tahu bekas ketuanya itu sentiasa ‘panjang akal’ mencari jalan mengalih alih atau mewujudkan mementom apabila beliau berdepan sesuatu yang menyentuhnya.

Dalam perkembangan lain, beliau yakin Anwar tidak akan bergantung kepada Pas yang jadi sekutu dalam pakatan rakyat sebaliknya akan memberi kepercayaan kepada rakan-rakannya dalam UMNO yang masih menyokong beliau.

“Dulu dalam ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), ABIM pecah, Dia dapat kuasa tetapi orang dalam ABIM yang sokong dia tak dapat apa-apa. Nanti PAS pula pecah. Saya percaya kumpulan erdogan dalam PAS yang sokong dan PAS yang anti beliau tak akan dapat apa-apa,” katanya.

Menurut Ezam, PAS tahu menyedari dan risau terhadap tindak tanduk Anwar yang lebih ibarat pokok tumpang yang biasanya menyebabkan pokok yang ditumpang itu selalunya mati.- 31/1/2009

sumber - Agendadaily.com





Tiada ulasan: