MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Feb 2009

Dua Adun Perak Daripada PKR Letak Jawatan



IPOH, 1 Feb (Bernama) -- Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang "hilang" sejak Isnin lepas hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta.

Yang Dipertua DUN Perak V. Sivakumar berkata Adun Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad.

Dalam kenyataannya yang difakskan ke pejabat media di sini, Sivakumar berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

"Surat peletakan jawatan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri telah diterima oleh saya berasaskan Artikel XXXV Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.

"Oleh yang demikian saya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri mengisytiharkan kekosongan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang dengan segera," katanya.

Sivakumar berkata beliau akan menghubungi SPR esok untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari seperti yang termaktub dalam Artikel XXXVI (5) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Kedua-dua Adun berkenaan tidak dapat dihubungi oleh kerajaan negeri dan keluarga mereka sejak Isnin lepas dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi telah meminta kedua-dua Adun berkenaan supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

Beliau berkata kerajaan negeri telah bersedia untuk membuat persiapan dan strategi mengikut peraturan yang ada bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat dengan pimpinan PAS, DAP dan PKR Perak, Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri mungkin akan membuat laporan polis berhubung kehilangan dua anggota Exco itu selepas berbincang dengan keluarga mereka.

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Feb ini.

Dengan kekosongan dua kerusi berkenaan, kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dianggotai PAS, DAP dan PKR kini mempunyai 30 kerusi, 18 DAP, 6 PKR dan 6 PAS, manakala Barisan Nasional 27 kerusi.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, BN menang 28 kerusi tetapi Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR minggu lepas.

Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak masih kukuh walaupun dalam keadaan sekarang kerana semua Adun yang lain masih bersamanya.

Pada pilihan raya lepas, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.

Mohd Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi Dun Changkat Jering. Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Yang Dipertua DUN Perak sebelum itu Datuk Mat Isa Ismail yang mengumpul 8,309 undi.

sumber - Bernama


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..,

Ini respon saya terhadap berita terbaru kunuuunnya Yb Jamal & Yb Kapt[B] Osman letak jawatan sbg ADUN.

kita semua jgn cepat melatah, biarkan si Anwar seorg saje yg melatah..

Anwar pakar "main belakang", jadi petang tadi dia suruh MB dan DAP melalui Yg DiPertua Dewan Perak umumkan ada terima surat perletakn jwtn dari Yb Jamal & Yb Kpt[B] Osman.

Sebenarnya mereka keluarkan surat AkurJanji yg semua Yb2 “dipaksa” tandatgn tanpa tarikh bila kecoh2 ada Yb DAP nak lompat lama dulu.., surat yg nyatakan kalau mereka keluar parti maknanya letak jwtn & kosong kerusi DUN..

Jgn risau, SPR pasti akan panggil kedua2 Yb tu dan tanya apakah mereka benar2 letak jwtn..??

Si Tambi Yg Dipertua Speaker Dewan Perak pun mungkin akan kantoi sbb menipu, dia kata terima surat dari kedua2 Yb petang tadi.., mana mungkin? MB kata dua2 Yb dah "hilang", mcm mane pulak nanti kalau kedua2 Yb tu buktikan alibi mereka tidak berada di Perak, dan surat tu mereka "dipaksa" tandatgn lama dulu...

Tak semudah itu nak ada pilihanraya, yg penting Pakatan Rakyat dah hilang 2 kerusi DUN….

Berita terbaru juga dikatakan seorg lagi Yb DAP bakal sertai MCA, ha! Nizar akan menghitung detik detik akhir hayatnya..