MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Feb 2009

Saya kini Memenuhi Undangan Forum di Qatar - Anwar Ibrahim



Memenuhi Undangan Forum di Qatar - Anwar Ibrahim

13 Feb 09 - Saya kini berada di Doha untuk tempoh dua hari bagi memenuhi undangan Saban Center for Middle East serta Institut Brookings.

Forum yang dianjurkan bersama oleh kerajaan Qatar ini turut menjemput saya sebagai ahli panel utama Forum Dunia Islam dan Hubungannya Dengan Amerika Syarikat yang dijadualkan pada hari esok, bersama-sama dengan Saeb Erekat, Barham Salih dan David Petraeus. Tema yang dipilih kali ini ialah “Cabaran Yang Sama: Mendepani Bersama Isu Sejagat”.

Menyedari tuntutan perubahan yang berlaku di Amerika Syarikat, apatah lagi kesan dari tragedi keganasan Israel di Gaza, pihak Institut Brookings merasakan penting agar semua pihak bersama-sama merenung kembali akan kepentingan hubungan dua hala Amerika Syarikat dan Dunia Islam.

Langkah awal tentunya mengenal pasti apakah cabaran dan kembali membentuk kerjasama di antara Dunia Islam dan Barat. Jurang semestinya dirapatkan, persamaan sewajarnya dirai, maka barulah akan ada kerjasama yang berkesan.

Saya pastinya mengambil peluang ini untuk menyuarakan hasrat umat Islam yang merasakan bahwa kuasa-kuasa besar senantiasa berat sebelah tatkala mendepani isu Palestin, juga menegaskan bahwa demokrasi bukannya sesuatu yang asing buat Dunia Islam terutamanya dengan kejayaan Indonesia dan Turki.

ANWAR IBRAHIM

artikel tulisan asal, klik di sini

Ulasan AIDC

1. Tulisan terbaru Anwar ini membuktikan kontraknya bersama dengan Amerika Syarikat masih lagi berfungsi meskipun sekarang ini diperintah oleh Presiden Barrack Obama. Mungkin peranannya melaksanakan misi Amerika akan diselaraskan dengan dasar-dasar baru yang telah diperkenalkan oleh Obama.

2. Semasa regim Presiden Bush, peranan Anwar adalah menaja 'demokrasi' kepada Timur Tengah, terutamanya melalui yayasan tajaan Amerika yang dinamakan Foundation For The Future. Maknanya peletakan jawatan Anwar dalam yayasan itu sekadar sandiwara untuk menutup pekung operasi hitam yayasan itu di Timur Tengah. Peletakan jawatan dalam yayasan itu tidak menjanjikan apa-apa perubahan kerana Anwar masih lagi terus menerus menjalankan operasi atas nama 'demokrasi' di Timur Tengah seperti sebagai penceramah di Qatar itu.

3. Siapakah penganjur ceramah Anwar itu ? Bagaimana latar belakang penganjur itu ?

Menurut sourcewatch, "Saban Center for Middle East Policy is a research organization established at the Brookings Institution in 2002 through the donation of nearly $13 million by the Israeli media-mogul Haim Saban. Its current director is the veteran pro-Israel lobbyist, Martin Indyk, who had earlier founded the Washington Institute for Near East Policy, an AIPAC spinoff, to counter the Brooking Institution which was seen as not pro-Israel enough" klik sini

Maknanya Saban Center for Middle East Policy adalah badan penyelidikan The Brooking Institution yang ditaja oleh tokoh korporat media Israel yang menetap di Amerika bernama Haim Saban

Pengarah Saban Center bernama Martin Indyk adalah bekas pentadbir kerajaan Amerika semasa Presiden Clinton (Demokrat) yang pro- Israel. Dia juga berbangsa Yahudi yang pernah terlibat aktif dalam AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee) .

Tujuan utama diwujudkan Saban Center adalah untuk mencari jalan memastikan negara-negara Arab di Timur Tengah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah. Klik di sini

4. Kaitan Anwar dengan Institut Brookings ?

Brooking Intitution adalah sebuah badan pemikir Amerika yang diasaskan oleh Robert Brookings. Presiden institut itu sekarang ini adalah Strobe Talbott , bekas Timbalan Setiausaha Negara semasa pemerintahan Presiden Bill Clinton. Klik di sini

Penaja utama institut ini adalah beberapa yayasan kewangan Yahudi yang terkemuka di Amerika iaitu John M. Olin Foundation, F. M. Kirby Foundation,Walton Family Foundation dan Smith Richardson Foundation. Klik di sini

Kemudian pada tahun 2002, seorang korporat Yahudi terkemuka di Amerika telah menyuntik wang sebanyak $13 million kepada Brookings Institution untuk menjalankan penyelidikan khusus di Timur Tengah yang dinamakan the Saban Center for Middle East Policy.

Di samping itu Brookings Institution juga mendapat tajaan daripada beberapa yayasan lain antaranya Carnegie Corporation of New York, John S. and James L. Knight Foundation, Claude R. Lambe Charitable Foundation, Charles Stewart Mott Foundation,
The Rockefeller Foundation, Cheryl and Haim Saban, Exxon Mobil Corporation, State Farm Insurance Companies, Tel Aviv University, J.P. Morgan Chase Foundation, Shell Oil Company, World Economic Forum, American Express Foundation, Bank of America Foundation, Cato Institute, Coca-Cola Company, Citigroup Foundation, Goldman, Sachs & Co dan lain-lain. Klik di sini


Brookings Institution mempunyai kaitan secara langsung dengan Anwar Ibrahim kerana beliau telah dilantik sebagai salah seorang Kumpulan Penasihat Antarabangsa institut itu.Klik di sini dan Klik di sini.

Kawan baik Anwar, seorang Yahudi bernama Jim Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia) pula merupakan Penasihat Kumpulan Amerika dalam institut itu.


5. Ceramah Anwar di Qatar membantu siapa ?

Anwar menulis catatan di blognya seolah-olah beliau berceramah di Qatar itu untuk membantu menyelesaikan masalah di Gazza. Benarkah begitu ?

Adakah beliau akan membantu Hamas seperti yang didakwa dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu atau membantu memperkuatkan kedudukan Israel serta mengikut telunjuk misi Amerika Syarikat ?

Untuk mengetahui matlamat sebenar kehadiran Anwar di Qatar berikut disertakan latar belakang individu yang turut berceramah bersama Anwar iaitu Saeb Erekat, Barham Salih dan David Petraeus.

Saeb Erekat adalah adalah rakyat Palestin (chief of the PLO Steering and Monitoring Committee). Dia terlibat dalam rundingan dengan Israel (the Oslo Accords) dari tahun 1995 - 2003. Dia juga salah seorang perunding bagi pihak Fatah dalam rundingan Israel-Fatah ke arah mewujudkan Negara Israel yang sah dan kerajaan Palestin. Dia juga merupakan bekas menteri di bawah Perdana Menteri Mahmoud Abbas dan terlibat secara langsung dalam Annapolis Summit. Klik di sini

Barham Salih pula adalah ahli politik Kurdish yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Iraq selepas Iraq diserang oleh Amerika Syarikat. Bermakna dia merupakan Timbalan Perdana Menteri Iraq yang dilantik oleh Amerika Syarikat. Dia juga pernah berkhidmat sebagai jurucakap the Patriotic Union of Kurdistan (PUK) di Washington. Klik di sini

Manakala David Petraeus atau General David Howell Petraeus adalah Komander Jeneral Amerika ke Iraq (2007-2008). Dia juga terlibat dalam serangan Amerika ke atas Iraq yang telah mengorbankan ribuan umat Islam sehingga Amerika berjaya menubuhkan kerajaan boneka di negara itu. Klik di sini

Berdasarkan latar belakang penganjur Saban Center for Middle East Policy dan The Brookings Institution yang didalangi oleh Yahudi serta latar belakang rakan penceramah bersama Anwar yang pro- Amerika Syarikat, maka tujuan program itu adalah untuk mencari stratategi baru kepada Amerika untuk mengukuhkan Israel dalam kes Ghazza.

Tidak mungkin Saban Center for Middle East Policy dan The Brookings Institution yang didalangi oleh Yahudi akan bersimpati kepada perjuangan Hamas.

Pemilihan Saeb Erekat menjadi bukti bahawa Amerika dan Israel akan menaja kumpulan Fatah (di bawah Mahmoud Abas) kerana Fatah boleh dibonekakan demi untuk mencapai cita-cita Israel sebagai sebuah negara sah.

Bermakna penaja Yahudi dan Amerika itu telah mengenalpasti latar belakang penceramahnya merupakan orang-orang yang sealiran dengan mereka dan mampu untuk memberi input mengukuhkan strategi Amerika dan Israel dalam penyelesaian kes Ghazza.

Penceramah pro Amerika dan Israel itu adalah Saeb Erekat, Barham Salih, David Petraeus dan Anwar Ibrahim.


AIDC
14 Februari 2009


Artikel lain yang berkaitan :

1. Anwar Ibrahim tandatangani Annapolis Summit, iktiraf negara Israel

2. Anwar Ibrahim & Annapolis Summit 2007

3. Annapolis Summit : Anwar Ibrahim tandatangan cadangan Dua Negara kepada Presiden Bush

4. Pembongkaran Steve Clemons : Anwar Ibrahim terlibat dua organisasi bahaya di Amerika

5. Kumpulan badan pemikir Amerika 'mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim'

6. Anwar berdialog dengan Kristian-Yahudi di Florence, Italy ?

7. Israel-Palestin : Barack Obama gagal membaca pemikiran strategik badan pemikir Annapolis Summit


3 ulasan:

Unknown berkata...

Ini bermakna Anwar masih meneruskan tugasnya seperti biasa walaupun di bawah pemerintahan Barrack Obama.

Misinya tetap sama. Tapi kali ini tumpuan terhadap krisis di Gaza.

Yang jelas Anwar mmg menyokong Fatah bukan Hamas. Dan Anwar akan mencari jalan agar Israel diiktiraf sebuah negara yang sah.

Amz CamPro berkata...

jgn lupa layari blog aku dan tgk video ciptaan aku dan adik aku khas untk anwar (mabuk reformasi) dan damai yang hilang yg diketuai oleh mat anwar!

Unknown berkata...

Nampaknya kali in anwar ubah taktik hanya berceramah di negara-negara Islam.

Berceramah di Dubai, Qatar tidak akan menimbulkan syak wasangka orang kerana negara tersebut dianggap Islam.

Tetapi kenapa penceramah yang berceramah bersama anwar itu pro Israel?

Kenapa anwar hanya mengambil contoh negara Indonesia & Turki tidak asing lagi dengan demokrasi. Apa maksu anwar di sebalik demokrasi itu. Adakah Islam Liberal yang dimaksudkan?