MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Jan 2009

Teresa Kok kecewa KDN haram Herald guna nama Allah




Teresa Kok kecewa KDN haram Herald guna nama Allah


Jan 2, 09 7:44pm

Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar mingguan Kristian Herald edisi Bahasa Malaysia sebagai "hadiah terburuk" tahun ini kepada penganut agama itu, kata ahli parlimen Seputeh.

"Tindakan KDN itu sangat tidak adil dan tidak munasabah kepada penganut Kristian yang hanya boleh membaca Bahasa Malaysia,” kata Teresa Kok.

"Ramai penganut Kristian dapat memantapkan kepercayaan mereka melalui Bahasa Malaysia dan selama ini beribadat dengan bahasa kebangsaan."

Beliau, yang juga exco kerajaan Selangor, mengulas sikap kementerian itu baru-baru ini yang diambil sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung pertikaian penggunaan kata 'Allah' dalam penerbitan itu dengan KDN.

Mingguan itu – diedarkan di kalangan 850,000 penganut Katolik di Malaysia – hampir ditarik balik lesen penerbitannya tahun lalu kerana menggunakan nama "Allah" sebagai terjemahan perkataan "Tuhan".

Pihak berkuasa melarang perkataan "Allah" digunakan dengan alasan ia hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

Tarikh penggantungan tersebut yang berkuatkuasa kelmarin akan berakhir selepas mahkamah memutuskan sama ada akhbar tersebut boleh menggunakan “Allah” atau sebaliknya.

Teresa menyifatkan tindakan KDN itu mendahului mahkamah yang belum diketahui keputusannya dengan pasti.

"Penggantungan KDN itu sehingga mahkamah putuskan, yang tidak sesiapa tahu bila, ibarat meletakkan kereta kuda di depan haiwan itu, kerana kementerian telah merampas keputusan mahkamah itu!" tambahnya.

Beliau berkata, kementerian menafikan hak bersuara dan mengeluarkan pendapat apabila mencampuri kandungan sebuah akhbar Kristian yang hanya dijual kebanyakannya kepada penganut Katolik, dan bukannya untuk edaran umum.

Sehubungan itu, beliau menggesa menteri berkenaan Datuk Seri Syed Hamid Albar menyemak semula keputusan Unit Penerbitan dan Unit Kawalan Teks al-Quran yang disifatkannya melanggar perlembagaan negara dan menambahkan kebencian masyarakat Kristian terhadap kerajaan BN.

sumber - Malaysiakini

Artikel lain berkaitan :

1. Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian

2. The Christian Federation of Malaysia (CFM) tuntut Bible dalam Bahasa Malaysia

3. Hati-hati dengan slogan Harapan Baru, Anwar Ibrahim

4. Anwar Ibrahim disanjung oleh Majlis Gereja

5. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?

4 ulasan:

Taminsari berkata...

Salam AIDC...

Menghairankan mengapa puak Kristian mahu gunakan kalimah ALLAH dan Bahasa Malaysia didalam penerbitan majalah mereka selepas lebih 50 tahun merdeka. Adakah ini peluang terbaik mereka apabila melihat orang Melayu yang beragama Islam sesama sendiri berbalah. Adakah disebabkan sokongan ( lampu hijau )yang diberikan oleh Khalid Samad dan Anwar untuk menggunakan nama Allah membuatkan mereka semakin besar kepala.

Tidakkah kedua-dua manusia yang bertopengkan ugama ini boleh dianggap petualang bangsa dan ugama sehingga membuatkan puak Kristian sudah berani cuba memijak kepala umat Islam dinegara ini . Adakah dengan kemenangan mereka didalam pru-12 lepas memberi mereka " lesen besar " untuk menyakitkan umat Islam dinegara ini? Ditambah pula dengan sokongan hebat kedua-dua petualang bangsa ini?

"Anwar berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan istilah Bahasa Arab untuk Tuhan- ‘Allah’ dalam ritual mereka."

Satu kenyataan paling berani Anwar, bukan berkaitan isu ekonomi, isu sosial, tetapi isu agama yakni berkenaan kalimah Allah.

Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia begitu terdesak memohon menggunakan istilah Arab "Allah" menggantikan "Tuhan"? Kenapa minta di depan Anwar ? Kenapa baru sekarang dan tidak dari dahulu lagi ?

Kenapa Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak memohon kalimah Arab "Rab" yang bermaksud "Tuhan" dan kenapa hanya pohon kalimah "Allah" ?

Saya melihat semua ini mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat. Apakah ini bermaksud untuk mengelirukan orang-orang Melayu supaya tidak dapat membezakan kalimah "Allah" dalam Bible dengan kalimah "Allah" dalam Al Quran ? Motifnya seperti mahu merencanakan projek mengkristiankan Melayu secara besar-besaran.

Ya benar seperti didakwa Irene Fernandez, tidak dinafikan bahawa Allah digunakan di dalam Bible Bahasa Arab. Sebenarnya penggunaan Allah telah wujud sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Kebanyakan Nasrani (Kristian) pada masa itu berpegang kepada syariat nabi Isa - bukan seperti Kristian zaman sekarang.

Rata-rata orang Arab Kristian memegang kepada kepercayaan Christian Orthodox , seperti di Palestine, Lebanon , Syria , Jordan dan sebagainya.

Namun begitu, majoriti Kristian menafikan kewujudan ‘Allah ‘ terutamanya Bible dalam bahasa Hebrew atau pun Greek.

Maka jelaslah penafian ini menidakkan hujah Sheikh Ahmed Deedat bahwa kewujudan perkataan Allah di dalam Bible sejak dari dahulu lagi. Buktinya baca disini... .

Persoalannya;

1) Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah "Allah" di dalam Bible asal?

2. Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah ?

2) Adakah dengan menggantikan kalimah "Allah", Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam Bible ?. baca disini...

Maka jelaslah, pada saya, usaha penukaran istilah Tuhan di dalam Bible di Malaysia iaitu Tuhan kepada Allah sememangnya mempunyai agenda tersirat yang berniat jahat

Mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible.

Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”.

Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ?

Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’?

Berlainan dengan AlQuran sebagai Kitab Suci Umat Islam di mana seluruh umat Islam di dunia ini menggunakan hanya satu Al Quran tetapi diterjemahkan ke dalam bahasa asing tanpa menggangu atau mengubah konteks dan susunan serta makna ayat-ayat Al-Quran itu.

Sesungguhnya Bible yang wujud sekarang ini adalah bible yang telah di’edit’ dan dikotori oleh tangan manusia. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”

Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ? Wajarkah semata-mata mahu meraih sokongan dan populariti, agama dan kalimah "Allah" diperjudikan ?

Oleh itu, tindakan kerajaan Malaysia menolak penukaran istilah Tuhan di dalam Bible kepada Allah memang tepat dan merupakan tindakan yang bijak.

Semoga ketulenan dan kesucian agama Islam serta kesejahteraan umat Islam di Malaysia akan sentiasa dilindungi Allah , Ameen ya rab Al’Alameen.

Berbalik kepada kenyataan Teresa Kok...kalau selama ini beliau suka menyaman sesiapa sahaja yang cuba menjatuhkannya, bagaimana pula jika Umat Islam pula menyaman Teresa Kok kerana kenyataannya menyinggung perasaan umat Islam dan dikuatiri akan menjadi konflik antara ugama kemudian kelak..

Kenyataan Teressa Mangkok menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia..kalau dia boleh saman Utusan kerana " azan " mengapa Orang Islam tak boleh menyaman Teresa Kok kerana kenyataan yang tak bertanggungjawab????

Salam perjuangan

Kembara Politik berkata...

Teresa semakin biadap. Kerajaan tidak pun menghalang penerbitan dalam bahasa selain BM. Medium penerbitan dlm bahasa Inggeris masih dibenarkan.

Kebiadapan Teresa disuntik oleh sokongan pemimpin PAS dan PKR Melayu yang hilang arah tuju perjuangan. Bila Teresa bersuara...dia dilabel pejuang...bila Melayu mcm kita bersuara...cepat je depa label kita rasist. Lawak ke apa ni?

Bagus la tu...biar semua tergadai baru Melayu nak sedar.

Kesimpulannya: Pakatan Rakyat dah tak boleh diberi muka...kita guna kuasa undi untuk tutup mulut si biadap2 ni. Jangan pangkah lagi Pakatan Rakyat ni. Biar kita jadi pengundi Melayu yang bijak pada pilihanraya akan datang.

DiyaaNouf berkata...

Hahahahah.. Ban trus pun bagus!!

MyIdea berkata...

Harap kerajaan dapat menghalang daripada orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Allah dalam kitab agama lain..

Kalau digunakan dalam Bible, maknanya 'Allah' ada anak la (Isa a.s)?

Pernah seorang teman saya membaca Bible dan memberitahu kepada saya yang mana ada satu bahagian (dalam Bible) berbunyi..

"Tuhan merajuk dengan nabi Isa a.s"

Kalau guna Tuhan, biarlah nk tulis merajuk ke, menangis ke.. terpulang..

Tapi jangan guna nama Allah..

Tak kan kita sebagai Ummat Islam nk tengok dalam Bible :

"'Allah' merajuk dengan nabi Isa a.s"

Mungkin jika kita membiarkan penggunaan Allah dalam kitab lain, suatu hari nanti.. orang Islam akan keliru.. sebabnya 'Allah' ada dalam Bible. Maknanya Islam akan ada dua fahaman.. Islam asli (Berpegang kepada Al Quraan & Sunnah Nabi s.a.w) dan Islam yang keliru (mengikut Bible)..

Saya buat dialog mudah :

Dialog 1 :

"Kami menyembah Allah Taala". kata orang Islam yang tulen keislamannya

"Kami mengikut suruhan Allah, Kami Mengucap, Sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadan, Keluarkan Zakat, dan menunaikan Haji jika kami mampu". kata mereka lagi.


Dialog 2 :

"Kami JUGA menyembah 'Allah'". Kata orang Islam yang keliru dengan mengikut Bible.

"'Allah' kami tidak menyuruh kami solat seharian, apatah lagi berpuasa dan berzakat". kata orang Islam yang keliru tadi.
-------------

Kita sedia maklum, orang Islam semakin lemah akidahnya. Ramai yang mengikut nafsu.. jika ada 'Allah' baru dalam Bible.. mungkin orang Islam yang lemah ini akan terikut2 dengan Bible, sebab Bible boleh di ubah ke arah yang 'menyenangkan'.

Dialog tambahan :

"Eh..mari la ikut agama Kristian, kat sini ada 'Allah' juga. Mari la join kami, kami bagi elaun jika kamu ikut kami". dialog paderi yang sedang berdakwah (rekaan aje)

----------
Adakah ini dakwah kristian di alaf baru?

Kita doakan semua ini tidak berlaku.. amin.

** Semua kenyataan di atas adalah buah fikiran saya.