MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Jan 2009

Kes Liwat Anwar disambung 5 dan 6 Februari



Kes Liwat Anwar disambung 5 dan 6 Februari


Permohonan semakan oleh pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 5 dan 6 Februari ini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan tarikh itu selepas menimbangkan permohonan pihak peguam bela mewakili Anwar yang memohon menangguhkan pendengaran semakan kes itu.

Peguam Sulaiman Abdullah yang mengetuai barisan pembelaan memberitahu bahawa pihaknya meminta penangguhan dengan alasan jadual pembelaan mereka adalah sangat ketat.

Pada 14 November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy Suppiah yang mendengar sebutan kes terhadap Anwar menangguhkan untuk menetapkan perbicaraan kes itu pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Pada prosiding tersebut Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahu bahawa perbicaraan terhadap Anwar harus dihentikan sementara kerana pihaknya telah mengemukakan permohonan semakan di bawah Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen itu yang menolak permohonannya untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi,

Pada prosiding Jumaat lalu, Mohd. Yusof juga telah memberitahu bahawa pihaknya menangguhkan penyerahan salinan dokumen yang diminta oleh peguam bela mengikut peruntukan Seksyen 35(2) Akta Mahkamah Kehakiman sehingga permohonan semakan itu selesai.

Anwar, 61, kini Ketua Pembangkang di Parlimen didakwa meliwat Mohd. Saiful pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Catatan Berita AIDC



1 ulasan:

Unknown berkata...

Bilalah kes liwat Anwar ni dibicarakan....lambat betul asyik tangguh jer....