MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Jan 2009

Anwar dan strategi "Reverse takeover" di Perak



Anwar dan strategi "Reverse takeover" di Perak


Nama Dato' Nasaruddin Hashim tidak dikenali sehinggalah beliau menyertai PKR. Namun, itu tak penting. Apa yang penting ialah beliau telah memohon menyertai PKR dan menjelaskan alasan mengapakah beliau menyertai parti itu. Sama ada kita menerima alasan itu atau pun tidak, sekali lagi itu tak penting.

Lompat parti bukanlah isu di Malaysia saja. Di mana-mana sistem demokrasi diamalkan, isu ini timbul. Pelbagai pihak melihat aspek moral tindakan sedemikian. Malah, Pengerusi DAP Karpal Singh pernah berkata beliau tidak menyokong melompat parti dan menyatakan bahawa parti itu bersedia memberikan sokongan di Parlimen sekiranya kerajaan ingin mengadakan undang-undang bagi tujuan itu.

Sehingga kini saya belum lagi membaca kenyataan Karpal mengenai isu Nasaruddin menyertai PKR dan masih kekal ADUN Bota. Adakah Karpal akan bersikap membisu memandang isu ini membabitkan rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, sama-samalah kita tunggu.

Dari segi undang-undang, adalah tidak menjadi kesalahan untuk melompat parti. Seseorang juga tidak perlu meletakkan jawatan ADUN atau Ahli Parlimen apabila dia melompat parti. Oleh itu, apabila ada pemimpin politik yang mengatakan Nasaruddin perlu meletakkan jawatan, kenyataan itu dibuat dari aspek moral seorang seorang wakil rakyat yang dipilih atas tiket Barisan Nasional.

Bagi PKR, lompatan Nasaruddin adalah merupakan "kemenangan" baginya. Dalam P44 Permatang Pauh, PKR menang dengan bergaya. Bagaimanapun, PAS mencuri tumpuan apabila ia menang dengan cemerlang dalam P36 Kuala Terengganu. Dengan isu Nasaruddin, PKR kembali mendapat perhatian.

Isu lompatan Nasaruddin bukanlah baru. Malah, sewaktu pemilihan Ketua UMNO Bahagian Parit, penyokong-penyokong beliau dilaporkan sebagai berkata Nasaruddin akan masuk PKR sekiranya kalah. Apabila beliau selaku Timbalan Ketua Bahagian gagal untuk naik selangkah ke atas, maka itulah keputusan yang diambil.

Ada orang membuat spekulasi bahawa ini adalah permulaan kepada "reverse takeover" jawatan Menteri Besar Perak oleh PKR. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa ADUN PKR sepatutnya menjadi Menteri Besar selepas calon DAP yang bukan Melayu ditolak. Bagaimanapun oleh kerana ADUN PKR sedia ada tidak melepasi batas kelayakan menjadi Menteri Besar, maka nama ADUN PAS dikemukakan kepada Istana Perak -- walaupun PAS adalah merupakan fraksi paling kecil dalam Pakatan Rakyat di negeri itu.

Tentu, sekiranya Naib Presiden PKR dan bekas Setiausaha Politik Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Saudara Mustafa Kamil Ayub menang kerusi DUN N48 Sungai Manik, Menteri Besar Perak hari ini bukanlah Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Usah terkejut sekiranya selepas ini ada beberapa orang lagi ADUN UMNO melompat ke PKR (bukan PAS). Proses ini juga adalah satu cara singkat untuk meningkatkan kualiti ADUN PKR di Perak. Strategi "reverse takeover" ini adalah satu pendekatan yang cukup strategik untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim menguasai wakil rakyat UMNO tanpa beliau perlu menyertai UMNO.

ADUN UMNO lebih mudah diserapkan dalam PKR berbanding PAS kerana budaya parti itu hampir sama dengan UMNO. Lagi pun, sebahagian besar pemimpin PKR sekarang adalah teman-teman lama mereka dalam UMNO dulu.

Saya cukup yakin sekiranya Anwar berjaya menarik sejumlah ADUN UMNO yang cukup menyertai PKR, beliau akan melakukan gerakan untuk ADUN-ADUN UMNO tersebut mengambilalih jawatan Menteri Besar Perak. Inilah strategi yang digunakan oleh Anwar ketika beliau dalam UMNO dulu dan strategi yang sama akan digunakan lagi.

Sekiranya Anwar berjaya melakukan "reverse takeover" ini, ia akan mencuri tumpuan rakyat daripada peralihan kuasa antara Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Najib Tun Razak kepada kemampuan Anwar menukar Menteri Besar Perak dan "menawan" UMNO melalui proses tersebut.

Anwar Ibrahim yang saya kenali adalah seorang strategis dan hebat dalam permainan "politics of deception". Dan saya cukup yakin dia akan memanfaatkan kelebihan itu untuk "menguasai" UMNO melalui "reverse takeover", walaupun dalam proses itu dia terpaksa meletakkan rakan kongsinya PAS dalam keadaan yang cukup tertekan!

sumber - Bicara Nobisha

1 ulasan:

Mohd Arif Juhani Abdul Rahman berkata...

dei mamat...orang pas pun tahu la penggal akan datang kalau PR pegang Perak jawatan tu akan diberi kepada PKR sebab tu la DAP perak akan mencalonkan orang Melayu untuk DAP PRU akan datang. ni namanya makan sama dikongsi. UMNO takde faham perkara macam ni. Umno pentingkan tembolok buncit diaorang je.... perpaduan kat mulut je...