MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Jan 2009

Kenapa Anak Anwar semakin liar ?



Gambar-gambar di bawah ini diambil dari link berikut. Gambar yang bertanda bulat adalah Ihsan bin Anwar. Anak kepada Anwar Ibrahim (Pemimpin De Facto PKR, Ketua Pembangkang).



Gambar Ihsan (yang bertanda bulat) sedang berparti dengan rakan-rakannya. Sila renung betul-betul tin yang berwarna biru di atas meja parti itu. Apakah jenis minuman itu?




Gambar Ihsan sedang menghisap sisha. Dulu Ihsan bukan seorang perokok, mengapa Ihsan jadi begitu? Apakah ada faktor-faktor penyebab yang lain? Ihsan juga turut berkawan dengan lelaki-lelaki yang memakai subang. Lihat di gambar, ada dua orang rakan Ihsan yang memakai subang di telinga. Apakah simbolik subang satu di telinga?



Gambar Ihsan yang memakai baju hitam bersama dengan rakannya yang menyelitkan sepuntung rokok di telinga.



Gambar Ihsan sedang makan di Mc Donald. Siapa gadis-gadis di sebelahnya?




Ihsan, paling kanan di hadapan, satu-satu anak lelaki Anwar. Sejak laporan bekas pembantu sulit Anwar, Saiful Bukhari, Ihsan dikatakan telah desak ayahnya menafikan dakwaaan tersebut dengan bersumpah, tetapi Anwar enggan. Ini membuatkan Ihsan kecewa dan tidak hadir dalam semua acara penting politik ayahnya (baca sini) .


Apakah kerana kecewa Ihsan berubah sikap?



Reformasi tahun 1998, Azizah dan keluarga begitu bersemangat. Anak lelaki Anwar, di belakang adalah Ihsan. Tetapi tahun 2008, Azizah semacam lemah semangat, Izzah sentiasa risau dan Ihsan menyepikan diri.

Ada percanggahan pendapat di kalangan anak-anak Anwar. Apakah ini kerana mereka semua telah besar dan boleh berfikir secara rasional? Izzah juga pernah mahu menampar Ihsan kerana mencabar ayahnya untuk bersumpah. Jika Ihsan berubah sikap, tentunya Wan Azizah yang merana menanggung akibatnya.

Salah siapa Ihsan jadi begitu?




Pada sidang akhbar yang dibuat oleh Anwar berhubung isu liwat yang dilaporkan oleh Saiful Bukhari, Ihsan tidak hadir sama. Paling ketara ialah wajah Nurul Izzah yang sugul dan runsing. Seolah menyembunyikan sesuatu, kebiasaaanya Izzah sentiasa tersenyum dan tenang. Apakah Izzah gelisah tentang apa yang berlaku pada Ihsan? Moga suatu hari Ihsan akan kembali menjadi seorang yang berguna. Amin.

sumber - Anginperubahan


Nota : Foto-foto ini pada awalnya didedahkan di forum AIDC oleh penyumbang bernama alang. Banyak lagi koleksi peribadi didedahkan dalam forum itu. Klik di sini

Tiada ulasan: