Oleh James Rupert, Bloomberg
Rakan Hala Mustafa di Kaherah amat teruja dengan prospek Barack Obama sebagai Presiden Amerika dengan memberitahu rakannya supaya tidak lagi memakai warna merah, untuk mengelakkan dirinya dilihat seperti meniru warna Parti Republikan, John McCain.
“Orang Arab amat gembira,” kata Mustafa, editor Democracy Review, jurnal terbitan suku tahunan dari Mesir. “Orang ramai menggambarkan bahawa dia (Obama) seorang 'Muslim' seperti mereka dan akan membawa ke arah Amerika baru yang lebih mesra.”
Keturunan Obama, berasal dari keturunan Muslim dan janjinya ke arah perubahan membawanya ke arah permulaan untuk melemahkan kegiatan militan semasa dekad penjajahan kulit putih dan diperkuatkan pada tahun 2003 dengan pencerobohan ke atas Iraq.
Harapan mengeksploitasi peluang tersebut tidaklah semudah itu, dengan keadaan senator Obama (Parti Demokratik) yang datang dari Illinois, hakikatnya bukan Muslim, yang sebelum ini memberi jaminan untuk terus menyokong kuat Israel dan enggan mengenepikan pemburuan ke atas ekstremis di Pakistan.
Dia akan dilihat sebagai “seorang mangsa elit kulit putih yang secara aneh mendapat kuasa, seseorang seperti Nelson Mandela" dari Afrika Selatan, dan kemudiannya "akan merampas usaha al-Qaeda dan pejuang jihad,” kata Ishtiaq Ahmed, seorang profesor madya hubungan antarabangsa di Quaid-i-Azam University, Islamabad, Pakistan. Dalam masa singkat, harapan Muslim untuk Obama, “terlalu tinggi untuk ditunaikan,” katanya.
Cabaran Keselamatan
Keganasan akan menjadikan Presiden Amerika yang baru penuh dengan cabaran keselamatan yang sangat penting : Perang Amerika di Iraq dan Afghanistan, perang saudara di Sudan dan Somalia, kebangkitan semula Taliban dan al-Qaeda di Pakistan dan pembangunan teknologi yang digunakan untuk bom nuklear di Iran. Israel akan mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan dalam masa tiga minggu selepas Obama memegang kuasa, dilihat satu perkara mencabar keupayaannya menjalankan perjanjian keamanan rakyat Palestin.
Al-Qaeda telah mengetahui potensi Obama untuk memperbaiki reputasi Amerika di kalangan Muslim, yang sebelum ini musnah di bawah Presiden George W. Bush, kata Rohan Gunaratna, pengarah pusat pengajian keganasan di Nanyang Technological University, Singapura.
“Obama akan mampu untuk mengubah persepsi di kalangan Muslim, termasuk yang moderat, bahawa Amerika Syarikat di bawah Presiden Bush bukan menyerang pengganas tetapi dunia Islam,” katanya. Militan telah “berbincang dalam laman web jihad bahawa sekiranya Obama memegang kuasa, ianya akan memberikan kesan kekalahan yang signifikan kepada mereka.”
Penyokong Israel yang kuat
Bapa sebenar Obama berasal dari Kenya dan bapa tirinya pula keturunan Muslim dari Indonesia. Sebagai seorang anak lelaki, Obama, 47, telah menghadiri kebanyakan sekolah umum Muslim di Jakarta, walaupun dia tidak memeluk agama Islam.
Dia menggambarkan pembaptisannya dan komitmen terhadap Kristian dalam bukunya, ‘‘The Audacity of Hope,” (2006) dan telah meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia akan menjadi penyokong Yahudi yang kuat dalam konfrontasinya menentang kerajaan Muslim serta pergerakan militan.
Pada Jun lalu, Obama telah mendapat kritikan daripada pemimpin Palestin dan Arab-Amerika kerana kenyataannya menyokong AIPAC (American Israel Public Affairs Committee) bahawa Jerusalem tidak perlu “dibahagikan” dan menjadi ibu negara Israel serta menolak tuntutan penduduk Palestin terhadap bahagian timur bandar tersebut.
Pada hari berikutnya, dia berkata bahawa Jerusalem perlu kekal menjadi ibu negara Yahudi, manakala aspek-aspek lain mengenai statusnya perlu dirunding.
Di Iran, kerajaan Amerika telah berkonfrontasi sejak revolusi Islam, sejak 30 tahun lalu, orang ramai percaya sebelum pengundian “bahawa lobi yang amat kuat tidak akan membenarkan seseorang yang bukan kulit putih menjadi presiden,” kata Kazem Jalali, ahli kanan suruhanjaya keselamatan negara dan dasar luar Parlimen Iran. Pemilihan Obama “akan membawa satu pandangan luar yang positif,” katanya.
Pakistan dan Amerika
“Pakistan dan Amerika Syarikat berkongsi kepentingan dan objektif yang sama,” ujar Perdana Menteri, Syed Yousuf Raza Gilani dalam sepucuk surat kepada Obama.
Surat tersebut, dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri di Islamabad hari ini, menambah : “Saya tidak sabar untuk peluang yang lebih baik untuk membincangkan cara untuk memperkuatkan lagi hubungan Pakistan- A.S. dan untuk mempromosikan keamanan serta kestabilan di dalam dan luar wilayah kami.”
Pemimpin pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim berkata dalam satu kenyataan e-mel bahawa pentadbiran Obama akan membawa “prospek yang diperbaharui untuk penglibatan di antara Amerika Syarikat dan negara-negara Muslim.”
“Sesetengah daripada isu yang menimbulkan perbalahan di kalangan kami, termasuk konflik dan konfrontasi yang sedang berlaku di Timur Tengah, memerlukan komitmen terhadap demokrasi, kesanggupan terlibat dalam dialog yang lebih bermakna dan satu penyimpangan daripada unilaterisme agresif yang disaksikan pada tahun-tahun kebelakangan ini,” kata Anwar.
Gamal Heshmat, seorang pemimpin Mesir yang bersama Ikwan Muslimin (Muslim Brotherhood), kumpulan gerakan Islam terbesar di dunia Arab, menyatakan bahawa kumpulannya tidak meletakkan terlalu banyak harapan terhadap pemilihan Obama sebagai Presiden.
“Terdapat sesetengah rukun yang tetap terhadap dasar luar A.S. yang bertentangan dengan kepentingan rantau dan negara kami seperti sokongan mereka terhadap pemimpin Arab yang bertentangan dengan kemahuan rakyat mereka, dan penafian A.S. terhadap hak asasi dan kebebasan kepada kami dan menyokong entiti Zionis,” kata Heshmat dalam temu bual telefon daripada Damnhour, sebuah bandar yang paling utara di Kaherah. “Jika dasar ini diteruskan dengan muka yang lebih lembut, jadi ini sesuatu yang tidak kami alu-alukan. Pilihan raya tersebut tidak melambangkan apa-apa.”
Masalah Iraq
Jurucakap kerajaan Iraq, Ali al-Dabbacih berkata bahawa kepimpinan parti dalam negara “mengalu-alukan dan menghormati pilihan rakyat Amerika dalam memilih Senator Barack Obama sebagai presiden Amerika.”
Kerajaan mempunyai “keinginan yang ikhlas” untuk bekerjasama dengan presiden yang dipilih “untuk mencapai kepentingan bersama antara dua pihak, memelihara keselamatan dan kestabilan Iraq, mengekalkan kedaulatan sepenuhnya dan melindungi kepentingan rakyatnya,” kata jurucakap kerajaan Iraq dalam kenyataan e-mel yang dihantar dari Baghdad hari ini.
Ancaman yang disembunyi
Kesanggupan pentadbiran Obama untuk menggugurkan ancaman ketenteraan, mungkin memberikan kekuatan kepada rakyat Iran yang moderat untuk menggulingkan Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam pilihan raya pada Jun akan datang.
Datuk Bandar Tehran, Mohammad Bagher Ghalibaf, seorang reformis telah mengumumkan sendiri hasratnya kepada wartawan bulan lepas, bahawa dia mungkin akan bertanding. Dia mengalu-alukan tawaran Obama untuk mengadakan rundingan dengan Iran.
“Tehran sanggup untuk membuat persetujuan” sekiranya Obama meyakinkan mereka bahawa yang memerintah A.S. tidak akan cuba untuk menggulingkan mereka,” kata Ramin Jahanbegloo, seorang profesor sains politik Iran di University of Toronto , Kanada.
Jamali berkata dia menjangkakan bahawa tidak akan terdapat perubahan awal dibuat oleh Obama dalam pendekatan A.S. – disokong oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – untuk menawarkan Iran insentif ekonomi serta menghadkan aktiviti nuklearnya.
Di Iraq – Obama berkata dia akan mengeluarkan pasukan tentera Amerika pada musim panas tahun 2010, dianggap sebahagian daripada fokus untuk menentang al-Qaeda di seluruh dunia – permulaan baru dalam peperangan di kalangan puak Syiah, Sunni dan Kurdis akan memperbaharui tuduhan Muslim bahawa pencerobohan A.S. telah membawa kepada kejatuhan negara tersebut.
Kelemahan yang berterusan
Kelemahan yang berterusan kerajaan dan negara Iraq bermaksud “pemimpin perlu berhati-hati dan realistik tentang bagaimana mereka boleh bergerak dengan pantas” untuk mengurangkan kehadiran Amerika. Pendapat ini merujuk kepada satu laporan oleh Anthony Cordesman, pakar Timur Tengah dan melawan pemberontakan di Center for Strategic and International Studies di Washington pada bulan lepas.
Rakyat Mesir menunjukkan sokongan yang kuat, khusus kepada Obama, kerana media yang dikuasai oleh Hosni Mubarak telah mempromosinya sebagai alternatif kepada Bush, kata Mustafa.
Dia kurang popular di Pakistan, merujuk kepada laporan Julai dibuat oleh Pew Research Center (Pusat Kajian Pew), yang berpusat di Washington, kerana deklarasinya bahawa dia akan membenarkan tentera A.S. untuk menyerang Osama bin Laden sekiranya pemimpin al-Qaeda tersebut berada di negara tersebut (Pakistan).
Kerajaan awam baru Pakistan sedang berusaha untuk mengekang penyebaran pergerakan Taliban yang telah merampas pemilikan tanah etnik Pashtun di sempadan Afghanistan. kerajaan Afghanistan dan Amerika telah meningkatkan serangan terhadap sepanjang sempandan itu dan seperti yang dikatakan oleh kerajaan Amerika, tempat itu merupakan perlindungan baru untuk al-Qaeda.
Melumpuhkan Taliban
Pada Julai, Obama telah menyertai orang rakan pentadbirannya iaitu Senator Joe Biden, 65, dalam menyokong satu usaha untuk menggandakan sebanyak 3 kali bantuan bukan ketenteraan ( $7.5 bilion) kepada Pakistan selama 5 tahun. Usul tersebut untuk menggalakkan perkembangan ekonomi dan melumpuhkan Taliban serta membantu menstabilkan Pakistan dan Afghanistan.
Penganalisis ketenteraan dan politik Pakistan, Talat Masood berkata bahawa pendekatan tersebut untuk menggantikan serbuan A.S. yang ditingkatkan pada tahun ini terhadap kawasan Pashtun, yang menjadikan penduduknya semakin radikal dan melemahkan kerajaan Pakistan.
“Tiada penyelesaian ketenteraan dalam jangka pendek” kepada kebangkitan Taliban, kata Masood, dan usaha Amerika perlu difokuskan kepada pembangunan jangka masa panjang, dengan membiarkan tentera Pakistan untuk melawan pemberontak tersebut.
AIDC menterjemah artikel tulisan James Rupert, Bloomberg. Artikel asal klik di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan