MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Jan 2009

Ezam Dedah Surat Rahsia Anwar


++video setakat ini sahaja++





1 ulasan:

Taminsari berkata...

Salam..

Anwar Noda Sumpah !

Pada tahun 1999 Peguam Negara, Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah, wajar mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas Anwar Ibrahim, jika perlakuan bekas Timbalan Perdana Menteri itu boleh dikaitkan sebagai melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Perbuatan Anwar yang menyimpan surat dan dokumen Kerajaan di luar negara menunjukkan betapa dia telah memungkiri ikrar atau sumpah simpan rahsia yang diperuntukkan perlembagaan sebelum seseorang Timbalan Menteri atau Menteri menjalankan tugas seperti mana di bawah Artikel 43 (6) Perlembagaan Persekutuan.
Pendedahan yang dibuat oleh Anwar ini dan lebih-lebih lagi sebagai Menteri beragama Islam, sumpah itu yang dimulakan dengan lafaz, Bismillahi, Wabillahi, WatallahiIa, amat jelas dan nyata Anwar bukan sahaja telah menodai perlembagaan tetapi juga merupakan seorang yang hipokrit dan tindakannya itu semata-mata bermotif jahat.
Pendedahan yang dibuat oleh Anwar itu adalah semata-mata taktik untuk mengalih dan mengabui perhatian rakyat dari kes liwat Anwar – Sukma – Azizan, yang sedang dihadapinya dan dia semakin gelabah dengan pendedahan satu persatu perlakuan buruknya, selain cuba meraih simpati murahan dari rakyat.

Anwar adalah pakar taktikal. Dari dulu lagi dia telah menjaja dirinya ke seluruh negara bahawa dia akan ditangkap, kemudiannya dia akan dipenjarakan dan seterusnya dianiayai. Dia memang merancang supaya dirinya dilihat seolah-olah dizalimi.
Namun, Peguam Negara harus bertindak tanpa prejudis dalam menjalankan siasatan terhadap perbuatan Anwar ini. Tan Sri Mohtar sendiri pernah menegur Anwar di Mahkamah pada 8 Februari 1999, bahawa Anwar harus berhati-hati dalam memberikan keterangan bagi kepentingan dirinya (Anwar) dan tidak mendedahkan perkara yang melanggar OSA.

Sebelum itu, bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor, mengakui bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu kini menyimpan berkotak-kotak dokumen Kerajaan di luar negara. Menurut Ezam, tindakan itu dilakukan kerana tiada tempat di negara ini yang benar-benar selamat untuk menyimpan segala dokumen berkenaan yang berjumlah tidak lebih enan kotak semuanya.

Salam perjuangan..