MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Jan 2009

Apa isi sebenar kandungan surat Anwar ?



Apa isi sebenar kandungan surat Anwar ?


Ezam sudah dedah surat 'damai' yang ditulis oleh Anwar ditujukan kepada Tun M. Ramai nak tahu apa kandungannya. Ezam jelaskan surat itu bukti Anwar adalah split identiti "Mr Hyde dan Dr Jackle". Satu watak mengajak perang kepada Tun, satu watak lagi dalam diam-diam hantar surat peribadi melalui orang kesayangannya ajak Tun berdamai.


Orang kesayangan yang dimaksudkan itu adalah Ezam Mohd Nor. Siapa boleh pertikai kesetiaan Ezam kepada Anwar sebelum ini. Siapa yang lari ke Indonesia, melobi Presiden Indonesia sokong Anwar. Orang itu tidak lain tidak bukan Ezam Mohd Nor.

Siapa yang dipanggil balik dari Indonesia ke Malaysia untuk menjadi barisan hadapan Pemuda Keadilan, sebaik sahaja Parti Keadilan ditubuhkan pada tahun 1999. Orang itu adalah Ezam.

Bermakna benar, seperti kata Ezam, "Anwar tahu apa yang saya tahu, kerana saya barisan hadapan parti, sebab itu Anwar cuba mengelak menjawab soalan saya. Ini masalah saya dengan Anwar, tapi Anwar hantar orang-orangnya pukul saya"

Apabila membaca berulang-ulang kali kandungan surat itu, saya gagal mengesan maksud 'perdamaian' itu. Memang ada kalau dibaca selapis, tetapi tidak kuat, yang menonjolnya adalah benda lain.

Jadi saya terfikir, apa sebenarnya kandungan surat itu ? Apa sebenarnya permintaan Anwar kepada Tun ?

Perenggan yang paling mengesankan semasa saya membaca tulisan tangan Anwar adalah, "Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka tidak harus ditahan"

Kenapa soal anak angkat ditimbulkan dalam surat Anwar itu ? Siapa anak angkat keluarga Datuk Ibrahim (ayah Anwar). Satu dunia mengetahui, anak angkat Pak Ibrahim hanyalah seorang sahaja iaitu Sukma Darmawan, seorang rakyat Indonesia yang tinggal di rumah Pak Ibrahim sejak akhil baligh.

Anehnya, walaupun anak angkat pak Brahim, tetapi Sukma tidak tinggal bersama Pak Brahim, sebaliknya tinggal serumah bersama Anwar walaupun ketika itu, Anwar sudah berumahtangga. Sukma diberi bilik khas, di rumah Anwar. Ketika Anwar berpindah rumah dari Petaling Jaya ke Damansara, Sukma pun turut berpindah sama.

Terfikir juga, Anwar ketika itu menjawat jawatan TPM dan Sukma pula mempunyai butik, tak kan Sukma tak mampu menyewa rumah sendiri, walaupun tinggal di bangunan flat. Takkan Sukma tidak mampu menyewa flat, dengan kadar rm300 sebulan, kenapa perlu mengikut ke mana sahaja Anwar, walhal Anwar mempunyai tanggungjawab keluarga ?

Jadi saya mula berfikir-fikir lagi, apakah kandungan sebenar surat Anwar itu. Kenapa Anwar tidak menggunakan kesempatan itu untuk menulis surat membela dirinya, sebaliknya meminta agar 'anak angkat' tidak ditahan.

Apa sebenarnya keistimewaan 'anak angkat' itu hingga Anwar terpaksa menulis surat peribadi kepada Tun ?

Baca semula kandungan surat Anwar ini, fikirkan apa yang tersirat di sebalik tulisan Anwar itu...


YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.


Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.


Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.


Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.


Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.


Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.


Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.


Anwar Ibrahim.

8 September 1998



4 ulasan:

cik kiah berkata...

Sayang sungguh anwar kepada 'anak angkat' bapanya melebihi sayangnya kepada azizah.Kesian azizah....

Kenapa anwar bersungguh-sungguh mempertahankan 'adik angkat'nya itu?

Nampaknya Tun lebih tahu siapa yang patut ditahan. Siapa lebih bijak?

Nampaknya anwar pun terpaksa merayu kepada Tun.Di depan rakyat jelata bukan main kutuk Tun..di belakang,seperti kekasih memujuk rayu.

Sekurang-kurangnya cakap Ezam boleh dipercayai juga. anwar...cakap jer berdegar-degar...16 September entah ke mana!!!

Pochong berkata...

emm banyak persolan yang bermain di fikiran...kenapa anwar tak gunakan kesempatan untuk membela dirinya...

NTanwar berkata...

Isi kandungan surat dirumuskan spt berikut :

1. Anwar sangat rimas dengan berita di media tempatan. Soalan apa jawapan balas Anwar di media antarabangsa? Menyakinkan jawapan balas itu ?

2. Keluarga Anwar sugul. Pelajaran terjejas. Benarkah ? Semua anak Anwar sekarang lepasan Amerika Syarikat. Izzah dari UNITEN ke US..begitu juga yang lain

3. Anwar bingung. Apakah salahnya. kenapa 'konspirasi' dilakukan kepadanya. Apa salah Anwar. Anwar kena tanya diri sendiri. Apa konspirasi yang telah dia dilakukan ke atas Mat Tyson (Taib), Rahim Tamby Chik, Pak Ghafar Baba. Anwar pernah fikir apa jadi pada maruah keluarga mereka?

4. Kalau benar ada konspirasi, Anwar perlu menjawab satu persatu dalam surat itu mengenai 'teori konspirasinya'. Tetapi tidak ada penjelasan, sekadar menyatakan kebingungan. Tak jawab soalan.

5. Tuduhan lain, tetapi Anwar jawab lain. Anwar jawab konspirasi, tetapi jawapan konspirasi pun tidak jelas. Jadi tak jawab soalan.

6. Permohonan kepada Dr Mahathir supaya adik angkatnya, Sukma tak ditahan

7. Anwar sekeluarga tidak lupa jasa Dr M. Itu dalam surat, atas pentas ceramah dan media asing Anwar kutuk DR M, seolah2 orang tua tu tak pernah berjasa. Double standard

8. Anwar tegas sekali lagi, meskipun hubungan renggang, jasa baik tak pernah dilupa. Itu dalam surat. Atas pentas ceramah, Anwar cerca DR M, hasut rakyat benci DR M. Mana satu boleh pakai?

9. Semoga Allah pelihara kesejahteraan kita bersama. Doa Anwar bagus, tetapi perbuatan Anwar tak bagus. Dia hasut rakyat membenci DR M

Berasaskan 9 perkara di atas, semuanya bercorak penceritaan tentang keadaan dirinya.

Cuma satu saja permintaan Anwar : JANGAN TAHAN SUKMA DARMAWAN

Maknanya kesimpulan besar surat itu dihantar adalah memohon DR M supaya jangan tahan Sukma.

Kenapa Anwar perlu bersusah payah, hantar surat supaya jangan tahan adik angkatnya. Sepatutnya Anwar perlu bersusah payah menjelaskan hujah2 dia tidak bersalah.

Anwar lebih sayang Sukma, berbanding Nalla, serta pemimpin2 ABIM, Zahid Hamidi, Dr Zambery, Kamaruddin Jaafar, Kamruddin Md Nor, Dr sidek Baba yang juga turut ditahan.

Kenapa tak hantar surat khusus minta nama2 di atas, selain Sukma tak ditahan.

Kenapa hanya minta Sukma saja tak ditahan, sedangkan orang lain Anwar tak kisah kalau ditahan.

Kumbang berkata...

Salam NTAnwar tepat dan padat...

Kenapa Sukma?
Jika Sukma ditangkap dan disoal apa berlaku?

Itu jawapannya..
Kumbang tak cakap anda sendiri yang berikan jawapannya..haha