MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Jan 2009

Akhirnya surat 8 September Anwar dibongkar..



Akhirnya surat 8 September Anwar dibongkar..


Malam yang dinanti-nantikan telah berlangsung dengan penuh saspens malam tadi! Seperti yang dijanjikan, Ezam Mohd Nor kembali ke K Terengganu untuk membongkar surat “rayuan” Anwar Ibrahim kepada Mahathir bertarikh 8 September 1998……

Ceramah yang penuh kemeriahan ini berlangsung di Markas BN Kampung Kubang Parit, DUN Wakaf Mempelam kubu kuat PAS Terengganu. Amat menakjubkan sekali apabila kehadiran lebih kurang 3,000 orang dalam ruang halaman yang agak sempit dan diberitakan jalan masuk ke tempat ceramah terpaksa ditutup kerana penuh sesak dengan banyak kenderaan, ramai yang pulang hampa kerana tidak berjaya masuk ke tempat ceramah…

Program malam tadi telah mula dipanaskan oleh beberapa penceramah barisan bekas pimpinan Keadilan seperti Hamidzun Khairuddin, Lokman Adam, Gani Haroon, Zahid Mat Arip dan Hamdan Taha.

Akhirnya kemunculan Ezam telah mengubati penantian ribuan hadirin yang bersesak sesak di markas BN Kubang Parit. Ezam telah membacakan surat yang cuba dikirimkan oleh Anwar kepada Mahathir pada 8 September 1998 [teks penuh surat ada di dalam posting ini].

Disini jelaslah bahawa Ezam berjaya membuktikan betapa MUNAFIKnya manusia durjana bernama Anwar Ibrahim. “ Pada hari sebelumnya, Anwar telah caci maki Mahathir, mengajak rakyat yang menyokongnya untuk menentang Mahathir, tetapi dalam senyap, dibelakang penyokong-penyokongnya, terutamanya parti PAS, Anwar telah menulis surat merayu kepada Mahathir, mahu berdamai…” tegas Ezam.

Atas dasar prinsip, Ezam turut mencabar PAS membuat pendirian sekiranya mereka benar benar sebuah parti islam, apakah mereka mahu mengangkat Anwar sebagai pemimpin nombor satu walaupun terbukti sifat munafik Anwar sememangnya beliau adalah Pembohong Nombor Satu Negara….

HUSAM AKUI PARTI PAS MAHU KUDAKAN ANWAR..!!!




“One stone, Two Birds…” begitulah istilah yang digunakan untuk menggambarkan bagaimana dalam satu satu tindakan yang dibuat berjaya mendapat hasil yang berganda…..

Malam tadi Ezam turut membuat satu lagi pembongkaran eksklusif! Kini Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula terpaksa mendepani “cabaran” Ezam setelah satu pengakuan yang dibuat oleh Husam terhadap Anwar dibongkar oleh bekas Ketua Pemuda Keadilan itu.

Husam telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Ezam menyertai UMNO kerana mahu “cari makan”. Kenyataan bodoh oleh Husam ini telah membuatkan Ezam membuka rahsia sebenar, dalam satu pertemuan sulit mereka sewaktu Ezam membuatkan keputusan mahu menyertai UMNO.

Atas dasar persahabatan dalam arena politik, Ezam bertemu dengan Husam untuk menjelaskan bahawa beliau terpaksa tinggalkan Anwar kerana sebagai seorang muslim beliau akan berdosa sekiranya mengangkat Anwar sebagai pemimpin. Ada beberapa perkara yang terlalu sulit tetapi tidak disebutkan kerana Ezam tidak mahu membuka aib seseorang.

Menurut cerita Ezam, beliau agak terkejut apabila Husam menjawab bahawa dia sendiri dengan pimpinan PAS tahu semua tingkah laku sumbang Anwar, tetapi mereka cuma mahu “kudakan” Anwar dalam politik untuk mencapai matlamat parti mereka….
“Saya cabar Husam untuk turun ke K Terengganu dan menafikan kenyataan saya ini..” kata Ezam malam tadi.

Ternyata Ezam agak terkilan dengan sikap Husam yang terbukti membuat kenyataan tersebut semata mata mahu menjaga hati Anwar demi hubungan parti mereka dalam Pakatan Rakyat dan di waktu yang sama Husam sanggup membelakangkan nilai persahabatannya dengan Ezam sebelum ini.


TEKS PENUH SURAT ANWAR IBRAHIM KEPADA MAHATHIR

Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.

YAB Dato Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.


Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Dato Seri agar anak angkat mereka tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Dato Seri berikan.


Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.

Salam saya dan Azizah kepada Dato Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.
8 September 1998

* anak angkat dalam surat ini merujuk kepada Sukma Darmawan Samitaat Madja

sumber - medan-info-kita


5 ulasan:

Unknown berkata...

Saya telah masukkan URL blog ini ke dalam blog saya. Moga kehadiran blog ini akan menambah meriah semangat demokrasi negara kita.

Padamar Seri berkata...

Tuan-tuan semua,

Tidak takutkah ancaman Allah kepada manusia yang suka membuka aib orang lain, apatah lagi saudara seagama. Pasti kah anda bahawa orang yang anda malukan itu akan masuk neraka. Syurga neraka bukan milik manusia, ia hanya selayaknya Milik Allah. Swt. Yang Maha Kuasa tidak pernah menurunkan kuasaNya kepada manusia untuk menentukan siapa yang layak untuk Syurga dan NerakaNya.

Sebagai umat islam kita tidak boleh membuka aib orang kerana jika maklumat tersebut tidak diurus dengan baik, ia boleh jatuh kepada fitnah.Dosa yang lebih besar dari dosa membunuh.

Kita hanya boleh mendedahkan perlakuan seseorang seandainya kita saksi kejadian, maksudnya jika diminta oleh pihak yang bertanggungjawab dalam soal keadilan seperti mahkamah, kita wajib menyatakan apa yang kita tahu dengan pasti tanpa menokok tabha sedikitpun faktanya.

Allah akan Maha Pengampun lagi Maha penyayang, mungkin seseorang itu hari semalamnya cukup 'jahat', tapi manusia tidak boleh menghukum sesuka hati. Kena ikut Syariah.

Allah akan mengampunkan Dosa Hambanya terhadapnya kerana Maha Kasihnya Allah kepada Hambanya. Tapi kalau dosa itu terhadap seseorang manusia, selagi tidak mendapat kemaafan dari manusia itu ataupun warisnya, pastinya kita tetap dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Pesan saya untuk diri saya dan semua kawan-kawan. Janganlah permusuhan politik menjadikan kita sebagai seorang PEMFITNAH.

Bukan untuk menghukum, rasanya Saudara Ezam ini sepatutnya lebih baik muhasabah diri sendiri, untuk apa dia melakukan semua ini? Kalau kerana Allah tentunya bukan ini caranya.

Wassalam.

Unknown berkata...

padamar seri yg bingung lagi bodoh tolol.

caci dan maki sesama manusia boleh tak? cuba tanya kat org2 PAS.
yelah... selepas melaknat orang islam lain yg bukan penyokong PAS dan PR amnya Allah akan mengampunkan dosa2 mereka.

cuba ahli umno mengutuk org PAS, berdosa besar hukumnya.

anwar ibrahim tu sudah terang dan nyata ialah seorang gila.
gila kuasa, gila harta, gila populariti dan pelbagai penyakit gila yg lain tetapi yg paling popular ialah gila nafsu seks terutama kepada lelaki.

apa hukumnya mengangkat seorang gila menjadi pemimpin?

minta jawapan, padamar seri?

PARPUKARI berkata...

Padamar seri, kau ni lah jenis yang merosakkan nama agama islam yang suci, oh pandai kau ya tang anwar kau nak orang cover.....tang Tun Dr M korang tuduh fitnah macam2.....kadang aku tegok jenis macam ko ni mengalahkan yahudi la....

http://parpukari.blogspot.com/

Putra berkata...

Errr... Bukankah sepatutnya ezam harus sampaikan surat tersebut kepada Tun M? Kenapa dia simpan & dedahkan? Bukankah ini sikap tidap boleh dipercayai?

Dahulu time ezam duk dalam keadilan, bukan main dia maki parti & pemimpin kita.. sekarang dia dah masuk parti kita, dia maki parti sana pulak!

Sori laa.. aku tak dapat terima ezam ni. Makin banyak dia cakap, makin kalah kita!