MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Jan 2009

Kenapa Anwar mengelak jawab soalan Ezam ?



Kenapa Anwar mengelak jawab soalan Ezam ?


Kumbang amat bersetuju dengan pandangan blogger garammasin di artikel "Apa Isi Sebenar Kandungan Surat Anwar?" di blog AnwarIbrahimDotCom. Beliau mengeluarkan persoalan, kenapa Anwar merayu untuk Sukma(adik angkat Anwar) agar diselamatkan oleh Tun Dr Mahathir daripada ditangkap?

Apa istimewanya Sukma pada ketika itu? Adakah 'hubungan' Sukma pada Anwar melebihi peranan sebagai 'adik angkat' ?

Kumbang rasa menarik untuk difikirkan..


Kumbang juga bersetuju dengan pandangan garammasin. Sekali pandang, memang surat yang Ezam dedahkan ini tidak istimewa langsung sehingga digelarkan 'tahi cicak' oleh laman web AnwarIbrahimClub.

Kumbang tidak hairan kerana di saat kritikal ketika itu, Anwar mungkin mengambil jalan selamat dengan menulis surat yang tidak mempunyai unsur-unsur yang membahayakan dirinya. Ezam pun mungkin tidak dipercayai pada ketika itu.

Persoalan pendedahan Ezam bagi Kumbang bukannya isi kandungan surat itu. Tetapi kenapa surat itu dihantar di kala Anwar sibuk menggerakkan rakyat menentang kepimpinan?

Apa yang Anwar cuba lakukan?

Jika mahu merayu dan berdamai kenapa dijalankan provokasi terhadap kerajaan beberapa hari sebelum itu?

Yang menarik lagi kenapa mahu merayu kepada si 'ketua konspirasi'? Sedangkan beliau tahu, beliau tidak akan dapat apa-apa jaminan. Beliau sendiri yang menggambarkan si ketua konspirasi itu sebagai seorang yang tiada belas kasihan.


Kalau kita lihat gaya bahasa Anwar dalam surat itu sendiri, tidak menggambarkan Tun Dr Mahathir adalah dalang kepada konspirasi?

Jadi apakah benar kenyataan yang cuba disampaikan oleh Anwar pada ketika itu bahawa Tun Dr Mahathir adalah arkitek kepada konspirasi yang dijalankan terhadap beliau?
Perkara inilah yang menyebabkan GAP sanggup menggelarkan Anwar sebagai munafik di blog beliau. Depan rakyat cakap lain, belakang rakyat buat lain.

Persoalan

Persoalan posting Kumbang kali ini ialah bagaimana Anwar sebagai 'kononnya' pejuang tegar sering mengelak daripada tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atas beliau.
Semenjak 10 tahun dahulu sering kita dengar, bahawa tuduhan-tuduhan yang dikenakan terhadap beliau adalah konspirasi dan propaganda UMNO. Alasan yang cukup mudah daripada 'professor' Georgetown University ini.


Contoh yang paling dekat adalah mengenai pembabitan beliau dalam Annapolis Summit, beliau menjawab mudah di dalam blog beliau, semua ini adalah dakyah BTN(kerajaan) dan menafikan pembabitan beliau. Habis laporan theWashingtonnote itu apa?

Konspirasi kerajaan? Jika benar laman web itu sengaja mengenakan Anwar, kenapa laman web itu memuji pula Anwar sebagai pejuang demokrasi.?


Hal lain pula, mengenai pendedahan S.Manikavasagam mengenai masalah Pakatan Rakyat di Selangor.

S.Manikavasagam yang kini masih dalam PKR membuat kenyataan itu kerana mahu perubahan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Jawab Anwar apa di blog beliau?

Jangan dilayan semua propaganda UMNO. Cukup mudah. Apa kena-mengena S.Manikavasagam dengan UMNO?

Tak tahu menari nak salahkan lantai pula?


Terbaru mengenai Ezam yang mendedahkan surat Anwar kepada Tun Dr Mahathir. Beliau menjawab mudah "itu cerita 10 tahun dahulu". Kini Anwar menurut abang Sam Ketua AMK pula cuba untuk mendedahkan surat Ezam meminta jawatan daripada Perdana Menteri.

Jika ada Kumbang ingin lihat, memang pernah terdengar sebelum ini. Tapi tidak pernah dibuktikan.

Ini bagi Kumbang juga ialah satu taktik Pakatan Rakyat (PR) yang Kumbang kenal benar, menyamakan apa yang BN buat dengan apa yang mereka lakukan. Perihal kereta Camry.

Jawapan PR cukup mudah, ala BN pun buat. Jika PR sendiri buat apa yang BN buat, apa maknanya memilih PR?

Pendedahan ini mungkin juga adalah cara Anwar untuk mengelak daripada menjawab isu surat yang didedahkan oleh Ezam. Kita tengok siapa yang kena nanti.


Selain itu sekarang Anwar sibuk memperjuangkan mengenai PPSMI yang kononnya mengenepikan bahasa melayu (mungkin antara cara mengelak isu surat yang didedahkan Ezam tadi). Anwar yang kita kenal sebagai seorang yang Ultra Melayu kerana membantah papan tanda Inggeris di Universiti Malaya ketika zaman pelajar dan sanggup menurunkannya untuk menaikkan papan tanda bahasa melayu.

Beliau Kumbang akui memang cukup terkenal dengan perjuangan menegakkan bahasa melayu.
Satu persoalan, kenapa pula Anwar boleh diam membisu apabila Theresa Kok ingin menurunkan papan tanda jawi di Bukit Bintang?

Adakah ini tidak menyentuh perihal bahasa melayu dan hanya hal remeh?
Pelik bin Ajaib..


Merujuk kepada semua perkara di atas. Di akhir posting ini Kumbang tujukan 4 persoalan untuk anda semua..


Adakah Anwar terus mengelak daripada menjawab segala tuduhan dan cabaran terhadap beliau?

Adakah Anwar akan terus mengatakan kesemua tuduhan dan cabaran itu sebagai propaganda dan konspirasi UMNO?

Apakah alasan Anwar lagi selepas ini?

Adakah ini pemimpin yang bergelar pejuang?


Buat jawapan anda sendiri...4 Soalan,1 jawapan.


Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

sumber - Analisisringan.blogspot.com

Tiada ulasan: