MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Jan 2009

Annapolis Summit : Anwar Sokong Penubuhan Negara Israel



Annapolis Summit : Anwar Sokong Penubuhan Negara Israel


Peranan Exile Figures dalam Foreign Policy

Laporan RAND Corporation, menyebut istilah "Foreign Policy" (Dasar Luar Amerika) merujuk kepada badan perisikan luar Amerika Syarikat yang mendapat latihan CIA. Bidang kewartawanan adalah target CIA. Sama ada anggota CIA dilatih menjadi wartawan atau wartawan yang sedia terpilih direkrut menjadi agen CIA.Kedua-dua maksudnya sama, kedua-dua agen CIA.

Media antarabangsa rangkaian CIA atau nama enak "Foreign Policy" seperti Time, Newsweek,U.S. News, World Report, The New York Times, The Wall Street Journal, The Washington Post, CNN, ABC, CBS, NBC. Kebanyakan media ini dikawal oleh kumpulan Yahudi Amerika.

Menurut RAND Corporation watak seperti Anwar Ibrahim dikenali sebagai "exile figures"(tokoh-tokoh terbuang). Modus operandi "exile figures" diperkenalkan sejak zaman Perang Dingin (Cold War) ketika Amerika melawan Komunis. Dalam cadangan RAND Corporation kepada kerajaan Amerika, model "exile figures" semasa Cold War hendaklah diadaptasi semula dalam memerangi teroris Islam.

Menurut modus itu, CIA akan mengenal pasti beberapa "exile figures" yang bermasalah di negaranya seperti tokoh yang dipecat atau melawan kerajaan yang sedia ada dan "tokoh-tokoh terbuang" itu akan diberi suaka politik di Amerika.

Langkah pertama CIA akan meletakkan "exile figures" ini di universiti-universiti tertentu. Langkah kedua, menjadikan "exile figures" itu sebagai penceramah dalam program anjuran Amerika di luar negara atau mengendalikan program-program tajaan Amerika.

Tujuannya sebagai proses re-branding (penjenamaan) semula "exile figures" supaya dikenali semula di persada dunia. Dalam proses re-branding itu media-media antarabangsa akan memainkan peranan untuk memberi publisiti kepadanya supaya lebih cepat popular.

Langkah terakhir, "exile figures" itu akan memainkan peranan semula di negara asalnya, dalam bidang politik untuk mencapai visi Amerika. (Rujuk Laporan RAND Corporation, "Building Moderate Muslim Networks", muka surat 14-15.

Pendedahan Steve Clemons

Ketika Presiden Bush membicarakan proses rundingan damai Israel-Palestin yang dinamakan Annapolis Summit, Clemons dedahkan senarai penyokong yang menandatangani perjanjian itu yang terdiri daripada tiga badan pemikir tajaan Amerika iaitu The International Crisis Group (ICG), The New America Foundation dan United States Middle East Project. Nama Anwar juga turut tersenarai.

Ketika nama Paul Wolfowitz menjadi bualan hangat di Amerika kerana skandalnya di Bank Dunia dengan teman wanitanya, Shaha Ali Riza, sebuah badan rahsia yang mempunyai kaitan dengan mereka berdua turut disebut. Badan itu adalah Foundation For The Future (FFF). Sekali lagi nama Anwar turut disebut yang menjadi bahan bukti laporan jawatankuasa tatatertib Bank Dunia.

Sekali lagi Clemons bongkar bahawa badan itu (FFF) merupakan projek rahsia pemerintahan Bush di Timur Tengah yang mendapat tajaan sepenuhnya kerajaan Amerika.


Siapa Steve Clemons?


Klik Sini untuk ekses ke blognya dan kaitan dengan Anwar Ibrahim

Selain itu, dia adalah salah seorang ahli think tank Amerika yang mampu keluar masuk ke White House. Dia salah seorang pemikir kerajaan Amerika. Dia tahu luar dalam apa yang sedang dan akan dilakukan oleh White House. Dia adalah Pengarah the American Strategy Program salah satu cabang organisasi kepada badan pemikir terkemuka Amerika iaitu the New America Foundation. Dia juga bekas Pengarah the Japan Policy Research Institute.

Maknanya pengalaman Steve Clemons dalam bidang "foreign policy" cukup luas. Bukan setakat di White House, malah dia juga tahu mendalam tentang dunia Timur kerana pernah menumpukan kajian di negara Jepun.

Banyak lagi jawatan Clemons yang glamour seperti bekas Naib Presiden Economic Strategy Institute, bekas Pengarah the Nixon Center for Peace and Freedom, pernah berkhidmat sebagai Lembaga penasihat the Center for United States - Japan Relations di RAND Corporation dan sekarang berkhidmat sebagai Senior Policy Advisor dalam bidang Economic and International Affairs kepada Senator Jeff Bingaman .

Satu lagi perkara menarik mengenai Clemons adalah penulisannya bercorak penyiasatan yang berpandukan fakta. Penulisannya bercorak pendedahan, tetapi pendedahan yang benar dan akhirnya dia menang.

Misalnya pendebatannya dengan Doug Bandow, fellow kanan di Cato Institute berakhir dengan kemenangan apabila Clemons berjaya membongkar perkaitan Doug Bandow dan Institut Cato dibayar oleh pelobi Yahudi, bernama Jack Abramoff. Clemons mendedahkan berlaku korupsi dalam badan pemikir Amerika termasuk Doug Bandow, Institut Cato dan Jack Abramoff.

Anwar Ibrahim juga terlibat dalam "foreign policy" Amerika. Pengkhususannya di Asia dan Asia Tenggara. Bermakna Anwar dan Clemons saling mengenali kerana kedua-duanya terlibat dalam dasar luar Amerika Syarikat.


International Crisis Group dan Annapolis Summit


Sebelum menjelangnya pemilihan Presiden baru Amerika, Presiden Bush berusaha mengembalikan sokongan Israel untuk parti Republikan dengan cara menganjurkan usaha damai antara Palestin (diwakili Mahmod Abbas) dengan Israel (diwakili Ehud Olmert) yang dinamakan The Annapolis Summit.

Majoriti rakyat Palestin tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana menguntungkan Israel kerana Presiden Palestin yang bakal dilantik adalah boneka Israel dan Amerika Syarikat iaitu Mahmoud Abbas. Manakala negara jiran terutama Iran dan Syria tidak bersetuju dengan Annapolis Summit kerana dapat mengesan taktik jahat Amerika dan Israel untuk mewartakan Israel sebagai sebuah Negara Yang Sah.

Sedangkan masa depan rakyat Palestin masih samar-samar , kerana Mahmoud Abbas yang bakal dilantik Presiden Palestin merupakan mewakili minoriti penduduk Palestin. Majoriti rakyat Palestin diwakili oleh Hamas melihat perjanjian itu sebagai gula-gula Israel hanya semata-mata untuk mendapat status sebagai Sebuah Negara Sah, dan dalam masa sama melantik presiden boneka Israel di Palestin. Klik di sini

Pada 10 Oktober 2007 (sebulan sebelum berlangsungnya persidangan Annapolis Summit) tiga badan pemikir Amerika iaitu United States Middle East Project; International Crisis Group (ICG) dan New America Foundation/American Strategy Program telah menghantar surat kepada Presiden Bush dan Condoleeza Rice sebagai tanda sokongan dengan memberi beberapa cadangan tambahan.

Mereka amat berharap Annapolis Summit mencapai objektif sepenuhnya, dan tidak gagal seperti Camp David yang pernah diusahakan sebelum ini.

Di sinilah Steve Clemons mendedahkan nama-nama yang telah menandatangani surat sokongan Annapolis Summit itu. Turut disenaraikan adalah nama Anwar Ibrahim.

Senarai nama itu diperolehi oleh Steve Clemons kerana dia merupakan salah satu badan penganjur (New America Foundation/American Strategy Program) yang terlibat menyediakan draf surat sokongan dan dia sendiri turut menandatanganinya.

Kesemua yang menandatangani surat sokongan itu terdiri daripada bekas pimpinan kerajaan Amerika dari bekas CIA, USAID dan badan pemikir Amerika. Kesemuanya beragama Kristian dan Yahudi. Hanya Anwar Ibrahim dan beberapa orang Muslim pro-Amerika yang beragama Islam yang menandatangani surat itu.

Ketika menandatangani surat itu Anwar merupakan pensyarah pelawat di Universiti Georgetown Amerika Syarikat.


Kandungan surat kepada Presiden Bush

Surat yang ditandatangani oleh Anwar itu mengesyorkan lima perkara utama iaitu;

1. Matlamat Dua Negara (two-state solution), berdasarkan garis panduan yang pernah dibuat pada 4 Jun 1967, dengan proses pindaan kecil, antara satu sama lain dan dipersetujui bersama seperti yang dinyatakan dalam pertukaran tanah 1:1

2. Jerusalem sebagai rumah kepada dua ibu negara, dengan kawasan kejiranan Israel jatuh di bawah kedaulatan Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin

3. Penyusunan semula The Old City of Jerusalem dengan memberikan hak kepada setiap pihak penguasaan berdasarkan tepat suci masing-masing dan laluan tanpa halangan kepada setiap penduduk tempat tersebut. Nota : Old City merujuk the Temple Mount and its Western Wall for Jews, the Church of the Holy Sepulchre for Christians, and the Dome of the Rock and al-Aqsa Mosque for Muslims.

4. Penyelesaian masalah pelarian secara konsisten dengan penyelesaian dua negara, mengutarakan rasa ketidakadilan mendalam terhadap pelarian Palestin, dan juga memberikan mereka pampasan kewangan dan bantuan penempatan semula

5. Mekanisme keselamatan yang mengemukakan kebimbangan penduduk Israel dan dalam masa sama menghormati kedaulatan Palestin

Daripada lima perkara itu, perkara pertama merupakan inti utama yang menjadi matlamat mereka. Mereka mahu Israel diiktiraf sebagai sebuah negara sah. Itu sahaja matlamat sebenar surat itu. Klik di sini

Sejak bila kumpulan Yahudi dan pro-Amerika bersimpati dengan nasib Islam di Palestin. Mereka mahu negara Israel diiktiraf. Siapa tidak kenal Theodore C. Sorensen, Zbigniew Brzezinski, Harriet Babbitt, Shlomo Ben-Ami, Edward Djerejian, Samuel M. Hoskinson, Flynt Leverett, Theodore Roosevelt IV. Mereka semua bangsa Yahudi yang tidak pernah simpati kepada Palestin.

Ketika majoriti negara Islam termasuk Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan Negara Israel, Anwar pula menandatangani persetujuan penubuhan negara Israel sah, atas alasan penyelesaian perdamaian, two state solution.


Bagaimana Anwar terlibat?

Pada 4 Oktober 2006, ICG melancarkan kempen penyelesaian masalah Israel-Palestin berasaskan resolusi UN Security Council 242 of 1967 and 338 of 1973, the Camp David peace accords of 1978, the Clinton Parameters of 2000, the Arab League Initiative of 2002, and the Roadmap proposed in 2003 by the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu berasaskan solusi pengiktirafan Dua Negara.

Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah semua Ahli Jawatankuasa ICG termasuk, Anwar Ibrahim, Gareth Evans, Shlomo Ben-Ami, George Soros, Desmond Tutu, Mary Robinson, Surin Pitsuwan, Morton Abramowitz dan lain-lain.

Bermakna jika Steve Clemons mendedahkan nama Anwar tersenarai dalam menandatangani surat sokongan Annapolis Summit kepada Presiden Bush, pada 10 Oktober 2007, perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ICG terlebih dahulu telah mengadakan mesyuarat yang sama pada 4 Oktober 2006.

Lagipun selain Anwar Ibrahim, terdapat beberapa nama lain yang turut disenaraikan mewakili ICG. Mereka adalah Gareth Evans, Lee H. Hamilton, Carla Hill, Shlomo Ben-Ami,Christopher Patten dan lain-lain.

Jadi betul atau tidak Anwar telah iktiraf negara Israel ?
Wallahhualam.


rujukan: http://www.thewashingtonnote.com
http://www.anwardotcom.blogspot.com


sumber asal : empayar malaya