MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Jan 2009

PKR intai balik jawatan MB Perak menerusi Nasarudin..?



PKR intai balik jawatan MB Perak menerusi Nasarudin..?


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bota,Parit,Perak Datuk Nasarudin Hashim yang sebelum pilihanraya umum 2008 ialah Ahli Parlimen Parit dan baru-baru ini tidak disambung kontrak sebagai Pengerusi FELCRA serta tewas dan pemilihan Ketua UMNO Bahagian Parit hari ini umum sertai Parti Keadilan Rakyat.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya.Hadir sama ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nasarudin,58 mendakwa keputusannya itu adalah demi kepentingan para pengundinya di kawasan Bota.

Jawatan Nasarudin sebagai Pengerusi FELCRA diganti oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman.

Dalam pilihanraya umum Mac 2008 beliau diturunkan bertanding kawasan Dewan Undangan Neegeri Bota.

Tempatnya sebagai Ahli Parlimen Parit ditandingi oleh Mohd Nizar Zakaria yang Berjaya tewaskan calon PAS.



Nasarudin menewaskan calon PKR Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi selepas memperoleh 6,556 undi di DUN Bota dalam pilihanraya Mac lalu.

Berikutan langkah ini kini Pakatan Rakyat ada 32 kerusi di Dewan Undangan Negeri Perak berbanding 27 Barisan Nasional.

PKR pula tambah satu kerusi dari tujuh sebelum ini jadi lapan manakala DAP 18 dan PAS enam.

Ada khabar angin yang berlegar kata PKR kini mengintai balik jawatan Menteri Besar Perak yang terpaksa diberi pada Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari PAS kerana ADUN Melayu PKR tidak ada kelayakan akademik.

Nasarudin ialah seorang graduan dan bekas pegawai kerajaan di Wisma Putra dan Kementerian Penerangan.- 25/1/2009

sumber- agendadily.com






3 ulasan:

cik kiah berkata...

Tak dapat jawatan dalam UMNO keluar, masuk PKR. Lepas ni kalau tak dapat jawatan juga dalam PKR, nak masuk parti apa pula?

Inilah perjuangan bermata duitan. Tiada keikhlasan langsung. Orang macam ni dah sesuai jadi geng anwar dalam 'exile figure' (pemimpin terbuang).

sumandak bayu berkata...

Salam,

bila ketamakan melebihi dari sikap pembela kepada rakyat memang mudah jadi pengkhianat negara, bangsa dan agama..

jadilah katak puru sengal

GOMO berkata...

KENAPA ANWAR SUKA BUNTUT???
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/anwar-buntut-punya-olang.html