MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Jan 2009

Azmin Ali dedahkan strategi Anwar



Azmin Ali dedahkan strategi Anwar


AGENDADAILY: Ada yang hairan kenapa beliau banyak bertumpu di luar negara…apakah ini untuk cool off atau antara strategi politik Datuk Seri Anwar?

AZMIN: Perkara ini kita bincang panjang lepas beliau dibebaskan…apa peranan beliau …apa pendirian beliau..apa pendekatan yang harus diambil dalam politik tanahair….tapi ini soal strategi…tak boleh saya dedahkan…kalau didedahkan bukan lagi strategi…

Kita kena faham dulu adalah era kemarahan…DSAI telah jelaskan pada satu majlis di Kelab Century Paradise,Taman Melawati baru-baru ini bahawa era kemarahan sudah berlalu.. Pada ketika itu kita tak boleh salahkan kebangkitan rakyat..sekarang ini lain…kalau kita marah secara berterusan…akhirnya kita tak dapat atur strategi dengan baik.


Lanskap politik sudah berubah…bukan sahaja dalam negara tetapi seluruh dunia..bila ini berubah… era kemarahan sudah berlalu…sekarang masa kita maju ke depan.Untuk maju ke depan kami kena atur strategi dengan cukup terancang dan rapi supaya kami tidak lakukan kesilapan lalu.


Saya teringat syair penyiar agung Indonesia Rendra ketika saya jemput beliau ke Malaysia beberapa tahun lalu.bersama seorang penyair lain.Dalam syairnya beliau melahirkan kebimbangan tentang kebangkitan rakyat Indonesia dimana cukup sesuai kita teliti dalam kontek di Malaysia ini.


Kebangkitan rakyat Indonesia ketika itu kalau kita tengok...perhimpuannnya bukan sepuluh ribu tetapi ratusan ribu.Saya amat tertarik dengan apa yang diungkapkan oleh penyair itu dalam syairnya iaitu …“ kita pandai berhimpun tetapi kita tidak pandai berbaris .”


Makanya bila dipanggil berhimpun..kita kumpulan yang cukup pakar aturkan perhimpunan puluhan ribu…tetapi lepas itu orang yang datang berhimpun tidak tahu apa perlu dibuat.Untuk ' berbaris ' perlukan disiplin..perlukan perancangan yang rapi…strategi yang diatur dengan cukup baik.


DSAI meminta kepada parti agar beri sedikit tempoh kepada beliau untuk mengadakan dialog di peringkat antarabangsa…kerana itu juga penting.


Pada masa yang sama beliau akan teruskan agenda perjuangannya dengan parti-parti pembangkang di tanahair.Kami dapati ada masalah besar dalam percaturan politik dunia.Sikap benci membenci makin menebal khususnya antara negara Barat dengan negara Timur,khususnya dengan Amerika Syarikat.


Maka DSAI merasa bertanggongjawab main peranan untuk meredakan keadaan itu dengan mengadakan dialog.Kita tidak boleh cepat prejudis ataupun buruk sangka tanpa kerana kalau itu sikap yang kita ambil..kerana kedegilan kita. tidak boleh sesaikan masalah…yang menjadi rugi ialah umat Islam termasuk di rantau kita.


DSAI merasa beliau ada peranan untuk dimainkan bukan sahaja untuk mewujudkan tolerasni antara Barat dan Timur tetapi juga menghormati antara satu agama dengan agama lain.Alhamdullilah beberapa pimpinan Barat merasakan mereka perlukan satu rakan kongsi dalam usaha ini sebab mereka tengok kegagalan mereka di Iraq dan Palestin.Masalah ini tak boleh selesai dengan senjata tetapi masalah ini boleh selesai menerusi dialog.


Orang yang ada kemampun berdailog dengan Barat dan dimasa yang sama ada hubungan yang akrab dengan Negara-negara Islam di Timur Tengah ialah DSAI.


Sebab itu mereka minta DSAI terima permintaan supaya jadi rakan kongsi dalam dialog ini agar ada dialog berterusan dan wujud hubungan yang akrab antara negara Islam dan Barat.


AGENDADAILY :Bagaimana dengan prasangka orang terhadap motif sebenar Datuk Seri Anwar.Misalnya ada yang curiga terhadap hubungan akrabnya dengan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Paul Wolfowitz yang merupakan bakal CEO Bank Dunia?

AZMIN :Soal pandangan serong dan curiga tentang motif tu…itu tafsiran dan pandangan masing-masing.Pokoknya kalau kita dapat berhujah dan meyakinkan mereka..banyak masalah boleh selesai.


DSAI tidak bertemu dengan apa yang didakwa oleh kumpulan yang saya kira desperate itu …beliau bertemu dengan ulamak-ulamak besar.Misalnya beliau berada di Qatar dan mengambil masa lima jam bertemu dan berbincang dengan Dr Yusof Qardawi.


Mengapa ini tidak jadi isu.Beliau juga bertemu dengan gerakan-gerakan Islam di Eropah termasuk di London.Kenapa itu tidak jadi isu.Kenapa harus fokus kepada satu dua individu sahaja?


Ini bermakna mereka yang main politik.Sepatutnya semua pertemuan DSAI di luar negara itu didedahkan kepada umum supaya rakyat tengok beliau bertemu pemimpin Barat dan juga Islam.Biar rakyat tahu apa perbincangan yang berlangsung.


Memang Wolfowitz seorang yang dilihat sebagai keras dan angkuh…saya tidak menafikan.DSAI juga mengakui..tetapi sekurang-kurangnya beliau bersedia mengambil sikap terbuka untuk duduk dan berbincang dengan DSAI.


Sebagai contoh.. pimpinan di Washington DC telah menyenaraihitamkan Dr Yusof Qardawi…ulamak besar hari ini..yang diterima oleh majoriti umat Islam.


Washington menyenaraihitam beliau semata-mata kerana beliau didakwa pernah buat kenyataan boleh di bunuh orang awam Amerika Syarikat..halal darah mereka.


Tetapi dalam pertemuan selama lima jam dengan Dr Yusof Qardawi …DSAI mohon penjelasan betulkah beliau pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu… Dr Yusof Qardawi menafikan sekeras-kerasnya.


Anwar guna kesempatan dengan Wolfowitz…dan saya sendiri ada dalam pertemuan itu, untuk jelaskan tanggapan terhadap tokoh besar Islam itu tidak betul.


DSAI minta agar Washington betulkan persepsi ini.Makanya tanpa dialog dengan Wolfowitz apakah kita mampu selesaikan masalah itu…sebab mereka kuasa besar.Ini peranan DSAI.Satu lagi soal Tsunami di Aceh..pendekatan yang diambil oleh Amerika ialah untuk membantu pembangunan di Aceh tetapi mereka tidak mahu membantu sekolah-sekolah yang ada unsur agama.


Ini juga DSAI bantah keras dalam pertemuan dengan Wolfowitz.DSAI bagitau 90 peratus sekolah-sekolah di Aceh adalah sekolah-sekolah agama pesantren,sekolah pondok…kalau kamu ambil sikap menyisihkan mereka..makanya kamu bantu 10 peratus dan menafikan 90 peratus.


Kamu tidak boleh salahkan 90 peratus ini kalau mereka ambil dari sumber lain yang ekstrim kerana mereka dalam keadaan terdesak akan terima apa jua bantuan.


DSAI kata you kena engage dengan semua sekolah-sekolah di Aceh termasuk sekolah-sekolah agama walaupun kamu tidak mahu dikaitkan secara khusus dengan agama..sekurang-kurangnya kamu bantu dari segi prasarana.


Ini makna melalui hubungan baik dengan Wolfowitz kita boleh berdebat dan berhujah dengan jiwa yang merdeka.Kita tidak mahu hubungan yang baik itu… kita tunduk kepada mereka.


Salah satu isu yang DSAI cakap kepada Wolfowitz..ialah menyatakan pendirianya dan mendesak sementara Amerika minta tentera Syria keluar dari Lebanon…DSAI kata saya setuju…tetapi kamu juga mesti keluar dari bumi Iraq..mesti keluar dari Palestin…jangan double standard.


Saya harap soal pertemuan dengan Wolfowitz ini tidak jadi perkakas politik oleh orang-orang yang desperate seperti Dr Chandra Muzaffar..Ini orang yang sudah tidak relevan lagi…dia tidak tahu senario politik.


Kami bertemu dengan tokoh-tokoh Amerika…kami datang dengan jiwa merdeka..maknanya kami mampu berhujah dengan mereka.Ini saya saksi sendiri.

AGENDADAILY :Dalam pertemuan-pertemuan itu apakah saudara nampak ada ‘titik temu' ?

AZMIN: Ada titik temu …dimana kedua pihak bersetuju untuk tidak bersetuju...itu penting.Saya tak kata masalah ini boleh selesai dalam satu pertemuan tetapi dialog ini adalah proses yang berterusan.Tetapi kalau you sudah tutup pintu tidak mahu berdailog..sedangkan kita ini kecil…mereka kuasa besar..kita akan ketinggalan.


DSAI mahu satu pendekatan sikap baru bukan sahaja di Washington tetapi di Malaysia.Sebab itu DSAI pergi bertemu Datuk Seri Abdullah di Kepala Batas (masa acara rumah terbuka Hari Raya) …dia ambil pendekatan politik baru…bukan lagi politik kebencian..bukan lagi politik permusuhan dimana kita boleh satukan semua pihak dalam keadaan kita tidak bersetuju.

Kami tidak bersetuju dengan UMNO tetapi tidak semestinya kami bersengketa dengan mereka.Kita harus mengadakan dialog.


Kami tidak pernah bersengketa dengan ahli-ahli UMNO biasa…cuma ada satu dua tokoh diatas.Makanya pendirian kita konsisten …di sini begitu…di Eropah begitu.

-Agendadaily


Analisis Kumbang...


Apa yang menarik mengenai temubual di atas ialah bagaimana Azmin sendiri yang mengakui satu strategi politik baru akan dilakukan Anwar ketika pulang daripada luar negara selari dengan kenyataan Ezam dalam petikan video di atas. Kumbang rangkumkan

Analisis Kumbang seperti di bawah :-


Pertama, strategi yang dikatakan Anwar itu langsung tidak diberitahu Azmin. Tetapi selari dengan kenyataan Ezam,Kumbang rasa ada kaitannya.
Adakah Anwar ingin benar-benar mahu 'pukul' semua dasar-dasar melayu seperti kenyataan Ezam?

Adakah ini strategi politik baru Anwar yang dimaksudkan Azmin Ali?


Kedua, Anwar sendiri mengikut Azmin menyatakan bahawa zaman kemarahan (reformasi) telah berlalu dan perlu ada perubahan di dalam strategi politik Anwar.

Adakah ini membenarkan kenyataan Ezam bahawa PKR telah lari daripada asas perjuangan?


Ketiga, Chandra Muzaffar adalah antara pengasas Parti Keadilan Nasional dan Azmin tergamak menganggap Chandra Muzaffar adalah seorang yang desperate dan tidak tahu senario politik.

Adakah Azmin di antara pengasas PKR?

Jika bukan, kenapa tergamak menyatakan demikian?


Azmin yang datang setelah Parti Keadilan Nasional tercipta, sanggup menyatakan demikian tanpa mengenang jasa Chandra menubuhkan Keadilan dan berjuang membebaskan 'bosnya'. Chandra Muzaffar yang memperjuangkan reformasi sebagai asas kepada Parti Keadilan Nasional suatu ketika dahulu. Terpaksa akur reformasi bukan strategi PKR pada masa kini dan rela mengundurkan diri. Ezam pun turut mengundurkan diri kerana hal itu.


Keempat, Azmin juga mengakui Anwar perlu melakukan dialog di peringkat antarabangsa, sebelum membentangkan strategi beliau kepada parti.

Kenyataan Azmin ini menimbulkan persoalan pada Kumbang.

Adakah Anwar dikawal oleh pihak tertentu di luar negara, sehingga sanggup ke luar negara mengatur strategi?

Adakah timbul keterdesakkan untuk Anwar ke luar negara, sedangkan beliau baru keluar dari penjara, dimana imej beliau di mata dunia sangat minima?


Akhir sekali, Azmin menyatakan mereka tidak membenci UMNO dan sanggup berdialog.
Tetapi apakah situasinya sekarang?
Adakah wujud toleransi antara UMNO dengan PKR?


Semua kenyataan Azmin ini seperti membenarkan kata-kata Ezam di dalam video di atas.
Adakah ini secara kebetulan?


Kumbang tujukan persoalan ini untuk anda semua menilai dan menjawabnya..


Pendapat anda bagaimana tentang isu ini...


P/S: Perjuangan Azmin Ali di dalam PKR penuh teka-teki. Rakan-rakan beliau sudah keluar daripada PKR tetapi beliau masih setia. Kumbang tidak tahu kenapa. Adakah sesuatu yang dikongsi oleh Anwar dan Azmin sehingga kini? Hanya tuan badan yang tahu.


sumber - analisisringan

1 ulasan:

Unknown berkata...

Banyak jawapan Azmi yang kurang jelas. Sebiji seperti bossnya.

Saya bersetuju dengan persoalan2 Kumbang. Cuma, timbul persoalan lain,betulkah Anwar memberi reputasi baik tentang Yusuf Qardhawi kepada Amerika?

Bukankah penulis Songkok Putih (tranungkite) pernah menyatakan dalam tulisannya bahawa Yusuf Qardhawi memberitahu Ustaz Hj Hadi supaya berhati-hati dengan Anwar.

Kenapa ulamak tersohor tu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Kenapa pertemuan dengan Yusuf Qardhawi selama 5 jam. Pertemuan yang sangat lama. Atau Anwar menyoalsiasat bagi pihak Amerika?

Satu persoalan lagi. Jika benarlah Anwar manusia yang diutuskan menjadi perantara kedamaian antara Islam & Barat (seperti yang dijaja serata dunia),apa sumbangan & jasa Anwar kepada dunia Islam?

Serangan ke atas bumi Palestin lagikah? Atau salah seorang penandatangan Annapolis Summit?