MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Dis 2008

Pertemuan sulit Anwar dan Soi Lek di Mont Kiara ?



Pertemuan sulit Anwar dan Soi Lek di Mont Kiara ?


Musang berbulu ayam..!! Kalau ada ungkapan yang lebih baik lagi buat Anwar Ibrahim, sila berikan komen .…..

Setelah membaca posting di blog GAP pada tajuk GEMPAR ! PERTEMUAN SULIT ANWAR DAN CHUA SOI LEK! rasanya Anwar kini semakin menggila mahu mengaburi mata rakyat dengan helah politiknya.

Blogmaster tidak berkasar bahasa mengatakan Anwar Liwat Melayu sebab tindak tanduk Ketua Pakatan Rakyat itu telah menggunakan seorang pemimpin berbangsa cina untuk membakar kemarahan orang melayu dengan mempersoalkan isu ketuanan melayu!

Sehari dua yang lepas rakyat melayu dikejutkan dengan kelantangan suara bekas Menteri Kesihatan yang pernah terlibat dengan skandal seks, Dato Dr Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan penuh kontrovesi mengenai isu ketuanan melayu. Beliau kini bergelar Timbalan Presiden MCA telah cuba berselindung disebalik ayat “tuan” dan “hamba” bila merujuk kepada ketuanan melayu. Dr Chua juga dilaporkan berkata: "Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu."


SOI LEK BERANI LEPAS PERJUMPAAN SULIT DENGAN ANWAR?

Pendedahan oleh blog GAP bahawa berlaku satu PERTEMUAN SULIT diantara Anwar Ibrahim dan Dr Chua Soi Lek disebuah café bertempat di Mont Kiara beberapa malam yang lepas kini menjadi spekulasi adakah Anwar dalang kepada sikap biadap Dr Chua..?? Malah kata Timbalan Presiden MCA itu bahawa kenyataannya tidak ada kena mengena dengan parti yang dianutinya.

Seandainya pertemuan sulit ini benar, maka inilah rentak silat politik Anwar yang mahu menggunakan mana mana ruang untuk mengeksploitasikan peluang dan mengambil kesempatan memihak kepadanya. Secara logik dilihat bahawa masyarakat cina masih mahu mengangkat Dr Chua sebagai pemimpin nombor dua MCA walaupun seluruh negara tahu dan ada juga ahli ahli MCA yang “sudah menonton aksi” serta senjata sulit Timbalan Presiden itu apabila DVD lucahnya diedarkan.

Mungkinkah Anwar membuat sifir politik bahawa keadaan sekarang ini, masyarakat bukan melayu sudah tidak ambil kira masalah moral untuk menilai serta memilih pemimpin. Oleh yang demikian, Yb Permatang Pauh itu mahu menggunakan Dr Chua sebagai kuda tunggangannya untuk terus terusan membakar kemarahan orang melayu dan mendapat kredit dimata masyarakat bukan melayu.

Taktik Anwar ini bertujuan agar UMNO akan terus bangkit dan keadaan ini akan memisahkan masyarakat bukan melayu dari komponen yang diterajui oleh UMNO. Dimata masyarakat bukan melayu pula Anwar adalah hero masa depan mereka dan UMNO sebagai parti yang hanya mahu menyelamatkan melayu, bukannya bangsa lain.

“Hanya Penyamun Boleh Mengenali Penyamun”. Tindakan Anwar menggunakan Dr Chua sebagai jambatan untuk menyerang bangsa melayu dilihat sebagai jalinan hubungan manusia yang berada dalam suatu kelompok yang sama, spesis yang serupa. Anwar kini diragui keperibadiannya setelah menghadapi tuduhan liwat kedua dan terserlah pembohongannya mengenai kisah dongeng 16 September. Manakala Dr Chua pula secara terbuka mengakui bahawa terlibat dengan rakaman aksi seks yang diedarkan DVDnya awal tahun ini.

Pada penulisan blog GAP juga mendedahkan bahawa PERTEMUAN SULIT ini telah diaturkan oleh seorang ahli perniagaan, Dato Soh Chee Wen. Dato Soh juga pernah menggemparkan media kita sekitar tahun 2002 - 2003 apabila didapati bersalah terlibat dengan kes penipuan membabitkan jutaan ringgit. Diberitakan bahawa beberapa pimpinan PKR kini amat menghormati Dato Soh kerana menjadi “financier” kepada beroperasinya pejabat-pejabat parti pimpinan Anwar itu, terutama ibu pejabat pusat di Tropicana.

Inilah rentak tarian kopi dangdut Anwar Ibrahim yang sangat sinonim untuk bekerjasama dengan individu individu yang sudah terbukti melakukan kesalahan samada jenayah ataupun moral.

Blogmaster amat bersetuju dengan cabaran yang dilontarkan oleh blog GAP bahawa Dr Chua Soi Lek perlu menafikan berlakunya PERTEMUAN SULIT beliau dengan Anwar Ibrahim di Mont Kiara beberapa malam yang lalu……

sumber - medan info kita


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jawab..jangan tak jawab

Unknown berkata...

Salam,

Satu penemuan yg jelas membuktikan Anwar adalah pengkhianat..

Segala taktik UMNO katanya kotor.. jijik..

Tp tindakan dia, jauh lg busuk.

nak bentuk kerajaan 16 September konon, ape modus operandi nya?

Kalo tak taktik kotor membeli pemimpin BN.

masih tak nampak lg ke org PR oii..

Bukale mata n hati skit.

ikhlas
empayar-malaya.blogspot.com

Deejayeesa berkata...

elok laa tu...sorang main depan...sorang main belakang... kiri kanan makan

Panglima Perang Cyber berkata...

kain dah terselak....