MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Dis 2008

Memahami serangan anai-anai Erdogan



Memahami serangan anai-anai Erdogan


Oleh AIDC

Ketika Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor mula mencantas team Erdogan, ramai yang cuba berpolemik kata itu agenda peribadi antara Dr Hassan Ali vs Khalid Samad & Saari Sungip. Tetapi benarkah begitu ?

Tradisi PAS, jarang melucutkan jawatan seseorang, kecuali jika difikirkan perlu untuk membendung bahaya yang lebih besar. Tradisi PAS juga akan bertindak dalam diam, melucutkan jawatan seseorang tanpa diberi penjelasan sebab-sebab pemecatannya. Itu budaya PAS yang sukar difahami oleh kebanyakan orang.

Kena faham budaya dan nilai PAS. Akar PAS adalah Melayu dan Islam. Inilah kelompok yang menjadi tapak PAS. Orang Melayu tidak pernah ke gereja, sesiapa yang pernah pijak tangga gereja pun sudah dianggap serong, apatah lagi masuk dan berucap dalam gereja untuk penganut Kristian. Bermakna kehadiran Khalid Samad ke Gereja Roman Katolik Mercy Yang Indah, di Shah Alam selepas PRU 12 adalah elemen budaya baru yang tidak pernah diamalkan sebelum ini.

PAS mempunyai pandangan berbeza terhadap agama dari langit dengan agama buatan manusia. Di situlah titik perbezaan antara Kristian dan Buddha. Al Quran menyebut peri bahayanya agama Yahudi dan Nasrani dalam merosakkan Islam. Bukan sekali disebut dalam Al Quran, malah berkali-kali dan ingatan itu bukan sahaja dipegang oleh PAS, malah menjadi pegangan umum, seluruh umat Islam di dunia.

Hari ini, agama Yahudi sudah ditransfomasi dalam pelbagai bentuk termasuk Judaisme, manakala Nasrani pula dijelmakan semula sebagai Kristian. Agama buatan manusia bersifat statik, tetapi agama samawi cepat berkembang, bukan sahaja di gurun sahara, tetapi kini sudah menular di ibu kota dunia khususnya Amerika Syarikat. Itulah titik beza antara Islam, Kristian dan Judaisme.

Sebab itu, sekiranya terdapatnya pusat di Amerika yang berusaha meliberalkan antara Islam dan Kristian, itu adalah usaha anai-anai yang berusaha merosakkan agama. Misalnya Universiti Georgetown Amerika yang ditaja Amerika melalui The Pluralisme Project yang berpusat di Harvard University. Maknanya asas serangan bermula di universiti, baik yang bernama Harvard ataupun Georgetown.

Pada permukaan nampak elok, Pengarah urusan adalah Kristian, John Esposito dan misinya sekali imbas nampak bagus, iaitu Pusat Persefahaman antara Muslim dan Kristian (the Center for Muslim-Christian Understanding). Tetapi siapakah yang mahukan persefahaman antara Muslim dan Kristian itu ? Siapa pengarahnya, John Esposito. Apa agamanya ? Kristian. klik di sini, di sini , di sini dan di sini

Siapakah pensyarah-pensyarahnya ? John Voll, Yvonne Haddad, Shireen Hunter. Apakah mereka Muslim ? Tidak. Mereka beragama Kristian. Siapa pensyarah Muslim ? Anwar Ibrahim. Mampukah muslim bernama Anwar Ibrahim mampu melawan hujah-hujah Kristian diketuai John Esposito ?

Itu pun sudah tidak adil. Empat pensyarah Kristian lawan satu pensyarah Muslim. Ibarat perdebatan dalam forum, tiga ahli panel beragama Kristian lawan satu ahli panel beragama Islam. Bincang topik "Persefahaman antara Muslim dan Kristian". Siapa pemenangnya, kalau pengerusi majlis pun beragama Kristian ?

Persoalannya adakah Anwar Ibrahim mampu melawan arus, kerana semua grand design pusat pluralisme itu disusun oleh John Esposito ? Apatah lagi pengambilan Anwar sendiri pun atas ihsan John Esposito sendiri? Anwar mampu melawan hujah atau Anwar sekadar menambah apa yang John Esposito tidak tahu sebelum ini ?

Itu dari segi luaran. Bagaimana pula dari segi dalaman. Siapa yang taja Pusat persefahaman Muslim-Kristian itu ? The Pluralisme Project Harvard University. Maknanya persefahaman Muslim dan Kristian adalah 'nama cantik' kepada projek pluralisme.

Maknanya walaupun nama asalnya Pusat persefahaman Muslim dan Kristian, tetapi yang tersiratnya adalah Pusat Pluralisme Muslim dan Kristian.

Apa makna pluralisme ? Makna pluralisme, bukan sekadar bermaksud 'persefahaman', tetapi lebih jauh bermaksud mengiktiraf semua agama adalah sama. Itu seperti usaha mahu meliberalkan agama yang ditransfomasi hari ini sebagai Islam Liberal.

Siapa pula taja The Pluralisme Project Harvard University ? Ford Foundation dan Rockefeller Foundation. Klik di sini

Di sini baru muncul pemain sebenar iaitu Yahudi yang berselindung di sebalik yayasan Ford dan Rockefeller. Yahudi menyalurkan wang kepada Georgetown University, John Esposito mentransfomasikannya kepada jenama baru Pusat Persefahaman Muslim dan Kristian dan Anwar Ibrahim mempakejkan pula kepada jenama baru sebagai "Islam dan Demokrasi".

Masukkan perkataan "Islam" sebelum perkataan "Demokrasi", sudah cukup untuk mengelirukan umat Islam.

Walaupun nampak bersimpang siur, tetapi masih kembali kepada inti asal yang diperingatkan dalam Al Quran iaitu pertembungan antara Islam, Nasrani dan Yahudi.

Sebab itu, sebelum PRU ke 12, Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ketua Biskop Kristian Malaysia Murphy Pakiam , Christian Federation of Malaysia (CFM). Turut hadir bersama Anwar adalah Dr Xavier Jeyakumar (sekarang dilantik exco agama bukan Islam di Selangor) Klik di sini dan di sini

Jadi sama ada dirancang atau kebetulan, tindakan Khalid Samad, berceramah di Gereja Roman Katolik Mercy Yang Indah, di Shah Alam adalah sama dengan tindakan Anwar berdailog tertutup dengan Ketua Biskop Kristian Malaysia Murphy Pakiam, Christian Federation of Malaysia (CFM).

Tindakan Khalid ini dilihat merentasi sempadan dasar PAS. PAS boleh hadir di tokong atau kuil, itu agama buatan manusia yang boleh dikompromi. Tetapi Khalid telah hadir ke gereja, maknanya Khalid telah merentasi salah satu agama langit, iaitu Kristian.

Sepatutnya Khalid perlu peka dengan sejarah Islam. Rentetan perang termasuk Perang Salib, hingga runtuhnya sistem khalifah di Turki, perang antara Islam dengan agama buatan manusia (Buddha atau Hindu) atau perang Islam dengan agama dari langit ?

Transfomasi budaya dalam PKR merentasi sempadan kaum. Tian Chua boleh berbaju Melayu dan bersongkok. Tidak semestinya masuk Melayu. Diapit oleh Paderi Kristian yang latar belakang lagu nasyid (Islam) yang dinyanyikan oleh bekas kumpulan The Brothers, Yassin. Kehadiran Paderi Kristian itu bersama Anwar membayangkan misi PKR juga melancarkan transformasi agama di Malaysia.


Dari segi kebijaksanaan, kalau benar sekalipun Khalid Samad ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi Kristian di Shah Alam, perlukan beliau mengunjungi dan berucap dalam gereja ? Bukankah itu menzahirkan 'perjanjian awal' yang dibuat oleh Anwar dan Ketua Biskop Kristian Malaysia sebelum ini ?

Khalid Samad bukan ahli parti PKR. Dia mewakili parti PAS. Kalau Dr Xavier Jeyakumar yang menjadi wakil memberi ucapan terima kasih Gereja Roman Katolik Mercy Yang Indah, di Shah Alam tempohari, maksudnya lain. Tetapi, jika Khalid Samad yang berjawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, berkunjung ke gereja, maksudnya lain.

Apa maksud lain kunjungan Khalid ke gereja ?. Maksudnya, anai-anai Erdogan sudah mula mereputkan lantai-lantai asas PAS. Kalau dibiarkan lebih lama, anai-anai mampu meruntuhkan asas rumah.





Khalid Samad kata dia sudah masuk PAS sejak 1983. Sebelum ini dia adalah Ketua Suara Islam di UK. Maknanya dia juga masih baru dalam PAS. Semasa di UK, dia menubuhkan kelab selain daripada PAS iaitu Suara Islam.

Khalid juga kata, dia bukan Pro Anwar Ibrahim, tetapi Pro- Pakatan Rakyat(PR). Apa beza pro PR dengan pro Anwar, sedangkan ketua PR adalah Anwar ? Semua mesyuarat PR diatur dan dipengerusikan Anwar. Semua kenyataan media di dalam dan di luar negara, semuanya melalui mulut Anwar. Sepatutnya Khalid perlu kata, saya bukan pro Anwar, tetapi pro PAS! Dua kenyataan yang membawa maksud berlainan.

Saari Sungip pun masih terlalu baru dalam PAS. Masuk selepas PRU 2004. Masih baru dan tidak perlu tergopoh gapah merebut jawatan penting dalam PAS.

Siapa Saari ? Dia lebih dikenali sebagai abu urwah, nama yang terkenal semasa di UK, dalam IRC yang kemudiannya ditranformasi sebagai JIM pada awal tahun 1990. Ini lagi menarik jika dikupas lanjut.

Selalunya Mustafa Ali akan bersuara, jika terasa PAS diancam. Pada tahun 1982, ketika Anwar masuk UMNO, fraksi PAS dan ABIM berpecah dua, ketika itu Mustafa Ali yang menjawat jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS, bersuara, mulai saat ini, PAS akan melakukan sendiri usaha pengkaderan dan pentarbiyahan PAS.

Pada hari ini, ketika Anwar mencanang idea menjadi PM, Mustafa Ali kembali bersuara semula. Sejarah membuktikan apa yang dirasakan dalam hati Mustafa Ali adalah benar iaitu untuk menyelamatkan PAS!


....bersambung siri ke II


AIDC
04 Disember







7 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

bro anuar ni... main belakang ke atauwa belakang main....

tajuddin anak maharajalela pasir salak sudah lama menyalak dah... tapi siapa nak dengar dulu.

anuar ibrahim juga kena dengar jeritan anak babi merah di kawasan kg ambo iaitu di terbak, ketek tengah, bunuhan dll dikelantan yang diternak secara kecilan dan tradisional. janganlah dengar suara anak dayak, anak cina, anak hindraf saja. dengarlah suara jeritan anak kelantan yang miskin dan tak ada peluang kerja. tak kan nak makan pkr dan pakatan rakyat saje

tapi anuar tak dengar jeritan anak kelantan yg dulu lagi gila kat dia.kelantan yang sambut anuar di stadium bila dia kena pecat dengan mahathir. diceritakan dia bermotosikal dari rumah kamaruddin mat nor pasir putih ke stadium kota bharu. orang kelantanlah dahulu patut dibela. melayu geogetown lah dulu patut dibela. mengapa anuar selalu beralih angin dan beralih kasih. dari sabah ke sarawak pulak. suara anak kadazan adakah tak mau dengar dah?

anuar terbuat ke semua itu sebab masa jadi tpm dan timbalan presiden umno... suara siapa pun dia tak dengar. yg anuar dengar suara fulus... dollar and cent!
berapa banyak kemiskinan kelantan, sabah, sarawak, penang masa itu anuar rungkaikan atau merdekakan?

lawan tetap lawan. tanya tetap tanya. soal tetap soal. fikir tetap fikir. allah maha mengetahui...bro bekas idola ku anuar.

sangtawal berkata...

salam aidc..

satu kupasan yang baik.
Bahaya anai anai ini jika dibiarkan kerana gerombolan mereka akan memusnahkan apa saja dengan cara yang halus dan konsisten.Sememangnya pas dan DAP tidak boleh bersama kerana perjuangan dan prinsip yang berbeza.Namun,haruskah PAS menggadai prinsip perjuangan asalnya kepada DAP demi mengejar sedikit kuasa dan dunia?.

Kumbang berkata...

Anwar memang berbahaya pada PAS dan UMNO kerana penaung Islam Liberal di Malaysia ini...jadi PAS apa tunggu lagi...silalah angkat kaki dari PR..tahniah AIDC..ulasan yang hebat!

NTanwar berkata...

Kupasan menarik. tak sabar tunggu episod ke-2..

Ini kawan ambil dari blog Maharaja Zhou mengupas topik yang sama..

Hassan Ali Isytihar Perang Ke Atas JIM Dalam PAS?

Angin tiada,ribut tiada,tiba-tiba sahaja Dato' Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor memecat dua nama besar dalam Gerakan Islam Malaysia, Khalid Samad(Pengasas Suara Islam UK) dan Saari Sungib(Abu Urwah yang banyak menulis dan menterjemah buku-buku haraki serta pernah menjadi Amir IRC) dari Badan Perhubungan PAS Selangor.Tindakan Hassan Ali seperti dalam kitab perang Sun Tzu, mencantas tanpa ada pokok bergoyang.

Inilah sebenarnya hakikat di dalam PAS.Soal pecat-memecat sangat garang berlaku terutamanya di antara faksi-faksi yang berlainan.Tahun 2009 bukannya terlalu lama untuk ditunggu, tetapi nampaknya Hassan Ali seperti sudah kepanasan berhadapan dengan dua nama ini. Kita tidak tahu bagaimanakah jikalau mereka memerintah negara nanti. UMNO hendak memecat orang pun berfikir seribu kali,dan jika dipecat pun tentulah salahnya besar bukannya sekadar mengkritik pimpinan.Politik sebegini adalah politik Sivaji the Boss,bukannya politik Melayu.

Penulis melihat berita ini dari pelbagai aspek.Pemecatan ini tentunya mengundang dan menjemput kemarahan besar golongan JIM dalam PAS.Penulis mendengar di dalam PAS sendiri ada jamaah dalam jamaah.Tokoh-tokoh yang dikatakan dihantar masuk ke dalam PAS oleh golongan IRC ini seperti Dr Hatta Ramli, Dr Mariah Mahmud,Mujahid Yusof Rawa,Dr Hatta Ramli,Saari Sungib sendiri dan juga Dr Lo'Lo' Ghazali.Ini tidak menjadi rahsia lagi kerana salah satu komen pembaca dalam Tranungkite mengesahkan tulisan penulis.

Selangor sebagai sebuah negeri yang kaya tentulah menjadi rebutan.Maka, kes pemecatan Khalid Samad dan Saari Sungib mengesahkan bahawa Hassan Ali tidak mahu PAS ditekan oleh proksi JIM dalam PAS ataupun PKR dalam menentukan hala tuju PAS Selangor.Reaksi ini ditunjukkan oleh pelbagai individu dalam PAS serta media-media utama. Namun, untuk kepentingan Melayu dan Islam, Hassan Ali lebih wajar berada di jawatan tersebut berbanding dengan nama-nama yang dipecat kerana lebih konsisten dalam mempertahankan hak Melayu sebagai perbandingan.Bagi yang lain, mereka lebih berminat dengan kuasa atas nama mengukuhkan Pakatan Rakyat dan melupakan serta meremeh-remehkan agenda Islam dan Melayu.

Namun, kes pemecatan ini senyap diperkatakan oleh media-media PAS.Mereka lebih galak menceritakan "pergolakan" UMNO dari menjaga kain sendiri. Berita pemecatan ini mengecewakan penyokong PAS yang mahukan sumber bebas "fasiq dan munafiq" kerana hanya Utusan Malaysia dan Malaysiakini yang melaporkan berita ini.

Sumber Harakahdaily pula mengelirukan kerana menyebutkan Iskandar Abdul Samad,Adun Cempaka sebagai Timbalan YDP II padahal dia adalah Timbalan YDP III mengikut laman web Badan Perhubungan PAS Selangor.Jika ini disengajakan maka Harakah sengaja berbohong kerana berita tersebut seolah-olah menggambarkan Timbalan YDP II redha dan cuba mengelakkan penyokongnya tidak berpecah.Oleh itu, penyokong PAS yang bijak akan melihat penipuan yang cuba dilakukan oleh lidah organ parti tersebut semasa isu itu masih hangat diperbincangkan semalam.

Pemecatan Khalid Samad dan Saari Sungib menunjukkan bahawa PAS Selangor mempunyai dilema.Walaupun hari ini, Khalid diberitakan bersetuju dengan pemecatannnya, namun jika diterjemahkan kenyataannya, ternyata ia lebih berbentuk sindiran:

"Ia adalah soal memberikan Dato'Dr. Hassan Ali peluang sepenuhnya untuk membuktikan keberkesanan kepimpinan beliau dalam menjayakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat,"

Ini bermakna Khalid Samad dan juak-juaknya akan melihat bagaimana Hassan Ali bersendirian berhadapan dengan sekutu mereka dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tanpa dibantu oleh penyokong-penyokong PAS dari latarbelakang tanzim JIM.Ini akan melemahkan lagi kekuatan jentera PAS di Selangor.

Buat masa ini, penulis yakin bahawa aparat-aparat JIM di dalam PAS Selangor tidak akan berdiam diri.Kita akan melihat pelbagai kelemahan Hassan Ali bakal didedahkan terutamanya di Tranungkite dan blog-blog kepunyaanahli-ahli JIM dalam PAS.Inilah masanya kita akan melihat kembali kata-kata Khalid Samad bagaimana Hassan Ali bakal membuktikan keberkesanan kepimpinan beliau!

http://maharajazhou.blogdrive.com/archive/127.html

NUR ILHAMI berkata...

salam aidc,
isi 'cerita' yang menarik. tapi lay-out penceritaan nampak seperti tidak lancar dan agak terlompat-lompat, tidak seperti biasa, menyebabkan pembacaan saya agak terganggu.

mengapa? atau hanya saya yang terkesankan begitu. maaf, jika komen ini amat remeh. wassalam.

AIDC berkata...

salam nur ilhami,

saya pun terasa seperti tidak lancar semasa menulis. mugkin terlalu banyak idea dalam minda. faham untuk diri sendiri tetapi tak semestinya dapat memahamkan orang membacanya..

selepas menulis, saya brainstorming idea dengan kekawan apa yang mereka fahami. resultnya mereka faham lain apa yang ingin saya maksudkan, tetapi masih berkisar kepada topik asas.

Kalau begitu, sduah bagus kerana dimensi pencerapan berbeza dengan apa yang diketahui.

Hasil tulisan membayangkan apa yang diketahui. Membaca tulisan yang sama hari ini berbeza pemahamannya dengan dibaca semula pada masa akan datang.

Dari sudut lain pula, hasil pembacaan membayangkan apa pengetahuan yang sudah terpahat dalam mindanya sebelum ini.

AIDC

nur ilhami berkata...

salam sekali lagi aidc,
saya terima hujah yang diberikan itu.

cuma disebabkan saya sememangnya memerhatikan rentak dan corak setiap penulisan aidc sendiri,maka saya kesani ada kelainan dalam pembentangan artikel ini.

pun itu tidak menjadi masalah sebenarnya asalkan intinya difahami.

saya tidak berniat mengkritik; sekadar mengemukakan musykil saya saja. maaf, jika tersinggung.

doa saya atas apa saja yang team aidc lakukan. wassalam.