MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Dis 2008

Pasukan Penasihat Anwar Ibrahim Kurang Berwibawa

Anwar Ibrahim, sedang memberi cenderamata kepada BJ Habibie dalam program anjuran IKD di Kuala Lumpur pada tahun 1990-an. IKD merupakan think tank, Anwar yang dipengerusikan oleh sahabat baiknya, Kamaruddin Jaafar, no 2 dari kiri. Manakala Habibie juga mempunyai think tanknya sendiri yang dulu dikenali CIDES dan sekarang lebih dikenali sebagai The Habibie Center.

Pasukan Penasihat Anwar Ibrahim Kurang Berwibawa


Oleh Yahaya Ismail

Banyak pemimpin politik dan kerajaan jatuh tersungkur dinista rakyat oleh kerana mendapat nasihat dari para penasihat yang kurang berwibawa atau pun yang mempunyai kepentingan peribadi yang lebih besar dari kepentingan politik bos mereka. Marcos, Sukarno, Suharto, Shah Iran dan Anwar Sadat jatuh kerana mereka terlalu percaya dan yakin dengan para penasihat masing-masing yang mempunyai agenda mereka yang tersendiri.

Anwar juga mempunyai satu kumpulan penasihat politik yang kebanyakannya terdiri dari para akademik, terutama sekali dari UIA, jutawan-jutawan ala mi segera yang bersama-sama dengan Anwar dalam ABIM seperti Kamaruddin Jaafar dan Kamaruddin Mohd Nor yang boleh dianggap tidak begitu berpengalaman di bidang sepak terajang politik.

Institiut Kajian Dasar (IKD) yang dipimpin Kamaruddin Jaafar dikatakan sebagai think tank Anwar untuk memberi buah fikiran dan mengatur strategi bagi menyemarakkan lagi ketokohan putera Ceruk Tok Kun ini bukan saja dalam arena politik kebangsaan tetapi juga luar negara.

IKD inilah yang merancang berbagai seminar, persidangan antarabangsa dan juga nasional di mana Anwar ditampilkan sebagai pembicara utama atau pun sebagai pembuka tirai pembicaraan.

Dalam politik nasional IKD merancangkan supaya sebahagian besar ketua-ketua bahagian UMNO berpihak kepada Anwar selain meletakkan juak-juak Anwar dalam berbagai sektor korporat, universiti-universiti, badan-badan separuh kerajaan, kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan lainnya di samping berbagai persatuan belia, ABIM (sudah pasti), badan-badan bukan kerajaan dan juga mempunyai peminat di kalangan polis dan tentera. Selain dan itu ada semacam hubungan batin antara setengah pemimpin PAS dengan Anwar terutama sekali hubungan yang erat antara Ustaz Fadzil Nor dengan Anwar sejak zaman remaja mereka dalam ABIM lagi.

Walau pun dari segi akademik Anwar tidak begitu cemerlang namun puak-puak IKD dan juak-juaknya di UIA cuba mengenengahkan Anwar sebagai seorang intelektual yang liberal sesuai dengan iklim budaya Barat. Dikatakan berbagai pensyarah banyak memberi input kepada Anwar untuk menyediakan bahan-bahan ucapannya dari masa ke masa supaya memprojeksikan dia sebagai seorang tokoh intelektual muda yang penuh wibawa.

Malah dikatakan bukunya The Asian Renaissance (diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan nama Gelombang Kebangkitan Asia) banyak mengandungi cacatan kaki yang umumnya dibuat oleh para sarjana tetapi jarang dilakukan oleh seorang pengarang / politikus. Mahathir misalnya menulis The Malay Dilemma (diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai Delima Melayu) tidak menggunakan cacatan kaki oleh kerana pemikiran yang dikemukakannya dalam karyanya itu adalah asli kepunyaannya, dan bukan diceduk dari berbagai sumber seperti mana yang dilakukar Anwar. Dengan kata lain, taraf intelektualisme Mahathir jauh lebih tinggi dari Anwar yang terpaksa meminta para penasihat tertentu untuk membantunya.

IKD juga membuat hubungan dengan pihak-pihak tertentu di seberang laut untuk mengenengahkan. Anwar sebagai pemimpin kelas dunia bagi mengimbangi ketokohan Mahathir yang tidak mempunyai organisasi khusus untuk menggilap imejnya. IKD ini pernah mengadakan persidangan tentang Jose Rizal, pemimpin kemerdekaan Filipina yang tersohor, di Kuala Lumpur di mana Mahathir, Ramos dan Anwar diundang.

Dalam persidangan mengenai Jose Rizal ini nampaknya Anwar dan Ramos mendapat sanjungan yang istimewa dari Mahathir yang tidak diberi kesempatan untuk memberi ucapan penting. Sebelum persidangan Jose Rizal di Kuala Lumpur Anwar telah pun diundang ke Manila untuk memberi ucapan penting dalam persidangan yang sama untuk mengingati pejuang kemerdekaan Filifina tersebut. Di sini dia telah diterima sebagai ahli akademi yang memperjuangkan cita-cita Jose Rizal dan diberi gelaran “Sir” pula.


Melalui keahliannya dalam akademi tersebut Anwar telah dianggap sebagai salah seorang pemimpin politik yang bertaraf antarabangsa dan adalah menjadi kebanggaan pihak Filipina menerima keahliannya itu. Sekurang-kurangnya mereka mendapat seorang pemimpin Islam yang berwibawa dari Malaysia, seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap Timbalan Presiden UMNO (sekarang menjadi "bekas" atau kalau nak pakai "almarhum" boleh juga) sebagai ahli akademi Jose Rizal. Sekurang-kurangnya golongan Katolik Filipina mempunyai seorang tokoh Islam yang terkemuka dari Malaysia sebagai ahli akademi Jose Rizal itu.

Memang apa yang diharap-harapkan Anwar dan juak-juaknya menjadi kenyataan. Bila mana Anwar ditahan di bawah ISA dan kini dibicarakan atas 10 pertuduhan yang menyangkut korupsi dan meliwat, Presiden Filipina, Estrada, bekas pelakon filem yang mempunyai tujuh anak di luar nikah, terus membelanya dan menganggap Anwar my good friend.

Malah dia sering membuat kenyataan yang menyalahkan kerajaan Malaysia hingga menimbulkan kurang senang di kalangan rakyat dan kerajaan Malaysia kerana mencampuri urusan negara jiran. Selain Estrada beberapa orang senator dan akademi Jose Rizal juga menyebelahi Anwar memandangkan dia dianggap salah seorang ahli akademi yang penting.

Betapa lucunya seorang Presiden Filipina yang majoriti rakyatnya beragama Roman Katolik dan yang mempunyai setengah dosen anak di luar nikah kini cuba menjadi juara kepada seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang mendakwa dirinya pejuang Islam dan kini menghadapi tuduhan bukan khalwat tetapi meliwat!

Rupa-rupanya bukan saja Estrada yang menjadi good friend Anwar tetapi juga pertubuhan gay dan homoseksual Filipina pun tampil ke depan (bukan dari belakang) membela rakan sepermainan mereka. Kita tidak tahu dengan pasti apakah Anwar menjadi ahli pertubuhan gay dan homoseksual di Manila tetapi nampaknya golongan gay di Filipina sangat tertarik dengan kes Anwar itu.

Mudah-mudahan janganlah ada pula pertubuhan gay dan homoseksual sedunia yang meminta dan mendesak Amerika agar mengadakan sekatan ekonomi ke atas Malaysia gara-gara Anwar dituduh meliwat beberapa orang jantan atas alasan melanggar hak asasi manusia dan individu untuk meliwat dan diliwatkan. Banyak juga orang berasa bimbang bila mana Anwar dan Wan Azizah membenarkan anak gadis mereka menemui Estrada meminta sokongan moral dari seorang pemimpin banyak gundek dan banyak pula anak di luar nikah itu.

IKD juga mempunyai hubungan yang erat dengan ICMI (Ikatan Cendikiwan Muslim Indonesia) yang dipimpin BJ Habibie. Habibie yang kedudukan politiknya juga terumbang ambing seperti gelora Laut Jawa juga cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia tanpa menyedari bahawa negaranya sendiri gawat segawat-gawatnya dan demonstrasi, yang diupah yang halal dan haram, berlaku saban hari.

Demikian juga Anwar mendapat sokongan moral dari peguam Indonesia memperjuangkan hak asasi manusia di negara tersebut, Adnan Buyong Nasution. Dia dan beberapa orang peguam Indonesia datang ke Kuala Lumpur untuk melihat apakah perjalanan perbicaraan Anwar itu bertaraf antarabangsa dan hak asasi manusia dipertahankan serta keadilan terjamin.

Kita hanya ketawa bila aktivis-aktivis Indonesia dan peguam-peguam Indonesia mahu "mengajar" kita erti hak dan kebebasan bila mana mereka sendiri tidak mengamalkan demokrasi dalam pembentukan kerajaan mereka. Sebaik-baiknya bapak ajarin dulu reformasi di negara bapak atau, kalau nggak mampu, nggak punya ide yang gede, nah, minta bantuan dari Malaysia. Kan jutaan rakyat Indonesia bersabung nyawa mampir ke sini cari rezeki toh. Kalau Malaysia nggak bagus, pemimpinnya brengsek sudah pasti mereka tidak mahu datang ke Malaysia masuk secara haram. Ribuan yang mati dibaham jerung, pak, lantaran kangen nak ke Malaysia. Kini kalau ada perahu karam banyak deh yang mati lemas dan ada yang terapung dan tersadai di pantai.

Sekarang terdapat kira-kira dua juta rakyat Indonesia yang tinggal di negara kami secara halal dan haram. Kalau pemerintah kami nggak prihatin dan tak ada belas kasihan sudah pasti banyak antara mereka akan diusir dari sini. Kami tahu erti hak asasi manusia dan tahu menghargai keadilan. Bapak usah kuatir deh. Yang penting bapak harus perjuangkan hak asasi dan demokrasi di negara bapak sendiri kerana Indonesia terlalu gawat dalam serba serbi deh.

Anwar dan para penasihatnya yang kurang matang dalam politik menganggap dengan sokongan moral dari Habibie dan Estrada Mahathir menjadi gentar. Sorrylah. Mahathir bukan seorang tokoh yang mudah patah semangat lantaran ada Presiden dari negara-negara jiran cuba mencampuri urusan Malaysia. Hanya pemimpin yang tidak bijak berpolitik dan jahil tentang diplomasi antarabangsa akan membuat teguran-teguran yang negatif terhadap negara lain.

Orang tahu di belakang Habibie dan Estrada ialah Amerika Syarikat dan kedua pemimpin ini, seperti juga Anwar, akan menari menurut rentak musik rock dari Washington. Kita kaji pula latarbelakang kedua pemimpin ini. Kedua-duanya baru saja menjadi pemimpin negara masing-masing dan baru menikmati kekuasaan politik yang tidak pernah mereka mimpikan sebelum ini. Lalu mereka menjadi terlalu excited untuk memperkenalkan diri di pentas politik antarabangsa tanpa menyedari kenyataan-kenyataan mereka membela Anwar itu memperlihatkan ketidakbijaksanaan mereka sebagai pemimpin negara.

Walaupun penasihat-penasihat politik Anwar yang kaya dengan ilmu tetapi cetek dalam mainan politik berjaya menonjolkan Anwar sebagai seorang pemimpin yang bertaraf ”antarabangsa” namun pemecatan Anwar kerana salah laku seks di luar tabi’i menghancurkan segala impian mereka untuk melihat Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. Mereka boleh merancang strategi mengangkat martabat kepimpinan Anwar di peringkat negara dan juga antarabangsa. Tetapi satu hal yang nyata, mereka para penasihat itu, tidak dapat mengekang nafsu seks di luar tabii Anwar seperti mana yang dikemukakan sebagai tuduhan terhadap Anwar itu.

Saya juga merakamkan pandangan seorang pejuang Islam mengenai seks dan kuasa politik. Anda jangan terkejut dengan kenyataan ini kerana ia datangnya dari seorang pejuang Islam yang bercakap besar tentang kemuliaan akhlak.

Anwar on philandering

MR : Why do you think the allegations against you are so strongly sexual in nature?

ANWAR : A strong sexual taboo has existed for years in this country, which is hypocritical. Does this mean that if you womanise you are automatically disqualified from being a Minister or Deputy Prime Minister or Prime Minister in this country?

MR : Does this essentially make you the Last International Ladies Man in Malaysia?

ANWAR : (Laughter from both Datuk Seri dan Datin Seri Wan Azizah). But to associate me at one time with 33 women and umpteen men, that is a bit tough….


(Men’s Review, Nov 1998, hal. 76.)



Terjemahannya :

Anwar mengenai berfoya-foya dengan seks

MR : Apa pandangan anda terhadap tuduhan-tuduhan terhadap anda yang sangat menekankan soal seks?

ANWAR : Suatu pantang larang yang kuat mengenai seks telah wujud di negara ini sejak bertahun-tahun. Ini pandangan hipokrit. Apakah ini bermakna kalau anda sukakan perempuan secara automatik tidak layak menjadi Perdana Menteri atau Perdana Menteri di negara ini?

MR : Apakah dengan ini bermakna anda adalah jejaka terakhir untuk Wanita Antarabangsa di Malaysia?

ANWAR : (Datuk Seri dan Satin Seri Wan Azizah kedua-duany ketawa). Tetapi mengaitkan saya dengan 33 orang perempuan dan beberapa banyak lelaki dalam satu masa adalah terlalu teruk.


Ini jawapan yang jujur dan ikhlas dari seorang pejuang Islam yang kini dituduh meliwat. Nampaknya dia tidak berpegang kuat kepada akhlak yang mulia seperti yang ia gembur-gemburkan dalam pidato dan ceramah-ceramahnya selama ini. Barangkali inilah reformasi yang ia hendak laksanakan dalam masyarakat Malaysia sekiranya dia menjadi Perdana Menteri. Persetan dengan seks di luar nikah. Itu hipokrit. Dan secara tidak disedarinya dia mengaku bahawa dia juga berselera dengan perempuan dan barangkali juga dengan jantan. Horray! Menang reformasi!

Apakah pengampu-pengampu reformasi sanggup menerima seorang pejuang Islam yang pernah menjadi imam, khatib dan seorang yang bercakap tentang akhlak mulia, seorang yang kononnya warak tetapi kini mengaku bahawa penyelewengan dengan perempuan dan jantan itu adalah suatu hipokrasi?

Apakah Anwar layak menjadi Perdana Menteri setelah membuat pengakuannya seperti yang tersebut di atas? Janganlah terlalu taksub hingga tidak dapat menggunakan akal secara waras untuk menilai seseorang pemimpin. Seperti Dr Jackall and Mr Hyde, Anwar juga memakai berbagai topeng untuk mengelirukan rakyat.

Para penasihatnya yang mengharapkan "syorga di dunia" yang rapat dengan Anwar terus menerus menyebarkan dakyah sambil mengelus-elus ketokohan Anwar sebagai pemimpin politik yang berjiwa Islam, berakhlak mulia dan seorang yang dihormati ramai oleh para pemimpin dalam dan luar negara terutama sekali negara-negara Barat dan Timur Tengah.


Mereka yang ada otak tetapi tidak boleh berfikir secara rasional terus menelan propaganda itu. Para penasihat ini sedar sekiranya Anwar tersingkir dari pusat kekuasaan dan tidak menjadi Perdana Menteri maka alamatlah mereka juga akan merasakan kejatuhannya. Oleh itu sedaya upaya mereka mesti merancang untuk menggugat kepimpinan Mahathir dan berusaha memulihkan semula ketokohan dan kepimpinan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Ini mimpi para penasihat Anwar yang kaya dengan ilmu tetapi cetek pengetahuan dan pengalaman dalam sepak terajang politik.

Dikatakan ada beberapa orang penasihat dan pengampu Anwar dari UIA dan juga dalam ABIM yang terlalu optimistik bahawa mereka akan dipilih sebagai calon dalam pilihan raya yang lalu oleh kerana pencalonan mereka akan disokong dan diluluskan oleh Anwar. Ada yang bermimpi hendak menjadi Ketua Menteri Melaka, Menteri Besar Kedah, Perlis dan Perak. Pendek kata tidak ada yang menganggap diri mereka hanya layak sebagai ADUN atau pun wakil Parlimen. Mereka menganggap diri mereka lebih baik dari Ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar yang ada. Kononnya juak-juak ini sudah pun turun ke negeri masing-masing mencanang bahawa mereka akan mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri dan bakal menjadi calon kelak.

Apa yang dimimpikan tidak menjadi kenyataan. Juak-juak yang kurang berpengalaman ini tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya tahun 1995 dan kembalilah mereka ke tempat asal membawa duka nestapa yang tak ada hujungnya.

Dari hal penasihat-penasihat yang kaya dengan ilmu tetapi miskin dengan pengorbanan, bersikap oportunistik, kurang pengalaman akhirnya ditolak oleh ketua-ketua perhubungan negeri dan keputusan akhimya terletak di tangan Presiden parti. Presiden parti tentulah akan memilih calon-calon yang dianggapnya boleh diterima oleh rakyat, ada jasa kepada masyarakat dan parti dan lebih-lebih lagi kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada dirinya dan bukan sebagai musuh politiknya.

Kini Anwar bukan lagi Timbalan Perdana Menteri, juga bukan ahli UMNO. Tempat berteduh dan bergayut sudah hilang. Para penasihat ini yang menjadi jutawan terkejut dan pensyarah serta pegawai bimbang akan kehilangan segala nikmat dan kedudukan penting masing-masing. Inilah mainan gelombang politik. Pasang surutnya tidak menentu. Suatu waktu memberi khutbah mengangkat martabat manusia yang berakhlak mulia, dan dalam ketika yang lain, jatuh tersepuk membaham debu kerana dituduh meliwat. Sebenarnya reformasi itu bermula dalam diri sendiri sebelum melontarkan idea itu ke tengah masyarakat. Barangkali kini mereka sedar tokoh yang diagung-agungkan itu rupa-rupanya menyembunyikan sesuatu di belakang topeng dalam lakonan politiknya.


AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999

1 ulasan:

dhomirhahs berkata...

jangan lupa paklah dan penasihat tingkat 4 nya ..