MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Dis 2008

Menjelang satu juta pelawat..terima kasih kepada semua - AIDC



Menjelang satu juta pelawat..terima kasih kepada semua - AIDC


Oleh AIDC

Hari ini, 20 Disember (Sabtu), blog ini mula melangkah ke ambang satu juta pelawat, sejak dibina bermula April 2008. Jumlah pelawat setakat hari ini, sehingga jam 3 petang berjumlah 734,945 orang dan memerlukan 265,055 pelawat lagi untuk mencapai angka satu juta pelawat.

Sama ada pencapaian itu memberangsangkan atau tidak, tetapi pada aku dan team AIDC, sudah cukup untuk mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana membuka pintu hati pelawat berkunjung ke blog ini. Itulah jumlah pelawat yang sudi berkunjung ke sini, semenjak blog ini beroperasi sembilan bulan lalu. Alhamdulillah.

Aku, hokage, MOD, PM dan team AIDC

Mulanya, blog ini dibina dengan dua orang. Aku (editor) dan hokage (webmaster). Asalnya aku tidak menulis artikel, sebaliknya lebih berminat dengan pembikinan video di youtube, tetapi dek desakan hokage meminta aku menulis, alhamdulillah aku berusaha melakukan kedua-duanya secara serentak.

Di Youtube yang pada awalnya bermula dengan satu orang Subscribers, kini telah mencecah 161 Subscribers . Jumlah itu bukanlah besar, tetapi sudah memadai sebagai salah satu channel junior.

Memetik komen NTanwar, December 9, 2008 4:15 PM, "blog ini dianggap sebagai guru video di youtube yang konsisten. walaupun terdapat pihak lain yang memulakan terlebih dulu, tetapi tidak konsisten seperti usaha blog ini. Jadi blog ini berjaya menjadi guru kepada pembikin video anti-anwar yang lain. Bukan setakat konsisten, tetapi video-video yang berkualiti, yang sukar didapati di tempat2lain kecuali oleh 'pihak-pihak tertentu' sahaja"

Kepada NTanwar, terima kasih diucapkan di atas komen itu. Terlalu tinggi pujian itu dan pada aku masih tidak setimpal dengan apa yang dapat aku sumbangkan.

Blog ini pula bermula dengan jumlah pengunjung yang sedikit. Sebagai blog baru, aku masih ingat, bagaimana aku dan hokage terpaksa meminta simpati daripada blog-blog tersohor ketika itu, termasuk kmudotnet, tranungkite, faisaltehrani, bigdotcom, purehadarist, penabiasa, anginperubahan, jebatmustdie,AnotherBrickInWall, barkingMagpie dan lain-lain blog yang tidak dapat disebut di sini.

Alhamdulillah, mereka beri kerjasama sewajarnya hingga blog ini mampu berdikari dengan sendiri. Dari aku dan hokage, kini dibantu oleh nora solehah (ketua aidc team/chat box), zek (ketua forum), ladybird (ketua egroup), mamathensem, huh, faizal hakim dan orang melayu yang kesemuanya dikenali sebagai moderator (MOD) blog/chat box. Baca catatan sebelum ini, kisah di sebalik tabir AIDC, klik di sini

Sehingga ke hari ini aku telah berkenalan secara maya dengan kumbang, CK, 300, yang dikenali sebagai PM (Pembantu Moderator); wok yoh (sangtawal), nur ilhami, hilbrad, tok ya, mawar, mir pj, sumandak bayu, otai, dr sid, widuri3z, add, red, adam d'Ant, CKT, panglima, melor, maharaja zhou, mimpi916, afiq, senyumsepoi, alhaady, suhaimibasrah, taming sari, panglima perang cyber, faisaltehrani, ketam, iskandar, alluqman, bZz, irsh, anak melayu, bisnes harian, sijagat, zali, belacak, jalur mas, AbgTuah, deejayeesa, boysepang,azharmanjoi, bravotango, aliasmohdyusof, papaBZ, lekir, ustaz, bob_kedah, taiping mali, jessfidi, ryoma, erotomania, idzuan, ipohmalay, art, iklanneka, permaidaini dunia, burung belatuk, medan info kita dan beberapa nama pena lain yang tidak disebut di sini yang kesemua mereka dikenali sebagai rangkaian team AIDC.


AIDC dan pengomen

Coretan aku tentang kisah di sebalik tabir AIDC II pada 6 Disember lalu, telah mendapat pelbagai respon.

Bermula dengan komen Kumbang, kembara politik dan ezad meminta aku meneruskan perjuangan kemudian diikuti dengan komen-komen lain yang diperturunkan satu persatu seperti berikut;

ml said... Assalamualaikom aidc, teruskan menulis. Saya kerap buka blog aidc, tetapi kurang memberi komen sebab semua sudah siap tertulis -melor-

Medan Info Kita said... AIDC kena terus siarkan info serta berita supaya seluruh warga bloggers boleh tahu byk perkara sebenar, terutamanya siapa itu boneka yahudi...saya amat hargai pembongkaran dan pendedahan AIDC, keep up these gud work! we must "work together"


Joyah said... Salam AIDC dan semua...Alhamdulillah, Joyah masih diberikan kekuatan untuk bersama2 team AIDC walau pelbagai cabaran yang telah dilakukan oleh pihak2 tertentu untuk menghentikan usaha2 kami, cubaan untuk melemahkan semangat dan pendirian kami di AIDC ..namun, sedikitpun tidak memberi kesan kepada apa yang telah, sedang dan akan kami lakukan, insyaAllah. Joyah yakin, kerja berpasukan adalah lebih bagus dari bekerja bersendirian...kerana dengan penyatuan kekuatan2 dan kelebihan2 dari setiap team AIDC mampu menghasilkan apa yang dapat kita lihat hingga ke hari ini. "Seorang, tidak mampu untuk melakukan segalanya, namun setiap dari kita mampu untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan bersama"

crocs said... Kagum dengan intipati serta kupasan disetiap artikel...keep up the good work! Kita mesti pastikan bahawa negara kesayangan ini tidak di pimpin oleh tangan munafik. ps - yakin bahawa anda dipihak yang benar kerana saya berpeluang menyaksikan sendiri...

CKT said... Moga2 Allah berkati usaha yang baik ini dan teruskan menulis demi kebenaran untuk agama, bangsa dan negara tercinta.

adam d'Ant said... Thanks for sharing latest information and current issues pertaining to Msian politics,and I believed many benefited from this blog..keep up the good work.Will cont our support as far as possible. NO to Al-Juburi!

sangtawal said... salam aidc..kutahu budimu bukan sedikit bagi yang tidak alpa biarpun tuanhamba tetap dikeji oleh musuh negara biarpun sudah tuanhamba jelaskan awal awal lagi yang tuanhamba menulis bukan kerana nama! Hamba juga mengerti perjuangan yang tuan hamba buat bukan sekadar melepaskan batuk ditangga..tetapi tuanhamba penuh iltizam...hanya untuk agama,bangsa dan negara tercinta...hamba juga percaya jika ada 10 orang pemuda/pemudi seperti hamba...akan amanlah negara dari agenda zionis dan dajjal! apapun..jangan dilupa pesanan guru utama...alang alang berjuang biar menang!dan hamba yakin tuanhamba akan menang sebab tuanhamba yakin dipihak yang benar. sangtawal sakranta. http://www.sangtawal.blogspot.com

Jamo said... Kepada warga AIDC, Pihak SP amat berterima kasih keatas perjuangan kalian semua dan sentiasa menyokong segala perkembangan AIDC. Admin www.suarapolitik.com

azSAID said... Ya teruskan menulis, sy sedia mbantu dimana boleh.Tk

300 said... Taat dan takwa kepada ALLAH.Taat kepada janji dan sumpah.Taat memegang petua amanah. Taat memegang suruh dan tegah. Bercakap lurus berkata benar.Tahu menimbang bijak menakar. Ramah kepada kecil dan besar. Pantang sekali berlaku kasar. Benar menyukat adil menimbang. Pantang memilih membezakan orang. Anggukan sama muka belakang. Tegaknya kukuh tahan digoyang. Selamat Berjuang....

nur ilhami said... salam aidc, saya tak tahu nak ungkapkan bagaimana perasaan saya; tapi terima kasih kerana 'menerima' saya. membaca cerita yang singa dan tikus ini, saya teringat pernah membacanya dalam satu blog lain yang antara perjuangannya amat seiras dengan blog aidc ini. entah ya, seperti satu kebetulan pula. sebenarnyalah, saya amat ingin menyertai team aidc, cuma bukan dalam waktu terdekat ini, memandangkan ada banyak perkara rasmi dan peribadi yang perlu saya selesaikan terlebih dahulu. insya-Allah, bila tiba masanya nanti, saya pasti akan menyertai anda sekelian jua. buat sementara, izinkan saya untuk memberi fikir saya melalui ruang komen ini. apa pun, saya harap team aidc istiqamah dalam perjuangan ini. hanya Tuhan yang tahu apa yang saya doakan untuk anda semua. wassalam.


Cucu Tok Selampit said... Dear AIDC, Teruskan menulis dan teruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Salam.

OrAnG MeLaYu said... Assalamulaikum....Kepada Kekanda AIDC... hamba byk terhutang fakta pada tuan... hamba ingin mohon maaf sekiranya ada tersalah kata atau bahasa...Banyak yang hamba dapat apabila hamba join Kekanda AIDC...Dari yang kosong sekarang dah 60%.. Alhamdulillah...Ya Allah ya tuhan ku kau perkenankanlah dan kau berkatilah perjuangan dan pengorbanan kami ini untuk mencari kebenaran yg sebenar... Ya Allah hanya engkau Maha Mengetahui... Amin Ya Rabbalalamin...Kekanda AIDC.. Hamba dan rakan2 seperjuangan sentiasa berdiri teguh di belakang Kekanda.. InsyaAllah...Takbir Allah Hu Akhbar...oit oit....

Captain Jack Sparrow said... Jack amat tertarik dengan laman blog AIDC... kerana ia memperjuangan keadilan yang sebenarnya bukan angan2 mat jenin. Dan pada pandangan Jack, kita semua bersetuju tentang satu hakikat iaitu DSAI telah berjaya bukan saja meletakkan diri beliau malah kebanyakan konco-kincirnya sebaris dengan 'Mat Jenin' moden.

PENA MINANG said... Assalamualaikum AIDC..Den dah lamo gak baco apo yang ditulis oleh AIDC. Dan bagi den AIDC la mencotuih kan minat den untuk jadi bloggers supayo dapek dihapuihkan petualang bangso ni..

Kepada semua para pengomen diucapkan ribuan terima kasih di atas pandangan saudara/i itu.


R N D dan Fasa kedua

Seperti yang aku janjikan sebelum Aidiladha lalu, aku mengambil masa 4 hari untuk menilai semula apa yang dilakukan sebelum ini. Alhamdullillah, pada 11 Disember, aku kembali menulis.

Siang tadi, aku mengadakan post mortem tiga jam dengan rakan-rakan terdekat, aku, hokage, cik kiah dan puteri mengenai sejauh manakah kejayaan fasa pertama dan apakah hala tuju untuk fasa kedua. Itu hanya perbincangan rawak, yang belum dikupas secara teliti.

Dalam jangka masa terdekat ini, kemungkinan besar akan diadakan perjumpaan MOD dan team AIDC untuk perbincangan lanjut. Semuanya ke arah mencapai kata sepakat untuk memasuki fasa kedua.

Insya Allah, hari ini aku bukan berdua lagi. Sudah ramai satu aliran. Sudah membiak menjadi rangkaian dan mungkin akan bertambah menjadi kesatuan. Sebenarnya, bukan seorang, dua orang, tiga orang yang membenci agama dan negara dinodai, malah masih ramai lagi yang berdiam diri di balik skrin pc alam maya!

Sesungguhnya bukan untuk aku, bukan untuk hokage, bukan untuk norasolehah,bukan untuk zek, bukan untuk ladybird.. tetapi untuk kita bersama kerana kita semua sayangkan agama dan negara.

Dan..Tidak perlu untuk aku, kerana aku menulis bukan kerana nama!


AIDC
20 Disember



13 ulasan:

Unknown berkata...

Tahniah kepada semua team AIDC & pengunjung2 blog ini yang sentiasa memberi sokongan.

Teruskan usaha murni untuk menjatuhkan anwar demi menjaga agama,negara & bangsa kita.

Amin....

Tanpa Nama berkata...

salam aidc,
sesungguhnya saya akan tetap bersama anda, walaupun jika hanya menjadi pembaca tegara, insya-Allah.
wassalam.

Kembara Politik berkata...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahniah atas pencapaian ke arah 1 juta hits.

Bagi saya, 1 juta hits menunjukkan sokongan pengunjung yang terhadap kehadiran blog ini.

1 juta hits juga menuntut blog ini sentiasa memberikan komitmen yang tinggi pada masa akan datang.

Sekalung Tahniah.

Teruskan perjuangan demi alif, ba dan ta.

LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Lekir ada baca artikel AIDC mengenai Chandra Muzaaffar yang kata Anwar ni topiknya berubah-berubah.Ikut kepada siapa yang menjadi pendengarnya

Apa yang pasti Anwar lebih perlukan pengundi bukan Melayu daripada pengundi Melayu

Tanpa Nama berkata...

salam

seperti biasa...

kami tetap bersamamu..

sedia menerima arahan!

rakan-rakan teruskan perjuangan bersama-sama!

wassalam

tukang taip berkata...

tahniah kepada aidc, semoga matlamat blog ini ditubuhkan mencapai matlamatnya..dan anwar tersungkur dari arus politik malaysia...

Panglima Perang Cyber berkata...

TEAM Blogger Pembela Negara sedia bersama sama membantu AIDC untuk apa jua yang diminta demi menghalang musuh agama bangsa dan negara kita dari menjadi PM Malaysia.

Kami sedar kekuatan kita dengan kekuatan persatuan antara kita semua.

Kami sedia bersama AIDC dan mana jua blog yang menentang ketuanan rakyat yang pasti jika dibiarkan akan mengorbankan ketuanan agama kita, bangsa serta nama baik negara.

Teruskan perjuangan AIDC dan perjuangan anda TETAP DIKETAHUI ALLAH dan akan menjadi sebaik baik ganjaran di akhirat nanti Insya Allah.

Syabar AIDC dan moga semakin mantap lagi dari masa ke semasa..

salam perjuangan..

MyIdea berkata...

Teruskan usaha..

ml berkata...

Assalamualaikom, semoga berjaya dunia akhirat. Amin.

Sangtawal Sakranta berkata...

salam aidc,

TAHNIAH....
semoga dengan usaha gigih anda ini dapat membuka minda dan hati mereka yang masih tebal rasa "percaya" mereka pada pengkhianat agama,bangsa dan negara itu!

Jamo berkata...

Tahniah!

Semoga berjaya dalam memberikan maklumat serta penerangan kepada rakyat segala ketelusan keseimbangan maklumat demi mempertahankan agama bangsa dan negara. Teruskan perjuangan. Syabas.

www.suarapolitik.com

IPOH MALAY berkata...

Tahniah kepada team AIDC atas pencapaian ini dan Ipohmalay turut berasa bangga atas pencapaian team AIDC ini. Ipohmalay akan terus menyokong AIDC dan Ipohmalay juga berterimakasih kepada AIDC kerana menyediakan fakta yang lebih dari mencukupi untuk Ipohmalay nilai dan merancang penulisan di dalam blog Ipohmalay di masa hadapan. Sekali lagi, setinggi-tinggi ucapan tahniah Ipohmalay ucapkan.

NORA berkata...

Salam semua ...

InsyaAllah...sejuta akan jadi dua juta dan seterusnya...tiada yang mustahil bagi hati dan diri yang sentiasa berkehendak. Perjuangan akan diteruskan dengan semangat baru setiap hari ...

Apa yang merisaukan kita bukanlah kerana kita tidak sempurna, tetapi kerana kita mampu melakukan sesuatu yang melebihi dari jangkaan. Kita dijadikan sebagai makhluk yang mampu untuk berjaya kerana kekuatan itu ada dalam setiap diri kita. Apabila kita menyerlahkan kekuatan diri, secara tidak langsung kita akan mendorong orang lain untuk menyerlahkan kekuatan mereka. Apabila kita membebaskan diri dari perasaan gentar dan kecewa, kehadiran kita akan memberikan kehidupan yang bermakna buat orang lain.

Soalan yang harus ditanya pada diri kita ialah..apa yang telah kita lakukan untuk agama, bangsa dan negara??

Tahniah AIDC..semoga kita sentiasa diberi kekuatan dan kebijaksanaan untuk meneruskan urusan yang masih belum selesai.. Terima kasih kepada pelawat2, team AIDC yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami.

LAWAN TETAP LAWAN. SAY NO TO ANWAR IBRAHIM !!!!!