MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Sep 2008

Senarai penipuan Anwar dari 1999- 2008 : Interaksi AIDC dengan para pengomen


Senarai penipuan Anwar dari 1999- 2008 : Interaksi AIDC dengan para pengomen


Artikel ini ditulis sebagai balasan komen-komen dalam artikel "Rakyat Perkara Kedua, Jawatan PM Keutamaan Anwar" yang dipetik daripada blog anwarisme.blogspot.com.

Pengomen yang turut memberi komen dalam artikel itu adalah kumbang, Atui Dtabasan, Demang Lebar Daun, Wokyoh dan Kamal. Kepada semua diucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatian dan kesudian saudara-saudari untuk terus memberi komen-komen dalam menjayakan blog ini.

1. Kumbang mencadangkan agar dibuat satu penulisan mengenai senarai penipuan Anwar. Saya kira cadangan yang amat baik dan memang wajar dibuat senarai siri-siri pembohongan Anwar dari 1999-2008 untuk memberi justifikasi bahawa pembohongan "16 September", bukanlah satu-satunya Pembohongan Anwar.

Keracunan Arsenik

Ya, memang benar banyak kali siri pembohongan telah dilakukannya. Bermula dengan kes Keracunan Arsenik , yang digambarkan seolah-olah Anwar akan meninggal dunia dalam tempoh terdekat. Terdekat ketika itu sekitar tahun 1999!.

Malangnya walaupun diramal bakal 'meninggal dunia' pada tahun 1999, tetapi hingga kini, setelah hampir 9 tahun, Anwar masih segar bugar!

Ketika itu Karpal Singh (DAP) turut ambil kesempatan politik untuk mempopularkan dirinya dengan menuduh terdapat satu KONSPIRASI TERANCANG untuk membunuh Anwar menggunakan racun asernik. Wan Azizah pula dijadikan tukang penyampai lidah Anwar!

Malah Wan Azizah turut dakwa Anwar disuntik oleh virus HIV,semasa dalam penjara dan bakal meninggal dunia tidak lama lagi kerana penyakit AIDS.

Isu keracunan Arsenik itu dibangkitkan ketika Anwar menghadapi pertuduhan liwat dengan Azizan Abu Bakar.

Isu keracunan arsenik dan suntikan HIV ternyata tidak benar. Dengan ini jelaslah sebenarnya tuduhan KONSPIRASI TERANCANG itu tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar.

Kini isu keracunan itu sudah dilupakan oleh rakyat, meskipun ramai reformis masih lagi belum melupakannya kerana mereka menghadapi perbicaraan demonstrasi keracunan arsenik (termasuk Ezam) yang masih belum selesai hingga ke hari ini.

Begitu lah kehebatan Anwar Ibrahim, memohon simpati dengan tuduhan KONSPIRASI TERANCANG dan KERACUNAN ARSENIK, hingga orang lain menderita hingga terpaksa masuk penjara kerananya, tetapi Anwar tetap bebas dan segar bugar.

Maknanya benar seperti kata Abd Ghani Haron, bekas exco Pemuda Keadilan, usahkan Anwar nak membantu petani dan nelayan, dirinya yang pernah ditangkap polis dan dipenjara berkali-kali dek pertahankan Anwar pun tidak dibantu. Kata Ghani, "Apa barang, nak tolong nelayan dan petani, dirinya hampir sepuluh tahun berjuang kerana Anwar pun tidak dipedulikan". (Sila tonton pengakuan Abd Ghani di bawah)




Anwar sakit berkerusi roda

Rentetan isu keracunan Arsenik, pada tahun 2001, Anwar digambar sakit yang amat parah, hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai penyenggal leher di tengkok.

Ketika itu (Anwar sedang berada di penjara), beliau digambarkan amat tenat hingga tidak boleh berjalan (terpaksa berkerusi roda) kerana sakit belakang

Namun ada yang mempersoalkan kalau sakit belakang kenapa perlu pakai penyenggal leher?

Kes penipuan ini juga terbongkar apabila satu rakaman video yang menunjukkan Anwar segar bugar di hospital, tidak seperti yang digambarkan semasa Anwar berada di khalayak ramai. (Sila lihat video di bawah)



Rakyat juga sudah lupa penipuan itu telah telah lama berlaku, kira-kira 6 tahun yang lalu

Konspirasi bermula di Munich

Apabila Anwar dibebaskan 2004, beliau dengan berkerusi roda ke Hospital Munich. Masih pakai penyenggal leher dan berkerusi roda ke KLIA. Sebaik sahaja sampai di khalayak ramai, beliau sekali lagi dipapah membayangkan beliau memang tidak larat hinggan nak berjalan pun tak boleh.

Sebaik sahaja tiba di Munich, CNN melaporkan secara live, Anwar tidak lagi pakai penyenggal leher, boleh berjalan dengan sendiri dan sudah tiada kerusi roda. Anehnya masa itu Anwar baru tiba di Munich dan belum menerima apa-apa rawatan lagi.

Sebaik sahaja dirawat, tidak sampai seminggu, Anwar kembali segar bugar, tanpa pembedahan kronik sepertimana yang sepatutnya ditunjukkan sebelum ini.




Malah tak sampai seminggu Anwar di Munich, berbodong-bondong sahabat handainya dari dalam dan luar negara datng melawat termasuk Paul Wolfowitz.

Ya. Aneh. Tak sampai seminggu boleh segar bugar walaupun tidak perlu pembedahan. Wartawan barat turut berkejar-kejar ke Munich untuk interview Anwar.

Selalunya kalau orang sakit kronik seperti yang ditonjolkan Anwar, akan dimasukan di hospital pakar dan tidak dibenarkan tetamu melawat, hanya untuk keluarga terdekat sahaja.

Tetapi berlainan dgn Anwar, semua sahabatnya termasuk Paul Wolfowitz (bukan keluarga terdekatnya) datang melawat dan berbincang hampir tiga jam dan semua media barat dibenarkan interbiu Anwar di Munich.

Selepas Anwar berada di Amerika Syarikat bermula tahun 2005-2007, isu sakit belakang, pakai penyenggal tengok sudah tiada kedengaran lagi..

Media barat menggambarkan Anwar amat sihat, bertali leher, berkot, berceramah ke seluruh pelusuk dunia dengan tajaan Amerika.

Pada 2008, Anwar kembali ke Malaysia. Media barat termasuk Akhbar Israel, The Juresalem Post meramalkan Anwar bakal PM Malaysia.

Dakwaan liwat kedua, konspirasi ancaman bunuh dan sakit belakang lagi

Tidak semena-mena sekali lagi bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan buat laporan polis dakwa dirinya diliwat.

Anwar berkejar ke kedutaan asing mendakwa terima ancaman bunuh. Siapa yang mahu bunuh Anwar ? Maka sekali lagi wan Azizah menwar-war kepada orang ramai bahawa suaminya bakal dibunuh.

Persoalannya siapa yang mahu bunuh suami Wan Azizah?




Namun kini "Isu Ancaman Bunuh" lenyap begitu sahaja, apabila Anwar berkempen ke sana sini utk menang di Permatang Pauh. Sekali lagi Wan Azizah terpaksa jadi mangsa berkorban kerusinya, Parlimen Permatang Pauh untuk suami tercinta..

Selepas menang Anwar dakwa sudah mempunyai 30 ahli parlimen BN yang sedia melompat untuk bentuk kerajaan baru dan beliau akan jadi PM pada 16 Sept..2008.

Namun bila muncul fajar 16 Sept..dakwaan Anwar tidak jadi kenyataan. Bermakna Anwar mengulangi siri-siri pembohongan dan penipuan kepada rakyat jelata. (Sila lihat video di bawah ini)




Konspirasi kedua Anwar, sakit belakang berulang kembali


Sekarang isu "Anwar Sakit Belakang" sering kali diwar-war semula oleh media PKR ketika mana Anwar menghadapi perbicaraan kes liwatnya dengan Saiful Bukhari.

Sudah hampir 7 tahun isu "Sakit Belakang" ini tidak dimainkan, namun kini, seolah-olah terdapat KONSPIRASI kedua merancang propaganda itu yang membawa mesej cukup jelas.

Anwar digambarkan sudah terlalu uzur, sentiasa sakit belakang, hingga terpaksa dipapar berkali-kali oleh Wan Azizah.

Hinggakan Anwar nak naiki bangunan parlimen pun terpaksa berpegangan tangan dengan Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Sebenarnya ada motif tersembunyi media internet PKR memainkan isu sakit belakang Anwar itu..

Motifnya jelas nak menonjolkan Anwar yang sentiasa sakit belakang tak mampu nak meliwat Saiful, sedangkan kebiasaannya salah satu ciri peliwat adalah sakit tulang belakang. (Sila lihat video di bawah )




Video yang anda tonton di atas bukan produk kami, tetapi salah satu contoh video propaganda video terbitan pro- PKR yang diterbitkan oleh Hanief.blogspot.com.

Namun begitu, ditengah hangat propaganda sakit belakang, Anwar masih segar bugar hingga sering berulang alik ke Hong Kong, Singapura dan Amerika memberi ceramah-ceramahnya.

Anehnya tiada pula Wan Azizah ataupun Saifuddin menemaninya dan memimpin ke KLIA serta bersama-sama Anwar ke tempat ceramah di seluruh pelusuk dunia !

Kalau Gus Dur, teman baik Anwar, dipimpin dan berkerusi roda, boleh diterima, Anwar pula bagaimana ? Adakah kini sudah setaraf dengan Gus Dur pula ?

Nampaknya selepas ini, rakyat Malaysia bakal ditipu lagi oleh Anwar sebagimana beliau menipu beliau akan jadi PM menjelang 16 Sept!

Mungkin selepas ini semakin banyak siri-siri pembohongannya untuk menghilangkan fokus rakyat mengikuti kes liwatnya yang sedang dibicarakan di mahkamah.




2. Atui Dtabasan mengupas mengenai hipokrasi Anwar menggunakan institusi raja-raja untuk menipu rakyat. Terima kasih Atui atas komen anda

3. Demang Lebar Daun mengkiaskan motif "Lawan Tetap Lawan" sebagai kiasan budak-budak degil. Dengan kisah budak2 nakal sewaktu kecil akan tetap berkeras sampai ke mati walaupun sudah bersalah. Demang berkias, bukan soal kebenaran yang dicari, dengan slogan "Lawan Tetap Lawan" tetapi kerana ketaksuban yang membuta tuli hingga pintu pintu hatinya tertutup menerima kebenaran.

4. Kamal pula menceritakan kes rumah keluarga Teresa Kok yang dilontar bom. Terima kasih atas maklumat berguna itu, saya amat menghargainya.

Wok Yoh pengomen tegar dan di sebalik tabir AIDC


5. Wok Yoh, pengomen tegar blog AIDC pula memberitahu pengalamannya yang sudah lama tidak mengunjungi laman Anwar Ibrahim iaitu AnwarIbrahimblog.

Wokyoh menulis, dia terkejut dengan fenomena baru yang berlaku di laman itu apabila komen2 dilaman itu sudah bercampur baur dengan komen2 negatif.

Kalau dulu kata Wokyoh, semua komen2 di laman Anwar Ibrahim penuh dengan puja puji yang melangit, seolah-olah Anwar manusia paling bersih di dunia ini, tidak pernah melakukan kesalahan, bahkan dipuja umpama 'seorang nabi baru'.

Kata Wok Yoh lagi, sekarang ini fenomena sudah bertukar, walaupun tidak dinafikan masih ada puja-puji, tetapi sudah ada komen-komen negatif yang mencalarkan imej 'nabi baru' itu.

Wokyoh turut merumuskan fenomena baru itu mungkin disebabkan rakyat Malaysia sudah sedar siapakah Anwar dan Wok Yoh mengatakan salah satu peranan yang mencalarkan imej Anwar dimainkan peranan oleh blog ini (AIDC).

Kalau benar sepertimana dakwaan wokyoh, saya dan team kru AIDC mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhana Wattaala.

Kami di sini hanya mampu membongkar kebenaran, diterima atau tidak oleh rakyat dengan hati terbuka hanya Allah yang Maha Kuasa menentukan.

Seperti yang saya beritahu kepada wokyoh dalam komen artikel artikel tulisan saya bertajuk "Isu budak pembancuh kopi hangat di Permatang Pauh", saya telah buat deklarasi untuk memikirkan sama ada menutup atau meneruskan blog ini sekiranya Anwar dipenjara semula akibat bersalah meliwat Saiful.

Tulis saya kepada Wok Yoh, "Saya ingin buat penafian bahawa tulisan-tulisan saya sebelum ini bertujuan untuk mempengaruhi undi di Permatang Pauh. Saya tidak pernah berniat begitu dan bagi saya Anwar menang atau kalah, tidak ada kaitan dengan blog ini. Sama ada Anwar menang atau kalah, itu bukan matlamat saya buka blog cikai ini.
Kalau, Anwar menang di Permatang Pauh, saya akan terus menulis di blog ini. Kalau kalah pun perjuangan sama akan diteruskan. Kalau Anwar jadi PM pun, saya akan terus menulis sebagai hak asasi saya sebagai salah seorang warganegara Malaysia. Kalau Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan semula kes liwat, saya akan mempertimbangkan semula untuk terus menulis atau tidak. Bergantung kepada keadaan semasa ketika itu"


Untuk membaca interaksi awal saya dengan Wok Yoh dan pengomen-pengomen lain, sila klik artikel tulisan saya ini.

Sebagai balasan deklarasi saya itu, Wok Yoh menulis begini, "Kenapa ada deklarasi AIDC tu....macam nak stop blog ni dalam masa yang terdekat je.....jangan stop...teruskan....bagi saya penulis blog ini mempunyai daya pemikiran yang tinggi...mungkin mereka yang terlibat dalam blog ni lebih gempak dari IKD (institut kajian dasar) yang anwar tubuhkan tu...maklumat-maklumat yang anda sertakan di sini adalah cara kerja orang yang dah biasa dengan kerja kerja penyelidikan khusus atau tesis phd je...blog ni juga tak mampu dikendalikan oleh seorang..kamu berkerja dengan team...dari cara penulisan artikel anda... ada sekurang-kurangnya dua orang penulis yang kalau dibaca betul-betul anda berdua ada stail penulisan yang tersendiri"

Kerana kesuntukan masa ketika itu, saya tidak menyambut komen Wok Yoh, walaupun beberapa ramalannya separuh benar.

Sekarang izinkan saya merungkai serba sedikit ramalan Wok Yoh. Blog ini tetap diteruskan, seperti mana deklarasi awal saya sebelum ini. Maknanya isu menutup blog tidak tidak timbul lagi.

Wok Yoh memuji penulis blog ini mempunyai pemikiran tinggi dan akan lebih hebat daripada pemikir IKD. Terima kasih diucapkan atas pujian itu. Kalau benar seperti telahan saudara, alhamdulillah, syukran.

Ramalan Wok Yoh mengatakan blog ini dikendalikan oleh satu team benar tetapi ramalannya mengatakan dua orang penulis yang menulis di blog ini menggunakan satu nama iaitu AIDC, tidak tepat. Hanya saya seorang sahaja menggunakan nick AIDC. Tidak ada dua atau tiga. Satu orang sahaja. Stop!

Baiklah sebagai tidak mahu menimbulkan tanda tanya, sempena dengan fajar Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba, saya akan kisahkan serba sedikit mengenai blog ini.

Sejarah blog, AIDC, Hokage, Nora Solehah dan Zek

Blog ini dibina selepas PRU 12, sekitar Mei, dengan dikendalikan oleh dua orang iaitu saya (AIDC) merangkap pengarah video di youtube dan hokage (webmaster blog).

Pada awalnya, saya tidak mahu menulis di blog ini, kerana mahu menumpukan kepada pembikinan video-video di youtube, tetapi hokage mendesak saya untuk menulis dengan alasan, blog ini akan lumpuh sekiranya sekadar menyiarkan koleksi video di channel youtube Anwaribrahimdotcom..

Video pertama dihasilkan bertajuk " Siapa Anwar siri 1" (sila tonton video pertama produk kami seperti di bawah)




Akhirnya saya terpaksa akur dengan pendapat Hokage supaya menulis untuk menghidupkan blog. Seingat saya, tulisan awal saya bertajuk "Betulkah Anwar Agent Yahudi ?" , ditulis pada 25 Mei 2008.

Memandangkan kandungan video tidak mampu menceritakan semua perkara yang hendak disampaikan, maka saya aktif dalam kedua-dua bidang iaitu bidang penulisan dan penyediaan skrip video manakala Hokage membantu membina blog dan pembikinan video.

Setelah hampir dua bulan beroperasi, tiga orang lagi menawarkan diri untuk membantu kami iaitu cik kiah (pembikinan video), orca (terjemahan artikel) dan puteri (researcher)

Kemudian Hokage mencadangkan kepada saya agar dibuka chat box dan YM untuk saya berinteraksi dengan pelawat blog ini.

Selepas itu,saya mula berkenalan secara YM dengan dua orang lagi sahabat iaitu Nora Solehah dan Zek.

Nora Solehah dan Zek menawarkan diri untuk membantu saya dalam membangunkan lagi blog ini. Tawaran bekerja secara sukarela ini berdasarkan matlamat yang sama iaitu sama-sama anti Anwar Ibrahim.

Dengan penuh rasa hormat, saya melantik Nora Solehah sebagai 'ketua AIDC Club','ketua chat box' dan merangkap "Special Assinstant"(SA).

Saya selalu panggil nama ringkasnya sebagai SA . Dan selalu berkongsi idea secara maya dengannya, walaupun saya tidak mengenali rupa dan latar belakang dirinya.

Begitu juga Zek. Dia dilantik sebagai pembantu kedua yang juga bertugas sebagai Ketua 'forum AIDC Club'.

Hasil usaha gigih SA dan Zek di chat box dan forum, beberapa nick lain pula muncul menawarkan diri secara sukarela iaitu Ladybird, Mamathensem dan Huh.

Kesemua mereka kemudiannya dilantik sebagai moderator blog dan chat box.

Ladybird pula dilantik ketua yahoogroup AIDC dan Mamathensem dilantik 'Timbalan Ketua Chat Box'.

Segala cadangan-cadangan pengunjung akan dicatat oleh SA dan dia akan memberi maklum balas kepada saya secara maya. Pendek kata, SA akan sentiasa memberi idea-idea bernas untuk memajukan lagi blog ini.

Anihnya kami diketemukan secara maya, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain. Kepada Allah dipanjatkan syukur, alhamdulillah.

Malah mesyuarat mingguan kami pun dibuat secara maya !.


Membina rangkaian penulis pelapis

Dalam bidang penulisan pula, saya masih keseorangan dan untuk pengisian blog, saya terpaksa memetik berita dan rencana dari pelbagai blog yang sudah tersohor seperti Faisal Tehrani, Al Muslimin, Maharaja Zhou, Azrinizam Ibrahim (anginperubahan)dan sebagainya,

Tetapi dalam masa yang sama, dua orang penulis junior dari rangkaian kami iaitu Zek dan Huh menawarkan diri untuk membantu sebagai penulis.

Zek sebenarnya datang dari blog atasbawah, mengekalkan nicknya dalam penulisan berbentuk teori konspirasi dunia. Tulisan pertama Zek di blog ini bertajuk " Anwar Ibrahim pendokong Islam Liberal di Malaysia ?"

Manakala Huh yang memiliki blognya sendiri "NoWadayS", menulis menggunakan nama pena "True Heart Finder" mengupas isu-isu Islam dan Timur Tengah. Tulisan pertama Huh di blog AIDC bertajuk "Demi cita-cita PM, Anwar gadai kalimah Allah kepada Kristian ?"

Mungkin selepas ini, selepas Zek dan Huh selesai menjalani latihan penulisan, blog ini bakal mempunyai tiga penulis yang berlainan sudut pemikiran dengan matlamat yang sama iaitu saya, Zek dan Huh.

Buat masa ini saya, SA dan Zek sedang berusaha keras melatih rangkaian baru, termasuk CK dan Kumbang. Dan beberapa nick lain yang tidak perlu dicatatkan di sini.

Bermakna, kalau Wok Yoh menawarkan diri bersama-sama kami, alhamdulillah semakin bertambah lagi keluarga kami.

Semoga persoalan Wok Yoh akan terjawab dalam penjelasan ringkas saya ini.

Mungkin tawaran ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang merasakan dirinya perlu membantu memajukan lagi operasi blog ini. Masih banyak tenaga yang diperlukan kerana masih banyak kerja perlu dilakukan termasuk promosi dan pembinaan rangkaian.

Saya juga turut mencatatkan pengalaman dan sejarah penglibatan saya dalam blog ini dalam ruangan bersiri bertajuk " Aku, Anwar dan perjuangan" di forum tertutup AIDC Club. Sesiapa berminat mengunjungi forum itu perlu mendaftarkan diri di sini.

Blog Anti-Anwar, bukan portal politik

Sebagai kesimpulan, blog ini adalah blog sukarela, mengupas isu-isu Anwar Ibrahim dan isu-isu yang berkaitan dengannya.

Blog ini bukan portal berbayar sperti Malaysiakini atau web parti seperti harakahdaily atau Suara Keadilan atau web parti politik yang membela parti masing2 seperti KMU, KPMU, Tranungkite dan sebagainya.

Blog ini asalnya blog pensendirian, disokong oleh sukarelawan yang anti Anwar Ibrahim yang kini menjadi blog bersama menyatakan satu pendapat "Kami menentang Anwar Ibrahim kerana beliau bahaya untuk Negara dan Agama".




Itulah yang menjadi tema perjuangan kami seperti yang tercatat di logo blog, "Anwar adalah The Bush Gang".

Bermakna jika anda mahukan isu-isu terkini politik Malaysia seperti UMNO, PAS, DAP dan PKR anda perlu melayari web dan blog lain kerana motif kami hanya untuk mencapai objektif seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Tidak perlu kami tamak untuk memenuhi semua impian pelawat kerana kami sedar kekuatan dan kelemahan kami. Buat setakat termampu dan buat secara sukarela mengikut kemampuan sendiri!

Ibarat kata pepatah, " Jangan jadi seperti kera di hutan, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"

Kepada semua pelawat blog ini diucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Amin, wasalam.

AIDC
27 Sept
http://aidc-editor.blogspot.com
email : aidceditor@yahoo.com

Nota : Tulisan ini dibuat hasil cadangan SA, supaya menulis mengenai siri-siri pembohongan Anwar Ibrahim dan juga cadangan Huh supaya saya berinteraksi dengan pemberi komen. Kata Huh, sekiranya saya mampu memberi komen terhadap komen yang telah dihantar pelawat, akan lebih memberi semangat lagi kepada pengomen tersebut membuat komen-komen seterusnya. Untuk SA dan Huh, terima kasih atas cadangan bernas anda. Mungkin saya tidak dapat menunaikan semua impian kalian. Ini sahaja yang mampu saya lakukan, sebagai manusia yang mempunyai dua tangan dan dua kaki. Amin.



22 ulasan:

Muhammad Adli berkata...

Syabas kepada pengendali BLOG AIDC ni..

Pada pendapat saya, apa yang disampaikan adalah suatu berita yang disokong dengan bukti dan fakta yang kukuh seperti sisipan video dan gambar.

Teruskan usaha, semoga ramai yang akan sedar betapa bahayanya Anwar Ibrahim kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Jamo berkata...

Pendedahan yang cukup baik disertai dengan fakta.

Dengan kesempatan ini, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pengendali AIDC dan semua yang beragama Islam.

SuaraPolitik.com
http://www.suarapolitik.com

True Heart Finder berkata...

salam,

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada AIDC kerana telah berjaya mengeluarkan artikel yang begitu menarik dengan fakta yang kukuh untuk menyenaraikan antara kegiatan penipuan Anwar.Juga tidak lupa ke atas sifat keprihatinan dan ketulusan AIDC terhadap pengunjung blog serta pendapat di kalangan penyokong AIDC.
Semoga Allah akan memberi perlindungan yang hak serta bantuan yang hakiki kepada AIDC dan penyokong anti ANWAR kerana kita berlindung di bawah satu bumbung yang sama iaitu;

"Kami menentang Anwar Ibrahim kerana beliau bahaya untuk Negara dan Agama".

Pak Tam berkata...

Mereka yang terlalu taksub dengan dia saja tak akan percaya cerita pasal Anwar Bin Ibrahim ini. Dia tak mahu bersumpah dah memberi isyarat jelas kpd rakyat. Teruskan peranan anda blogger2 supaya memastikan pemimpin pengkhianat Melayu dan negara dapat dihapuskan, TK.
http://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com

kumbang berkata...

Salam
harap kita semua dapat menyumbang untuk kemandirian blog ini, ini soal maruah agama,bangsa dan negara yang menjadi pertaruhan individu bernama anwar ibrahim. usaha berterusan diperlukan dengan bantuan rakan2 di AIDC

wassalam

Perkembangan semasa politik tanah air.. berkata...

entah apa ilmu yang anwar pakai sampai rakyat begitu taksub padanya

wokyoh berkata...

Salam AIDC.

terima kasih dengan penghargaan atas usaha yang tak seberapa dari saya.Saya adalah manusia berjiwa bebas yang punyai prinsip perjuangan yang tersendiri.Saya tidak mudah taksub kepada sesiapa.komen saya disini adalah ikhlas dari saya sebagai satu sumbangan menegakkan perjuangan,malah saya juga tidak berniat untuk mencari pengaruh dengan penulisan saya.

selain dari AIDC...saya juga adalah pengomen tegar chedet.com,hampir setiap tulisan tun saya komen....sejak 17 ramadhan..saya agak kecewa dengan tun kerana masih tidak memohon untuk masuk semula umno...namun setelah membaca artikel-artikel tun terkini...hati saya kembali sebak.Sesungguhnya Tun adalah pejuang islam tulen.Tun bukan saja banyak berjasa kepada negara,tapi bagi saya Tun adalah anugerah Allah yang tidak ternilai buat malaysia.beliau bukan saja bijak dan ikhlas dalam perjuangan tapi saya amat tertarik dengan cara pemikiran beliau yang pelbagai dan agak sempurna
...artikel beliau terkini seperti pegging dan united states begitu baik dan bijak...satu kaedah pemikiran unorthodoks yang beliau sarankan...jika dikaji betul betul menunjukkan tun mempunyai tahap pemikiran kreatif yang tinggi.krisis ekonomi 97/98 membuktikan daya pemikiran tun berada pada tahapnya yang tersendiri membuahkan jalan penyelesaian masalah yang sempurna dan berjaya.

terima kasih saya ucapkan kepada AIDC kerana menjemput saya menjadi rakan penulis di blog ini....bagi saya...apa yang saudara persembahkan dalam blog ini adalah lebih dari mencukupi JIKA seseorang itu membaca blog ini untuk mencari kebenaran berkaitan anwar ibrahim.

maaf...
buat masa ini saya ada komitmen lain.insyaAllah di masa depan saya akan memikirkan tawaran saudara itu...namun saya akan tetap mengunjungi blog ini seperti biasa dan akan menjadi pengomen tetap blog ini sehingga misi kita berjaya...iaitu menyedarkan orang ramai siapa anwar ibrahim sebenarnya....bagi saya anwar sangat bahaya kepada agama islam,bangsa melayu dan tanah melayu.

maafkan saya juga kerana tidak pernah masuk forum atau chat box anda.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir batin kepada AIDC & team dan semua pengunjung AIDC.

teruskan usaha anda...sesungguhnya...kata kata lebih tajam dan berbisa dari mata pedang.

buat AIDC....

MENGAPA HARUS MENYERAH PADA JIWA YANG TAK MUDAH KALAH....

Joyah berkata...

Salam sahanbat2 yang disayangi...

Joyah benar2 terharu bila membaca artikel terbaru AIDC mengenai pembohongan Anwar.. Ini adalah karya yang amat bagus dimata Joyah dan juga dimata pelawat2 dan ahli2 AIDC yang lain. AIDC memang seorang penulis yang berkebolehan. Hasil kerjanya kemas, mudah difahami dan berasaskan fakta. Hanya orang yang tak cerdik dan cetek pemikiran saja akan mengatakan ianya fitnah.

InsyaAllah, team AIDC akan sentiasa besatu dan bekerja keras untuk melakukan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Ada yang bertanya, berapa juta kami dibayar untuk melakukan semua ini... jawapan kami mudah saja.. kebenaran tidak perlu dirungkai oleh wang atau habuan, seperti yang dilakukan oleh blogger Faisal Tehrani, AlMuslimin dan sebagainya.. seperti kasih sayang, soal kebenaran adalah perkara yang amat bernilai apatah lagi melibatkan maruah bangsa, agama dan negara.

Bak kata AIDC, aku menulis bukan kerana nama, tapi kerana aku yakin bahawa diriku benar ...

Joyah amat berbangga menjadi team AIDC, dan insyaAllah, akan terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara selagi hayat dikandung badan.

Kepada AIDC, terimakasih kerana sentiasa mengambilkira pandangan yang diberikan, dan terimakasih kerana menjadi seorang guru yang baik kepada kami semua.

Segala yang indah itu dari Allah, dan segala yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

wallahu'alam.

adam berkata...

BRavo and brilliant!Arrived to this blog accidentally by bloghopping via a political blog and noticed the contents and articles are genuinely facts and not fictions attached with evidence and proper links to support each and every issues said.Well done to AIDC and the team...insyaAllah,may this good work will be blessed by Allah SWT.

Well done guys...keep up the good work,and I definitely will keep coming for more and support this blog to say NO to DSAI.

Well done.

nur ilhami berkata...

salam aidc,

penjelasan aidc tentang blog ini 'membunuh' sangkaan saya selama ini.

1. meneliti cara pemetaan, penyelidikan dan pemaparan tulisan-tulisan aidc selama ini, saya selalu menyangka bahawa blog ini ditaja, kerana banyak maklumat yang rahsia dan sulit dapat diakses oleh aidc. tentulah ada 'pihak lain' yang membantu, fikir saya. saya tidak menjangka blog ini blog persendirian.

2. saya menjangka bahawa ada satu team besar di belakang aidc, yang menggunakan hanya satu nickname itu, memandangkan segala fakta dan bukti yang dipaparkan begitu terperinci dan tidak boleh dilakukan sendirian. saya tidak menjangka bahawa pada permulaan blog ini cuma ada dua orang.

oleh itu, maaf dipohon.

saya merupakan pembaca yang sukakan tulisan yang memaparkan kenyataan dengan fakta. blog ini mempunyai elemen ini. selain itu, aidc juga saya kesani tidak emosional serta tidak condong kepada pihak lain yang juga anti-anwar; tetapi semata-mata anti-anwar. pendirian ini menyamai pendirian saya.

itulah sebabnya saya sentiasa mengikuti aidc. moga-moga aidc akan meneruskan apa yang diperjuangkan, dan saya harap semua artikel dan video yang dipaparkan akan didokumentasikan, supaya menjadi khazanah sejarah negara-agama yang dapat membuktikan siapa anwar sebenarnya, jika timbul persoalan satu hari nanti.

dan kalau boleh, saya mahukan satu salinan dokumentasi itu.

wassalam.

AIDC berkata...

salam semua,

Terima kasih kerana sudi memberi komen2 yang membina.

Muhammad Adli setuju artikel di blog ini berfakta. Pendapatnya disokong oleh jamu. pak tam, true heart finder, kumbang, joyah, perkembangan semasa politik tanah air dan adam.

Wok Yoh pula membalas ketidaksediaannya dengan tawaran saya menjadi keluarga blog AIDC kerana mempunyai komitmen lain, tetapi dia berjanji akan sentiasa melawat blog ini dan akan memberikan komen2 yang bernas.

Saya kira, janjinya untuk sentiasa melawat blog ini merupakan satu pengiktirafan dan sudah menjadi ahli keluarga besar blog AIDC, kerana tidak mudah untuk kita meluangkan masa yang sentiasa sibuk dengan urusan harian semata2 utk melawati blgog ini.

Apatah lagi kesediaannya utk memberi komen, merupakan satu komitmen yang amat terpuji.

Memang saya akui, wok yoh mempunyai peminat tersendiri di blog ini hanya berdasarkan komen2nya yang logik, lucu dan bernas. Ada yang berkata daya lihat Wok Yoh lebih dalam drp daya lihat manusia biasa. Dia akan nampak benda2 yang orang lain tidak nampak.

Atas premis itu, ada yang mempelawanya utk menyertai chabt box kerana mahu bersembang dengannya.

nur ilhami pula tetarik dengan kisah blog aidc yang menyimpang drp apa yang disangkanya sebelum ini yang anggap blog ini ditaja.


Selain wok yoh, nur ilhami juga merupakan nick yang biasa memberi komen2 dalam blog ini.

Komen-komennya sentiasa segar dan mengajak kita berfikir di luar kotak.

Secara peribadi saya meminati tulisan dan daya pemikirannya dan insya allah jika ada kesempatan, saya akan ulas apa yang ditulisnya sebagai satu artikel.

Berkenaan permintaan saudara utk mendapatkan salinan dokumentasi, insya allah akan diusahakan.

Diharap sdr dapat berhubung dgn saya atau nora solehah untuk mendapat butiran lanjut.

Kepada semua diucapkan ribuan terima kasih

Amin.

rmh berkata...

yang takut sgt dgn dsai tuh naper?naper x dijuruskan pemikiran yg bagus n tajam tuh utk memikirkan bagaimana utk menjana ide2 yg bagus yg boleh disampaikan kepada kerajaan utk membantu rakyat @ malaysia? usahlah dipikirkan sgt org yg mungkin kita x penah bersenggul bahu umpama dsai mahupun lain2 ahli politik..pikir2kanlah bagaimana nak membantu sedara2 yg terdekat dgn kita..kebajikan adik beradik kita?jiran tetangga?adalah lebih mulai utk berbuat demikian...bagi sy, sblm nak tgk luar kotak, kenalilah dahulu kotak yg kita diami...wassalam...

AIDC berkata...

Setuju dengan rmh, tidak perlu ditakutkan dengan anwar kerana anwar pun tidak pernah menakutkan orang lain terutamanya rakyat yang tidak bersalah.

Rakyat telah membuat keputusan mereka dalam pengundian PRU 12.

Selepas mengundi rakyat mahu hidup seperti biasa, bekerja dan mencari nafkah untuk menjaga anak, isteri dan keluarga serta jika ada duit lebih, rakyat ingin derma kepada masyarakat dan negara.

Itu keputusan yang telah rakyat buat. Rakyat tidak mahu kehidupan mereka diganggugugat dengan spekulasi yang di luar fikiran kotak.

Rakyat juga tidak mahu permainan politik yang berterusan, hingga menakutkan pelabur dan peniaga menjalankan aktiviti harian.

Rakyat telah buat pilihan, tidak perlu goncang dan melawan arus seolah2 menolak takdir dan menolak keputusan majoriti rakyat. Itu sepatutnya pemikiran dalam kotak. Tidak perlu menerjah pemikiran luar kotak, yang belum pasti kebenarannya.

Seumpama kata Anwar, beliau mencintai demokrasi, maka beliau harus mempraktikkan kepada dirinya dan partinya terlebih dahulu.

Tidak perlu impikan hak orang lain dan sanggup melakukan apa sahaja utk mendapatkannya. Sewajarnya telitikan dalam diri sendiri, partinya dan rakan2 kompenannya.

Anwar juga tidak pernah memfitnah orang lain tanpa bukti. Malah beliau tidak pernah menuduh Najib dan Altantunya, kerana tidak ada bukti.

Anwar juga tidak pernah mencerca Tun M tanpa bukti, walau sebiji zarah..

Kerana beliau seorang ahli politik yang berhemah, maka sewajarnya tidak perlu di kalangan rakyat biasa bangkit melondehkan hal dalaman Anwar.

Anwar tidak pernah memburukkan orang lain, kenapa mahu dedahkan keburukan Anwar ? Itu tidak adil dan tidak demokrasi.

Itulah sewajarnya dilakukan, sebelum berfikir di luar kotak, elok difikirkan ke dalam kotak terlebih dahulu.

Amin

miorshafizul berkata...

saya cukup sedih dgn orang melayu kita masa kini....tak abih abih kena kelentong dengan anwar...biarlah penyokong2 anwar terus dikelentong..
yang pastinya...bangsa melayu kini
sudah mula di pijak kepala nya..

wokyoh berkata...

anwar tak masuk dalam kotak...dia suka main luar kotak.dia juga suka parking dalam petak kuning dan juga tempat no entry.dia juga suka masuk dalam kotak yang sama jenis dengannya.tu sebab rakyat biasa pun jadi terikut ikut berfikir luar kotak...harapkan nik aziz,hadi dan orang orang alim di malaysia ni...dia orang hanya percaya main dalam kotak je...walaupun ramai orang alim alim bila setiap hujung bulan 5 hingga 7 hari..mereka juga main separa kotak!!!...orang lain tak tahu cuma tuhan dan kotak saja yang tahu....

hilbertmontell berkata...

setelah saya baca artkikel yang ini, baru sekarang faham sebenarnya blog ini bukan anwar ibrahim yang punya. syabas AIDC, dengan ni tak payah lah saya nak ragu-ragu lagi jika nak bagi pendapat tentang anwar tu... Hari-hari wan azizah bawa kipas, tak juga sejuk2 anwar tu..memang panas terus...tu tanda-tanda ada dosa lah tu...buat bohong banyak, tipu orang sana-sini, sakit belakang konon

~MataHatiJohor~ berkata...

Hai Kotak... Kotak... Dalam Kotak... Luar Kotak... Dalam @ Luar Kotak Anwar Tak Suka. Anwar Suka BELAKANG Kotak.

Saya baru dapat satu cerita tentang Anwar Ibrahim ketika berhari raya di rumah emak angkat saya di Sungai Bakap, Pulau Pinang, malam tadi. Emak angkat saya ini saya kenal ketika saya belajar di Masriyah, Bukit Mertajam 18 tahun yang lalu. Beliau adalah seorang AJK Wanita UMNO Bahagian. Pada mulanya saya sangkakan beliau adalah penyokong Anwar.

Apabila saya tanyakan pandangannya tentang kes liwat Anwar, beliau berkata beliau percaya Anwar memang melakukannya. Beliau mendakwa mengenali keluarga Anwar Ibrahim. Abang Anwar bernama Rani pernah bersembunyi selama beberapa bulan dirumahnya bersama seorang wanita (kemudian menjadi isterinya).

Kenyataan pertamanya adalah : Bapa Borek Anak rintik. Bapa Anwar Datuk Ibrahim pernah buat hal dengan pembantu rumah dan kemudian mengahwininya.

Katanya, menurut Rani (Abang Anwar): 1) Anwar terlibat dengan liwat sejak bersekolah (MCKK). 2) Semasa kes Liwat pertama kali disebut, Ibunya pernah berkata : "Tak taubat-taubat lagi budak tu." 3) Wan Azizah memang tahu akan perbuatan Anwar itu tetapi terpaksa mempertahankan suaminya kerana malu.

Sekian.

wokyoh berkata...

kawe ghoyat doh...demo semua tok cayo........nuar dari keluarga yang punah ranah.....abang dia kaki bawa lari pompuan...nuar pun dulu bawa lari zizah.... kawin lari....nuar liwat lama doh...dah jadi tabiat....zizah tahu....tapi malu nak ngaku....tu sebab dia dah simpan gambar saiful depan pejabat tpm dlm handphonenya..kerana zizah dah agak...benda tu semua akan berlaku....zizah bukan bodoh...dia seorang doktor...doktor mata pulak tu...lagi la dia nampak...

satu lagi benda yang orang susah nak percaya...anwar sedang sakit...
personality disorder with psikosis symptoms.
tunggulah...satu hari nanti...bila zizah hilang tahap kesabarannya dengan nuar...dia akan buat kenyataan yang mengejutkan dan akan menyedarkan semua.pada waktu itu..nuar akan hancur sehancurnya...
semoga zizah sedar dan tidak selamanya hanyut bersama orang yang rosak akhlaknya...

Betau2Boston berkata...

Assalamualaikum
Kenapa umat islam sekarang ini suka membuka aib sesama umat islam yang lain. JIka benar anwar ibrahim bersalah, tidak perlulah membabitkan perihal arwah bapa dan abangnya. Kenapa kita perlu menyelonkar aib orang?????? Banyak2 bertaubat. Sesungguhnya Allah Taala maha pengampun...........

kedahan berkata...

Salam,

Mungkin betau2boston dapat menasihatkan geng pkr di Trangnukite pasal hal yang sama juga. Saya bukan penyokong Najib tetapi gambar altantuya yg telah superimpose dgn najib telah dilakukan oleh Tian Hua, kenapa tidak disebarkan kepada orang ramai tentang pengetahuan yg gambar itu palsu. Anwar juga telah memfitnah Rosmah , mungkin nasihat ini juga elok kepada Anwar. Sekiranya Anwar tidak bermain kotor, saya rasa blog ini tidak wujud. Dikatakan sekali lagi, saya bukan memihak pd Najib atau UMNO tetapi saya tidak mahu Anwar

Ahmad Zack berkata...

Terima Kasih Blog AIDC... moga usaha anda dirahmati Allah SWT...

nur ilhami berkata...

salam aidc,

ringkas saja kali ini. terima kasih kerana menghargai buah fikir saya yang tidak seberapa itu.

tentang dokumentasi itu, ini emel saya: nur.ilhami@gmail.com

harap dapat balasan positif daripada pihak aidc.

teruskan usaha. perkara yang baik dan benar pasti diberkati Tuhan.

wassalam.