MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Nov 2008

Shabery dakwa media asing ragui Anwar



Shabery dakwa media asing ragui Anwar


Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menyifatkan akhbar dan majalah asing sudah mula meragui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gemar berbohong demi kepentingan politiknya.

Beliau berkata ianya berikutan kegagalan Anwar untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang baru pada 16 September lepas menybabkan masyarakat luar mula meraguinya. Beliau turut berpendapat permainan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah membunuh kepercayaan masyarakat asing terhadapnya.

‘‘Mungkin orang luar dulu tidak kenal Anwar dan menganggap setiap kenyataan pelik yang dibuatnya ada membawa satu nilai berita yang tersendiri untuk diperbesarkan. Tetapi, setelah kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan pada 16 September dan meminta sidang khas Parlimen pada 23 September lalu, majalah dan akhbar luar negara sudah mula mempertikaikan mengenai kewibawaan beliau,” katanya.

Shabery turut menyatakan setelah Anwar kerap kali bercakap bohong, orang ramai sudah mula bosan dengan telatah beliau itu.

sumber–Malaysia Today




Tiada ulasan: