MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Nov 2008

Tukar kerajaan pusat tahun depan, dakwa AMK



Tukar kerajaan pusat tahun depan, dakwa AMK


Abdul Rahim Sabri | Nov 28, 08 11:26am
Angkatan Muda Keadilan (AMK) yakin projek pertukaran kerajaan persekutuan yang dipelopori oleh penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berjaya tahun depan, kata ketua pergerakan itu Shamsul Iskandar Md Akin.

"Fajar akan menyingsing tahun hadapan," katanya.

Menurutnya lagi, Anwar yang juga ketua pembangkang telah berjaya membina kesediaan mentaliti rakyat untuk melakukan perubahan kerajaan persekutuan melalui ura-uranya untuk berbuat demikian menjelang 16 September lepas.

Bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan sehingga Anwar dituduh bermain-main dengan dakwaannya itu atau cuba berbohong kepada umum.

Shamsul Iskandar mengakui menukar kerajaan pusat bukan satu tugas mudah dan menafikan projek tersebut telah gagal atau janji kosong Pakatan.

"Kalau beliau (Anwar) berjanji tetapi tidak laksanakan, tidak berusaha (ke arah itu), boleh dianggap beliau berbohong," katanya, dengan menambah Anwar dan Pakatan telah mencuba beberapa langkah termasuk mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mengusulkan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen.

Beliau percaya isu pertukaran kerajaan akan dibangkitkan oleh para perwakilan AMK dalam kongres sehari pergerakan itu di Stadium Melawati, Shah Alam hari ini.

Mengulas kebimbangan PKR dan kerjasama Pakatan Rakyat akan hilang arah tanpa Anwar, beliau berkata usaha sedang berjalan untuk melahirkan generasi pemimpin pelapis bagi berdepan senario sedemikian.

Tambahnya, beliau juga yakin pemimpin pelapis sudah wujud dalam PAS dan DAP bagi berdepan dengan senario penggantian generasi pemimpin atasan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang atau Karpal Singh.

"Kita harus optimis, ramai pasukan pelapis di kalangan pimpinan PKR (dan Pakatan) dianggotai oleh orang muda," katanya.

Beliau memberi contoh Timbalan Presiden PAS Nasarudin Mat Isa, Naib Presidennya Datuk Husam Musa, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ahli parlimen DAP bagi Puchong, Gobind Singh Deo antara tokoh-tokoh yang boleh memimpin Pakatan Rakyat dalam masa akan datang.

sumber - Malaysiakini

5 ulasan:

Unknown berkata...

Parlimen dah bersidang lama dah wahai DSAI yang bijaksana...

Alasan apa lagi nak digunapakai nak gula-gulakan rakyat?

Medan Parlimen dah ada,tunggu apa lagi?

Jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama orang tak percaya!!!

Saya ni bukanlah pandai undang-undang tapi hasil kajian dan pandangan pengamal undang-undang Perlembagaan...tiada sebab mengapa usul tidak percaya tidak boleh dibentangkan di Parlimen pada masa sekarang, Pembentangan dan Perbahasan Bajet 2009 pun dah selesai.

Nampaknya Datin Seri Wan AZizah lagi 'jantan' daripada DSAI.sekurang-kurangnya semasa DSWA jadi Ketua Pembangkang, ada jugak usul di bawa ke perhatian Yang Dipertua Dewan.

DSAI memang seorang orator yang bagus tapi hanya sebagai crowd puller.tetapi dari segi isi dan perlaksanaan,rasanya ramai lagi pemimpin yang lebih baik.

Satu lagi yang sya agak hairan,DSAI pada zaman kegemilangannya di dalam UMNO berdentum dewan dan Parlimen dengan seruan masyarakat Madani,ayat Al-Quran dan Hadith tidak pernah lekang dari mulut tapi sekarang antara penyokong Demokrasi ala Amerika dan fahaman Islam Liberal...

Bak lagu Tan Sri S.M Salim : Apa dah jadi? Samapai sekarang tak jadi-jadi.

LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Kepada Shamsul Iskandar(Sam)

Janganlah kerana nak memerangi rasuah orang yang pro Amerika(Anwar) nak dinaikkan jadi P.M

dhomirhahs berkata...

yeah .. mari mengira kembali ..

" we have the numbers"

Unknown berkata...

Sidang tergempar?

Alih-alih usul Bajet 2009 juga.

Nampak sangat Anwar sendiri pun tak yakin nak adakan sidang tergempar / usul undi tidak percaya di Parlimen.

Alih cerita pulak, kononnya krisis ekonomi. Sejak bila pula Anwar nak ambil tahu pasal masalah negara. Sedangkan cita-citanya hanyalah nak jadi PM. Tak kiralah guna jalan 'belakang' pun.

Atau Amerika dah tak ada duit nak taja Anwar? Sebab itu alihkan isu krisis ekonomi pula.

Macam-macamlah Anwar lidah bercabang ni.

Shamsul Iskandar > Fajar tetap menyinsing selagi dunia ini tidak kiamat.

16 September sudah pun menyinsing...udah-udahlah nak bagi harapan lagi...rakyat Malaysia dah bosan

add berkata...

Lagu tu dah depa-depa ni. lepaih 16 sept,raya haji,bila dah nak dekat raya, tahun depan pulak,lepaih ni nuar sondol tu akan kata kita tubuh lepaih pilihanraya kecil KT la pulak. Nuar ni sebenaqnya dah jadi PM dah... Pak Mertua (PM)..wa ka ka