Jimadie Shah Othman | Nov 28, 08 10:38am
Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali mengakui terdapat anggota parti itu yang percaya terhadap tuduhan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong tentang projek pembentukan kerajaan baru peringkat persekutuan 16 September lalu.
"Tidak ramai yang mempercayai propaganda (media arus perdana) ini.
"Malangnya saya lihat ada juga segelintir paling kecil anggota PKR, termasuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta Wanita PKR, yang termakan oleh propaganda murahan ini," katanya sewaktu merasmikan kongres dua sayap utama parti itu di Stadium Malawati, Shah Alam pagi ini.
Bagaimanapun, menurutnya, sebilangan besar rakyat, dan hampir semua anggota parti dalam Pakatan Rakyat tetap mengharapkan projek itu menjadi kenyataan setidak-tidaknya dalam pilihanraya umum akan datang.
"Saya tahu bahawa seluruh anggota parti dan rakyat yang mahukan perubahan yakin Anwar becakap benar tentang bilangan Anggota Parlimen yang hendak berpindah itu cukup," katanya.
Pemimpin nombor dua dalam PKR itu berkata demikian ketika menjawab tuduhan terhadap pemimpin Pakatan bahawa Anwar berbohong tentang bilangan ahli-ahli parlimen BN yang hendak melompat kepada gabungan pembangkang bagi menumbang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dr Syed Husin berkata, dakwaan yang dibuat melalui media milik parti BN juga mendakwa projek itu gagal kerana Umno-BN serta pimpinan parti itu kuat dan bersatu-padu.
Mengulas projek pembambilalihan kuasa itu, Dr Syed Husin menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan "perpindahan kuasa belum dapat dilaksanakan".
"Kita tahu ramai telah memberi surat pengakuan atau menyediakan surat sumpah akan berpindah. Namun ada yang takut (mereka) mungkin disekat apabila diperlukan bangun dalam Parlimen untuk membuktikan sokongan kepada sebarang usul yang dikemukakan pihak Pakatan," katanya.
Dr Syed juga mendakwa ahli-ahli parlimen itu menerima tekanan dan ugutan yang kuat, antaranya daripada polis Cawangan Khas (SB) yang "sepanjang masa bertunggu bertangga mengawasi segenap pergerakan mereka (ahli parlimen BN)".
Selain itu, katanya lagi, percubaan pemimpin Pakatan hendak bertemu perdana menteri bagi meminta sidang khas Parlimen diadakan bagi membincang dan memutuskan pelan perpindahan kuasa itu sentiasa ditolak.
"Memandangkan segala hambatan dan halangan ini, maka perpindahan kuasa belum dapat dilaksanakan lagi. Tetapi ini bukannya bermakna ia gagal dilaksana buat selama-lamanya," katanya.
Dr Syed Husin menjangkakan Anwar dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menyentuh lanjut perkara itu dalam ucapan masing-masing di kongres tahunan kelima PKR selama dua hari yang bermula esok.
Wan Azizah pagi esok akan menyampaikan ucapan dasar beliau bertemakan 'Harapan Baru', sementara Anwar sebagai ketua umum PKR akan turut menyampaikan ucapannya selepas itu.
sumber - Malaysiakini
5 ulasan:
bodoh lah sapa yg buat vedio ni jadi rosak,jgn percaya kat dalam blog ni semua..........anwar akan jadi p.m malaysia tak yah denki2 la.elok anwar dari umno dan lagi satu,baik anwar berkawan gan kafir dari umno yg islam perangai serupa anjing hehehe,anjing pun lebih baik lah dari perasuh umno.raktay tak kisah bila pun nak tukar kerajaan ni,tapi dah tahu anwar p.m baru pru13...fahaM
haha.. nasir .. nasir ..
meh kita coundown sama sama .... sampai ke tua ..
Lagi bodoh siapa yang percaya anwar akan jadi Pm contohnya macam encik nasir ni.
Siapa sebenarnya yang dengki? orang yang nak jadi PM tu la yang dengki kononnya dia saja yang boleh perintah dengan baik, adil, telus dsb. Kalau dia tak dengki dengan PM sekarang, kenapa mewar-warkan seluruh dunia dia akan jadi PM? Sedar dirilah anwar, hang dah tua kerepot..dah tak laku
Bagus betul statement en nasir ni..lebih baik kawan dengan kafir drpd UMNO.
Sekarang saya nak bagi statement pulak > lebih baik jangan kawan dengan orang PKR..lebih baik kawan ngan mak nyah/gay/lesbian.Perangai orang PKR macam babi..sondol sesuka hati jer..walaupun ada mata,tapi tak dapat melihat dengan baik (dahlah Gus Dur kawan baik anwar cacat penglihatan-takkan org PKR pun nak jadi macama tu jugak?)
Ada ke boleh kata anjing tu baik...dah nama anjing jahat la bahlol oii..kalau terpegang menatang tu pun kena samak.tak tahulah en nasir ikut fahaman Islam mana. Islam liberal kot???
Kalau anjing tu pun boleh main duit, akan ada jugak di kalangan menatang anjing yang rasuah.
Bukan kata UMNO je yang rasuah.. PKR tu tak ada rasuah? PAS tak ada rasuah?
Lupa cheq...PKR tak main rasuah duit..habuan seks sebagai sedekah. Fuyo, lagi nikmat dari duit tu. Sedekah tu..tak payah pergi cari GRO.
Tunggulah sampai anwar tumbuh tanduk, kerajaan anwar tak kunjung tiba jugak.
Sebenarnya anwar dah lama tumbuh 'tanduk', cuma tak nampak jer..tanduk anwar lebih dahsyat dari tanduk kambing. Tanduk setan bermata satu?????
kepala hotak kau!
ini la pemikiran orang bodoh macam anjing2 Pakatan Rosak!
kawan dengan KAFIR lagi baik?..hahahahaha..nak samakan kafir dengan umno lagik..hahahahaha..
kau telan saja la kencing2 pemimpin kau tu!..
aku dulu pun pro-PR...tapi asyik2 kena tipu saja dengan propaganda MACAM GEMPAK dari pemimpin2 kau tu...satu habuk pun takda hasil...nak tukar kerajaan konon..cakap bulih la sampai mulut berbuih2..sampai sekarang satu hapa pun takda hasil..
bengap & bodo punya totok pakatan..
Sebab itu PKR @Party Kerajaan Khinzir terhebat! Sebab mereka lebih rela bersekongkol dengan babi yang haram tuh dari UMNO!Baguslah tuh...itulah mentaliti penyokong2 Parti Khinzir Rakyat khasnya ternyata dengan kenyataan pengomen yang bernama Nasir spt diatas ...
Nanti bila you mati tanam aje sebelah kandang babi,tanah jugak kan...
Catat Ulasan