MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Nov 2008

Anwar janji Harapan Baru selepas harapan 16 Sept berkecai..



Anwar janji Harapan Baru selepas harapan 16 Sept berkecai..


Oleh: ROSLAN BIAN

Setelah harapan membentuk kerajaan Pusat melalui pintu belakang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini menjanjikan ‘Harapan Baru’ kepada penyokong-penyokong parti itu melaui tema Kongres Nasional Tahunan ke lima, PKR mulai Jumaat hingga Ahad ini.

Kongres itu bakal menyaksikan perwakilan daripada 110 Bahagian seluruh negara hadir dan secara tidak langsung ia akan menjadi perhimpunan kongres terbesar pernah dianjurkan.



Dianggarkan lebih 2000 perwakilan Bahagian akan berkumpul di Stadium Malawati, di Shah Alam, tempat Kongres berkenaan akan diadakan.



Namun yang peliknya, seorang ahli parlimen PKR bila ditanya Agendadaily mengenai kongres menjawab penuh kebingungan sama ada akan hadir ataupun tidak.



“Kalau hadirpun hanya punch card atau tunjuk muka,” katanya sambil menjelaskan beliau bukanlah perwakilan walaupun ahli parlimen parti itu.



Timbul persoalan, jika ahli parlimen bukan perwakilan dan tidak dianggap pemimpin utama dalam parti yang dinasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim, siapa sebenarnya lebih 2,000 perwakilan yang dimaksudkan Setiausaha Agung PKR Sallehuddin Hashim.



Tidak hairanlah jika PKR menjangkakan kongres ini bakal terbesar dalam sejarah parti itu kerana ini adalah kali pertama selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu serta pertama kali sejak Anwar yang juga Ketua Umum PKR dipilih Ketua Pembangkang.



Kongres itu pastinya membuka ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti secara umum, dan polisi pentadbiran negeri pakatan rakyat secara khususnya.



Kedua-dua sayap penting parti, Angkatan Muda (AMK) dan Wanita yang memulakan kongres masing-masing secara berasingan pada Jumaat pasti akan penuh usul-usul dan pertanyaan yang perlu dijawab oleh pemimpin utama PKR.



Agenda politik dan ekonomi yang dilihat sebagai isu utama yang dihadapi negara masa kini juga pasti dibangkitkan dalam kongres itu selain isu-isu lain seperti sosial, pendidikan dan agama dijangka akan disentuh dalam ucaptama Presiden, Dr Wan Azizah Wan Ismail, pada Sabtu.



Bagaimanapun, soal pembahagian kuasa dalam saf kepimpinan PKR sudah mula dibangkitkan oleh AMK dan Wanita PKR yang masing-masing menuntut peranan dan tambahan kerusi dalam parti itu.



Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dilaporkan masih belum berpuas hati kerana kira-kira 40 peratus sahaja tenaga muda PKR diberikan peranan, setakat ini.




"Saya masih tidak berpuas hati, saya masih tidak berpuas hati. Sebab itu kita menggunakan saluran-saluran yang positif untuk memberitahu kepada (kerajaan) negeri (berhubung peranan pemuda)," katanya dalam satu interbiu, baru-baru ini.




Tambahnya, generasi muda PKR menyuarakan hasrat mereka untuk diberikan ruang berperanan yang lebih besar dan aktif dalam pentadbiran di lima kerajaan negeri.




"Pada saya ia merupakan satu permintaan yang adil kerana kita harus menunjukkan bahawa setelah generasi muda dalam pilihanraya yang lalu (mengundi Pakatan), generasi muda memainkan peranan penting yang menjadi faktor kemenangan utama apabila mereka membuat keputusan untuk tidak lagi mengundi UMNO dan Barisan Nasional.



Wanita PKR pula mahu menuntut sekurang-kurangnya satu daripada lima jawatan utama di semua peringkat tertinggi parti termasuk bahagian, kata ketuanya Zuraida Kamaruddin.




Beliau berkata, wanita mahu sasaran 30 peratus pembuat keputusan dicapai dalam PKR seperti di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi dan badan perhubungan negeri.




"Ia harus dimulakan di peringkat pusat, kemudian diterapkan di bahagian-bahagian," katanya yang turut akan mencadangkan usul mana-mana pemimpin atau wakil rakyat PKR yang terbabit skandal seks dan rasuah dipecat atau meletak jawatan.





Bagaimanapun, banyak perkara bakal ditanya perwakilan selain kira-kira 75 usul yang sudah dikemukakan di peringkat bahagian di seluruh negara.



Antaranya, perwakilan pasti mahu jawapan mengenai kegagalan pakatan rakyat mengambil alih kerajaan melalui pelan 16 September serta benarkah rancangan itu dapat dilaksanakan sebelum Hari Raya Aidil Adha ini.



Sama ada Anwar mahupun Wan Azizah, mereka harus berterus terang mengakui kegagalan itu walaupun hampir seluruh negara seperti percaya pakatan rakyat dapat membentuk kerajaan baru membabitkan perkongsian kuasa dengan rakan-rakan dari PAS dan DAP.



Isu kelantangan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkilfi Nordin yang mengetuai demonstrasi membantah penganjuran forum ‘Peluk Islam’ anjuran Majlis Peguam juga pasti berbangkit.



Perwakilan mungkin mahu mengetahui apakah tindakan akan diambil terhadap Zulkifli yang lantang memperjuangkan Islam dan orang Melayu tetapi mahu dikenakan hukuman semata-mata PKR mahu menjaga hati DAP yang mendesak perbuatan Zulkfli dikenakan tindakan sewajarnya.



Ini belum mengambil kira perasaan sesetengah pemimpin PAS yang sudah meluahkan kekecewaan terhadap PKR yang dilihat lebih ‘menyanyangi’ DAP dalam beberapa isu kebelakangan ini terutama di negeri-negeri yang dikuasai tiga parti tersebut.



Bagaimanapun, perwakilan harus melupakan hasrat untuk melihat parti itu diterajui Anwar. Ini kerana sudah ada pimpinan parti itu menyatakan tiada peralihan kuasa presiden PKR daripada Wan Azizah kepada suaminya Anwar.



Alasannya, Anwar sudahpun menjadi Ketua Umum PKR selain Ketua Pembangkang dan tidak harus dibebani dengan banyak jawatan selain menunggu jawatan Perdana Menteri yang kini masih dalam cadangan pakatan rakyat.



Namun, jika melihat lebih ke dalam atau berkongsi pendapat dengan pemikir politik, Anwar pasti mahu Azizah kekal sebagai Presiden PKR kerana parti itu diasaskan oleh mereka.



Dengan jawatan itu jugalah Wan Azizah sebelum ini bangkit berjuang mahu membebaskan Anwar daripada penjara, berdemonstrasi malah berjaya memenangani beberapa kerusi dalam pilihan raya umum ke 11 pada 2004.



Kini Anwar masih berdepan kes mahkamah apabila bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat ahli parlimen Permatang Pauh itu.



Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful, di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lalu.




Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000.





Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar pada 5 dan 6 Februari depan untuk mendengar permohonan pihak pendakwa itu.



Andai kata keputusan perbicaraan tidak memihak kepada Anwar dan beliau kembali ke penjara, Wan Azizah masih mempunyai platform untuk bangkit berjuang mengulang sejarah kira-kira 10 tahun lalu bagi membebaskan suaminya.



Apakah ini menjanjikan Harapan Baru kepada penyokong-penyokong PKR atau hanya harapan Anwar bagi memastikan kesinambung politik beliau, keluarganya dan beberapa rakan karibnya sahaja terutama Azmin Ali?.



Apapun tepuk dada, tanya selera dan selamat berKONGRES kepada perwakilan PKR.- 28/11/2008

sumber-Agendadaily.com






4 ulasan:

Truth prevails berkata...

What hppnd to the statement since April 08 " we have the numbers and The numbers keep on increasing by hours....lemme see,april..may..jun..july..august..sept..
..oct...nov....dec...Jan 09,Feb,March,April....yeah you are right Al-Juburi,the numbers would be more than 500% by the time you become the premier! Keep dreaming...

taipingmali berkata...

Penghujung riwayat PKR ialah dengan kematian Anwar di dalam penjara kerana racun-racun yang 10 tahun lalu masih berbisa. lol

Unknown berkata...

hahaha..nak tergelak dengar slogan 'Harapan Baru'

Memang 'Harapan Baru'...Harapan Baru untuk menipu ahli PKR lagi setelah satu harapan demi harapan musnah.

Memang patut pun AMK & Wanita rasa tidak puashati tenang peranan & agihan kerusi yang mereka dapat.

Golongan 'veteran' ni nak merasa dulu pangkat, wang ringgit & nama. Mereka dah tunggu lama,alih-alih tahun 2008 barulah nampak hasil setelah sekian lama berjuang untuk anwar.

Jangan bimbanglah AMK & Wanita, golongan 'veteran' ni pun bukannya hidup lama lagi, contohnya macam syed husin ali, gelak pun dah bunyi macam tercekik tulang ayam.

Mereka semua ni 'down', hang pakat-pakat ambillah jawatan yang dok berebut tuh. Korang takpe, muda lagi. Masih ada peluang lagi. Depa yang 'veteran' ni tunggu masa jer. Biarkan hajat depa kesampaian...

UMNO PARTI PENJARA berkata...

saya nasihatkan pak anwar ni...
janganlah lebih2 :-)









Papan Tanda Kat Negara Kita Dah Sengetlah :-)
http://pro-faizal.blogspot.com