MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Nov 2008

Retreat PR, tidak sentuh pelan bentuk kerajaan



Retreat PR, tidak sentuh pelan bentuk kerajaan


oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Retreat Pakatan Rakyat malam tadi, yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 tidak menyentuh soal sasaran rancangan pembangkang untuk membentuk kerajaaan persekutuan yang tidak menjadi kenyataan dua bulan lalu.

Sebaliknya, pertemuan kira-kira dua jam itu yang berlangsung di ibu negara, telah membincangkan perkembangan semasa membabitkan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.


Difahamkan ia juga ada menyentuh perkembangan semasa dalam Barisan Nasional (BN) dan Umno.


Hasil perkembangan retreat itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan kedua seumpama dalam tempoh dua minggu lagi.


Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, pihaknya telah membincangkan mekanisme untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.


"Wakil-wakil yang hadir telah mencadangkan pelan dan struktur memantapkan hubungan dalam Pakatan Rakyat. Sehingga kini hubungan sesama komponen Pakatan Rakyat tetap kekal seperti biasa tanpa masalah," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu ketika dihubungi malam tadi.


Pertemuan sulung Pakatan Rakyat itu, yang dihadiri kira-kira 60 ahli Parlimen dan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut menyentuh perkembangan politik tanah air termasuk perkembangan dalam Umno dan BN, kata Tian Chua.


Namun beliau enggan mengulas lanjut aspek tersebut.


Bagaimanapun jelas beliau, antara lain pertemuan tersebut telah memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa mengenai hak asasi manusia.


Sementara itu, ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, pertemuan komponen Pakatan Rakyat semalam adalah bagi mewujudkan kerjasama erat antara komponen pembangkang itu.


"Ini adalah satu perjumpaan muhibbah antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang berbilang bangsa dan kami semua seperti sebuah keluarga.


"Selain itu kami mahu hubungan erat pelbagai masyarakat dalam Pakatan Rakyat ini menjadi contoh kepada kerajaan Barisan Nasional dan Umno," katanya.


Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada pertemuan semalam turut membincangkan tentang peralihan kuasa.


Bagi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau tutut enggan mengulas mengenai perkara-perkara yang dibincangkan dalam pertemuan di ibu negara semalam.


Pertemuan itu dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.


Ia dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di Parlimen dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.


Ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak hadir.


Dalam pada itu, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Ketua Pemuda PAS yang turut hadir enggan mengulas atas alasan pertemuan diadakan secara tertutup.


Semalam Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution berkata, pertemuan informal itu antara lain bertujuan membincangkan usaha merapatkan ikatan wakil-wakil rakyat pembangkang.


Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pertemuan peringkat Pakatan Rakyat ini adalah susulan retreat yang diadakan PAS di Langkawi dua minggu lalu dan PKR di ibu negara minggu lalu.


Pakatan Rakyat diumumkan pembentukannya selepas pembangkang menafikan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.


Anwar pula dipilih Ketua Pembangkang menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selepas memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos lalu

sumber - Mstar online

Retreat sulung Pakatan di ibu negara hari ini


Oleh G.MANIMARAN


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat, ikatan pembangkang yang ditubuhkan April lalu, mengadakan retreat - yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12, di ibu negara hari ini.

Pertemuan informal itu yang disertai ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antara lain bertujuan membincangkan usaha merapatkan ikatan wakil-wakil rakyat pembangkang.


mStar Online difahamkan pertemuan ini bertujuan menyusun strategi Pakatan Rakyat untuk menghadapi beberapa isu semasa termasuk isu sasaran 16 September dijangka menjadi tumpuan.


Ia merupakan siri pertemuan dua kali. Pertemuan kedua dijadual diadakan minggu depan.


"Pertemuan hari ini adalah retreat yang pertama sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang... mahu adakan group binding, bertujuan merapatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat," kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution kepada mStar Online.


Saifuddin yang juga anggota Sekretariat Pakatan Rakyat berkata, majoriti ahli Parlimen pembangkang akan menghadiri pertemuan hari ini.


"Kira-kira 10 ahli Parlimen tidak dapat hadir hari ini, ada yang kini berada di luar negara.. di Kuwait, Paris dan sebagainya," katanya.


Pakatan Rakyat diumumkan pembentukannya selepas pembangkang menafikan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.


Anwar pula dipilih Ketua Pembangkang menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selepas memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos lalu.


Anggota komponen Pakatan Rakyat kini terdiri daripada PKR, DAP dan PAS melibatkan 81 anggota.


PKR mempunyai 31 anggota di Dewan Rakyat, DAP (28) dan PAS pula 22.


Kini, Barisan Nasional (BN) mempunyai 138 kerusi. Tiga lagi kerusi adalah milik Bebas termasuk dua yang dipegang Parti Maju Sabah (Sapp).


Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pertemuan peringkat Pakatan Rakyat ini adalah susulan retreat yang diadakan PAS di Langkawi dua minggu lalu dan PKR di ibu negara minggu lalu.


"Ini retreat peringkat Pakatan Rakyat, melibatkan ahli-ahli Parlimen," katanya.


Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada pertemuan hari ini akan membincangkan aspek-aspek berbangkit, yang berkaitan dengan soal sasaran menubuhkan kerajaan persekutuan yang tidak menjadi kenyataan 16 September lalu.


"Itu saya tidak mahu saya sebut," katanya.


sumber - Mstar online


2 ulasan:

Anak Melayu berkata...

dah tahu dah kalah...hentikan impian kosong anda pakatan rakyat...

Anak Melayu berkata...

dah tahu dah kalah...hentikan impian kosong anda pakatan rakyat...