Oleh Zakaria Abdul Wahab
SINGAPURA, 9 Nov (Bernama) -- Singapura, yang majoriti penduduknya berbangsa Cina, mungkin mempunyai perdana menteri daripada kaum minoriti suatu hari nanti, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Bagaimanapun, perkara itu tidak mungkin berlaku dalam tempoh terdekat, kata Lee pada sesi dialog bersama kira-kira 350 pemimpin peringkat akar umbi Melayu di sini semalam, yang dipetik oleh media tempatan.
Lee menyatakan perkara itu apabila diminta mengulas keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini, yang menyaksikan Barrack Obama dipilih sebagai rakyat kulit hitam pertama menjadi pemimpin negara berkenaan.
"Bolehkah kita mempunyai perdana menteri bukan daripada bangsa Cina, seorang Melayu-Islam suatu hari nanti? Ini satu kemungkinan. Adakah ia akan berlaku tidak lama lagi? Saya tak fikir begitu kerana seseorang itu perlu menang dalam pengundian terlebih dulu," kata Lee.
Beliau berkata wujud sentimen seperti siapa yang mengundi siapa dan kaitan yang wujud antara pemilih dan orang yang dipilihnya, yang tidak akan luput sepenuhnya dalam tempoh terdekat ini, sekali pun mungkin ada pihak yang berharap perasaan ini tidak wujud lagi.
Lee berkata kemenangan Obama tidak bermakna soal bangsa tidak lagi menjadi isu di Amerika Syarikat kerana keputusan pilihan raya itu menunjukkan bahawa calon Republikan John McCain meraih sebahagian besar undi daripada bangsa kulit putih, manakala Obama pula menerima undi daripada pengundi berbangsa Latin, Asia dan Afrika.
Katanya, realiti yang wujud di Singapura ialah pola pengundian berasaskan kaum akan berkekalan.
Beliau berkata walaupun keadaan hari ini amat jauh berbeza daripada yang wujud dua atau tiga dekad lepas, namun masih sukar untuk melihat wujudnya sesuatu jawatan yang bebas daripada sentimen bangsa dan agama.
Bagaimanapun, katanya, pemimpin tempatan perlu lebih mengutamakan kepentingan nasional daripada kepentingan bangsa masing-masing.
Inilah sebabnya, tidak wujud amalan di mana seseorang Anggota Parlimen dipilih bagi mewakili kepentingan bangsa masing-masing, seperti di Malaysia dan New Zealand, kata Lee.
Menjawab soalan sama ada pemimpin tempatan menghadapi masalah untuk mengimbangkan kepentingan kaum masing-masing dengan kepentingan negara, Lee berkata: "Kalau dia berbangsa Cina, saya akan bertanya kepadanya adakah dia seorang rakyat Singapura yang kebetulan berketurunan Cina atau adakah dia seorang berbangsa Cina, yang kebetulan tinggal di Singapura?"
Beliau berkata Singapura tidak sama dengan Malaysia kerana republik ini tidak mempunyai "kerajaan gabungan di mana terdapat parti Cina, parti Melayu dan parti India dan kemudian kita cuba mendesak dan melihat siapa yang mampu mendesak dengan lebih hebat".
Singapura juga tidak berniat untuk menuju kepada sistem perwakilan berasaskan nisbah seperti yang diamalkan di New Zealand, di mana segelintir Anggota Parlimen yang dipilih bagi mewakili kaum Maori, boleh mengenakan harga setiap kali kerajaan ingin mendapatkan sokongan mereka, kata Lee.
"Saya rasa amalan ini tidak sesuai dengan Singapura. Di Singapura, apabila anda dipilih, anda perlu berfikir tentang kepentingan Singapura," katanya.
Mengenai kesulitan mencari orang Melayu yang memiliki bakat kepimpinan, beliau berkata perkara itu sukar ditemui dalam semua kaum.
Walaupun jumlah orang Melayu yang berbakat telah banyak bertambah berbanding sebelum ini, namun jumlah ahli profesional Melayu seperti doktor, peguam dan jurutera, masih kecil berbanding purata nasional, katanya.
sumber - bernama
9 ulasan:
di singapura pun tidak boleh. ada hati mahu di Malaysia..perkataan satu hari nanti hanya janji retorik semata-mata..bumiputera tertindas di tempat sendiri di Singapura..gerakan melemahkan minda kaum minoriti sudah lama dirancang dan dilaksanakan di Singapura hasilnya...bumiputera menduduki carta paling tinggi masalah sosial di singapura walau pun menjadi minoriti..tahniah Singapura... jangan cuba mahu mengajar Malaysia... anda sudah terkenal zalim seperti Amerika..menggunakan sumber Malaysia dan Indonesia serakus-rakusnya untuk mengukuhkan ekonomi anda
wassalam
p/s:kalau tak silap nuar ada ke singapore hari tu...buat apa ya?
Salam Bro...
Kenyataan beliau ni hanya nak ambik populariti daripada senario politik Amerika Syarikat yang dah pecah tradisi......
Sumandak dah pernah pigi kat Sinagapura kalo nak tengok layanan dia kat kaum minoriti ni sedih dan sebak Sumandak tengok....
Ape pun diharap orang Melayu kat sana cekal dan tetap berjuang demi mempertahankan sebenarnya hak mereka yang telah dijajahi baik dari segi kehidupan dan minda mereka....
Salam Bro...
Kenyataan beliau ni hanya nak ambik populariti daripada senario politik Amerika Syarikat yang dah pecah tradisi......
Sumandak dah pernah pigi kat Sinagapura kalo nak tengok layanan dia kat kaum minoriti ni sedih dan sebak Sumandak tengok....
Ape pun diharap orang Melayu kat sana cekal dan tetap berjuang demi mempertahankan sebenarnya hak mereka yang telah dijajahi baik dari segi kehidupan dan minda mereka....
"apabila China membuka pasaran kepada world market"
peranan US "membantu overseas chinese berakhir" dan kini pasaran eksport tiada halatuju, maka kerajaan disalahkan.
US membina semula kekuatan 'local productivity'-agen orang tengah singapore mungkin tak diperlukan lagi.
Masanya untuk Singpore memperkudakan politik Melayu membonekakan mereka untuk mengekalkan 'takhta' kemewahan hedonisme dan cita2 marhaen mereka menjadi Bilionare yg akan menemui jalan 'mati'.
"Penjaga US @ bekas penjaga UK" mengalihkan tumpuan overseas chinese kpd Australia & wakil2 caucassian sementara Jepun masih kekal dlm program "leading edge &research base economy".
-menurut Pakar dunia yg dihubungi.
kepala butuh la engkau Lee. Konon tak sama dengan malaysia. Yang Lee tua kutuk bodoh rampas dulu dari Tengku dulu, kan banyak melayu. Sekali lagi kepala butuh la lu Lee!!
singapore PM Melayu? jangan mimpi lah...
Assalamualaikum,
Mungkin akan terjadi, bilamana Singapura berada di bawah Khalifah Imam Mahdi.Insyaallah,
Wah wah semenjak Obama menang as US elect-president ni Al-Juburi and now Singapore pun dah bercakap macam tuh,konon puak minoriti "satu masa nanti" pun bole menjadi pemimpin number satu negara...itulah hakikatnya kalau perjuangan bertuankan "barat@proksi Yahudi"..apa saja yang barat buat semuanya baik dan akan di ikuti tanpa memikirkan dibumi mana sebenarnya mereka berpijak!
Bukan semua yg dtg dari barat tuh bagus dan sesuai untuk dijayakan diMsia...please lah...
satu masa nanti? atau hingga akhir nanti? the point between the line is : JANGAN HARAPLAH!..
LHL pun sebut.. pola pengundian berasaskan kaum akan kekal di Singapore..
ayat dia tu tak ubah seperti kenyataan : " JANGAN RISAU, KAMBING AKAN MENJADI LEMBU SATU MASA NANTI "
Catat Ulasan