Saya mungkin tersilap tetapi seingat saya tidak pernah dalam sejarah negara ini mana-mana pihak, samada masyarakat Islam, lebih-lebih lagi yang bukan Islam berani secara terbuka menentang apa-apa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tempatan. Dalam posting saya sebelum ini saya telah menegaskan bahawa fatwa-fatwa yang dikeluarkan ini adalah untuk makluman, rujukan dan tindakan umat Islam, ianya tidak ada kena mengena dengan penganut agama lain.
Kalau ada orang Islam yang tidak dapat menerima atau menolak satu-satu fatwa sekalipun, biasanya ia akan hanya berdiam diri kerana isu agama adalah sensitif, yang jahil sekalipun tidak mahu dilihat menolak apalagi menentang ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama.
Tetapi semalam satu sejarah telah tercipta dalam negara ini. Semalam menurut laporan akhbar, dan liputan oleh Malaysiakini, satu perhimpunan telah diadakan untuk menentang keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini yang mengharamkan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki dan minat kepada kaum sejenis, istilah semasa yang digunakan adalah “pengkid”.
Menurut keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa yang ke 83 pada 23 Oktober lalu, perbuatan seumpama ini melanggar tabii serta fitrah oleh itu jelas bertentangan dengan Islam.
Jadi apakah mesej yang mahu dibawa oleh himpunan semalam? Menurut Malaysiakini himpunan yang disertai kira-kira sedozen peserta itu terdiri dari wakil-wakil dua kumpulan iaitu “Katagender” (yang mempromosi kesaksamaan gender) dan satu lagi kumpulan yang dikenali “Food-not-bombs”. Dan menurut Malaysiakini jurucakap ini adalah seorang bukan Islam bernama Lee Wei San.
Menurut akhbar The Star jurucakap ini mempersoalkan mengapa tubuh wanita selalu dijadikan bahan pertikaian bagi menetapkan nilai moral masyarakat? Salah satu kain rentang yang dibawa oleh kumpulan inis emalam berbunyi:
“Lawan semua fatwa menindas perempuan”
Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Apakah yang telah kita lakukan sehingga apa pun isu dalam negara ini dipolitkkan sehinggalah keputusan Majlis Fatwa yang hanya melibatkan orang Islam pun mahu dipolitikkan dan dijadikan bahan cabar-mencabar?
Bagi saya kumpulan ini jelas telah masuk ke lembah larangan, mereka tidak sedar yang mereka membakar api kemarahan umat Islam dan cuba mencetuskan ketidakpuasana hati serta mengadu-domba dalam hal-hal yang tidfak pernah dipertikaikans ecara terbuka sebelum ini.
Saya berharap pimpinan kita samada dari mana parti sekalipun akan menasihatkan kumpulan ini agar jangan menjolok sarang tebuan. Negara kita kini berhadapan dengan masalah yang lebih besar yang perlu kita tangani bersama, umpamanya krisis ekonomi dunia yang sedang memberi kesan kepada negara, jangan cetuskan masalah baru! Jangan sampai majoriti masyarakat Islam pula nanti bangkit mencabar tindakan kumpulan kecil yang tidak bertanggungjwab ini.
sumber - Roslan SMS
9 ulasan:
Assalamualaikum,
Lekir tengok sekarang Malaysiakini semakin melampau?
Siapa di belakang Malaysiakini?
setelah mendapat lesen besar "anwar ibrahim" puak-puak ini sudah berani menjolok sarang tebuan dan bermain api...menyentuh sentimen agama lain..bukan setakat seperti api di dalam sekam..tetapi cuba menyalakan api kemarahan..anwar ibrahim duduk diam lagi..nak buat macam mana mereka pengundi pr..siapa di belakang malaysiakini? ramai yang mengetahui mereka penajanya bukan bumiputera...puak-puak ini penyokong tegar anwar ibrahim kerana pasti anwar ibrahim kan membalas budi...hasilnya maruah islam dan bumiputera diinjak-injak..malas mahu cerita panjang..yang haram tetap haram kenapa mahu dipertikai..aku tak kacau agama kau..kenapa mahu campur..kan selesai masalah..kalau negara komunis lain cerita..belajar tinggi-tinggi perlembagaan sendiri tak pernah masuk otak..
wassalam
p/s: marah ni hehe
wajar keluarkan fatwa anti gay jambu juga..hahahaha
http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/11/09/anti-tomboy-fatwa/
Really strange...kenapa mereka2 Non-Muslim ni beriya2 benar menyebuk about fatwa nih? Semalam Video pompuan yg ugly tuh berucap panjang lebar tentang fatwa ni jugak, kalau nak tegakkan human's rite ke woman's lib ke, buat ajelah asal jangan menyentuh tentang 'fatwa' dan agama Islam...
Ohh now I got it!..siapa dibelakang Msia Today..
p/s kenapa Majlis Agama Islam Msia tak bole ke keluarkan kenyataan dan bertindak agar Non-Muslim tidak perlulah menyebuk tentang isu2 fatwa nih, bukan ada kena mengena dengan mereka.
Say setuju apa dr.sid punya cadangan dan kena check Malayasiakini dan Malaysia Today, saya pun tak paham kenapa yang non Muslim kena protest Fatwa Umat Islam,apa kena mengena dengan mereka...saya rasa dah over the limit
Malaysiakini agen Amerika di Malaysia !!!
Patutlah suara sokong SIS ( sister in islam ) mcm orang itu dibawa oleh portal penghasut ni.
Kassim Ahmad pun dipromote laman berita ni jugak.
kepala hangit mcm Hishamudin juga popular di situ.
nak popular terpaksa la boikot utusan.
mgkn niat nak jadi lebih popular barangkali.
Syaitan
"main belakang"
Malaysiakini & Malaysiatoday
makhluk dajal ini memperalat kebenaran untuk menyesatkan manusia terutamanya yg Islam.
Malangnya orang2 Malaysia tak sebodoh dijangkakan..maka 'mereka memperlahankan tune'..
hati2 Umat Islam, yg makan babipun dah ada sekarang, kerja kat anak syarikat PNB. bodoh.
lagi satu, kalau muka cun takpe jugak. tapi yg memperjuangkankan ni sume rejek2 punya type.
ahh..bodoh gila puak2x ni. fatwa tu kan cuma diikuti oleh orang Islam saja? kenapa mereka yang terang2x BUKAN ISLAM ni nak protes pulak? erghh, siap bawak bekas air mcD lagi ha! nampak sangat diorang ni kena upah untuk 'berlakon', konon- konon tengah protes!! mcm budak sekolah pun ada aku tengok. what the hell?? nampak sangat tak matang! piiigidahhhh~
Catat Ulasan