Oleh Mohd Nasir Yusoff
JAKARTA, 15 Nov (Bernama) -- Walaupun didesak banyak pihak supaya tidak mencalonkan diri pada pilihan raya presiden pada tahun 2009, bekas presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur, tetap berkeras mahu menjadi calon, menurut agensi berita Antara, pada Sabtu.
"Saya ini kan ceritanya dijegal (dihalang) untuk maju sebagai capres (calon presiden) oleh Presiden SBY (Susilo Bambang Yudhoyono) dan Wakil (Naib) Presiden JK (Jusuf Kalla) dan juga oleh semua Parpol (parti politik) kecuali PKB (Parti Kebangkitan Bangsa).
"Biar saja mereka jegal saya, tidak mengapa. Saya malah gembira. Kita lihat saja nanti," kata Gus Dur di Jakarta Timur di sini.
Gus Dur mengaku bahawa setiap kali mengadakan dialog dengan masyarakat baik secara lisan mahupun menerusi telefon, beliau merasakan dirinya disokong orang ramai dan sekaligus yakin menang.
"Saya yakin saya menang," ujarnya, yang menambah bahawa sehingga ini 14 orang calon presiden sudah meminta sokongannya untuk pilihan raya itu kelak.
"Saya katakan kepada mereka, saya akan dukung kalau nanti saya tidak "nyalon" (menjadi calon)," katanya.
sumber-Bernama
2 ulasan:
salam aidc..
Bagaimana mahu jadi pemimpin kalau kita sendiri pun jalannya mesti dipimpin orang....
tapi kalu dah nafsu melebihi akal dan syaitan jadi penasihatnya...semuanya tidak mustahil....
gus dur....pendekar tempang bermata satu....segalanya bisa diatur!!!
kesian aku tengok dia..jadi keldai tunggangan yahudi rupa-rupanya...
Ketua Pemuda PKR berkata Tun Mahathir bayar 10 juta
Gus Dur bayar berapa juta?
Anwar saja free tak payah bayar
Catat Ulasan