MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Nov 2008

Hillary calon pilihan Setiausaha Negara AS



Hillary calon pilihan Setiausaha Negara AS


CHICAGO: Senator Hillary Clinton semalam disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk jawatan Setiausaha Negara Amerika di bawah pentadbiran baru pimpinan Barack Obama, beberapa bulan selepas beliau tewas dalam persaingan sengit pencalonan jawatan presiden parti Demokrat.

Penganalisis berpendapat pelantikan Clinton yang juga isteri kepada bekas Presiden Bill Clinton ke jawatan berkenaan, akan membantu 'menyembuhkan luka' dan mengatasi jurang perbezaan yang masih wujud selepas persaingan itu.

Obama tidak melantik Hillary sebagai calon Naib Presiden sebaliknya memilih Senator Joe Biden sebagai gandingan, keputusan yang menimbulkan kemarahan penyokong setianya dan menyebabkan kedua-dua mereka terpaksa berusaha keras untuk mengatasinya.


Pemilihan Hillary sebagai diplomat kanan Amerika juga bermakna pelaksanaan dasar luar yang lebih agresif daripada apa yang pernah dinyatakan Obama ketika berkempen.

Sepanjang tempoh berkempen, Clinton dilihat lebih keberatan untuk menetapkan jangka waktu yang tepat mengenai pengunduran askar Amerika dari Iraq.

Bagaimanapun, Obama dan Clinton mempunyai keazaman yang sama untuk meningkatkan imej Amerika di mata dunia dan memperbaiki apa yang mereka sifatkan sebagai 'dasar gagal' di bawah pentadbiran Bush.

Clinton dilaporkan berlepas ke Chicago semalam atas urusan peribadi. Tiada kenyataan sama ada daripada pihak Clinton atau Obama yang mengesahkan beliau menemui bakal Presiden itu bagi membincangkan pelantikan jawatan berkenaan.

"Sebarang spekulasi mengenai Kabinet atau pelantikan jawatan adalah di dalam bidang kuasa bakal presiden untuk menentukannya," kata penasihat kanan Philippe Reines.

Sementara itu stesen televisyen NBC dan akhbar The Washington Post melaporkan, Clinton sedang dipertimbangkan untuk jawatan itu. – Reuters

sumber- Berita Harian

1 ulasan:

TULIS ONLINE berkata...

Salam Blogger,

Salam ziarah ke blog ini.

Datanglah ke blog saya jika berkesempatan.


Ikhlas,

SARFAMS.BLOGSPOT.COM