MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Nov 2008

Kontroversi isu Lina Joy berpunca tiadanya dailog antara agama - Anwar Ibrahim



Kontroversi isu Lina Joy berpunca tiadanya dailog antara agama - Anwar Ibrahim


Pengguguran nama Islam mesti kekal di bawah kuasa Mahkamah Syariah, kata pemimpin de facto PKR Anwar Ibrahim.

Mengulas tentang keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas kes murtad Lina Joy, dia berkata keputusan tersebut bukan untuk memaksanya kembali kepada Islam walaupun dia sekarang mengaku telah memeluk Kristian.

“Ia berkenaan peraturan yang mesti diikuti apabila seseorang individu mahu meninggalkan Islam sebagai agama anutannya,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya percaya bahawa perkara seperti ini mesti kekal di bawah kuasa Mahkamah Syariah dan sama ada pengguguran tersebut adalah perlu ianya berkaitan dengan Mahkamah Syariah untuk menentukan.”

Dia menegaskan bahawa murtad adalah sama dengan perkara status peribadi seperti penceraian, wasiat dan pewarisan yang telah diwujudkan di bawah undang-undang syariah di pelbagai negeri.

“Walaupun undang- undang substantif dan keperluan prosedur yang mentadbir murtad mungkin berbeza mengikut tahap dari sebuah negeri ke negeri yang lain, Perlembagaan Persekutuan memberikan perkara tersebut dalam bidang ruang lingkup eksklusif mahkamah syariah,” katanya.

Rabu lepas, mahkamah apex membuat keputusan dengan majoriti 2-1 bahawa perkataan ‘Islam’ tidak boleh digugurkan daripada kad pengenalan Lina Joy dan bahawa dia hanya boleh murtad melalui Mahkamah Syariah.

Kes tersebut telah menerima perhatian seluruh dunia dan mencetuskan bantahan daripada pelbagai kumpulan hak asasi yang melihat penghakiman seperti hakisan terhadap Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang mana menjamin kebebasan beragama.

Kecekapan dipersoalkan

Anwar menegaskan bahawa kontroversi yang telah diburukkan lagi secara besar-besaran dengan kegagalan pihak berkuasa untuk memperkukuhkan keyakinan awam terhadap mahkamah syariah.

“Dengan pengecualian yang begitu sedikit, keputusan baru-baru ini telah menguatkan lagi pandangan umum tentang ketidakcekapan dan ketidakupayaan untuk menyelesaikan hanya isu- isu mudah,” katanya.

Dia menegaskan bahawa situasi tersebut telah bertambah buruk oleh keputusan kerajaan untuk menghentikan sebarang bentuk perbincangan terhadap isu antara agama.

“Pihak berkuasa juga gagal untuk berhadapan dengan isu ini dengan keadaan yang mana akan menenangkan bukan Muslim bahawa kebebasan berperlembagaan dalam merujuk kepada agama yang masih belum dikompromi.

“Ia juga amat dikesali bahawa selain menunjukkan keazaman baru untuk mengikat keharmonian antara agama dengan hasil keputusan ini, kerajaan masih cuba mendapatkan faedah politik daripadanya. ”

Bagaimanapun, Anwar berkata kebebasan beragama masih lagi kukuh secara meluas selepas keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Pada fikiran saya, keputusan tersebut tidak mengambil berat tentang kesesuaiannya atau hanya Muslim yang meninggalkan agama mereka tetapi hanya membuatkannya mandatori untuk Muslim terlebih dahulu untuk memohon kepada Mahkamah Syariah sekiranya mereka ingin menjadikan perbuatan keluar daripada agama dengan rasmi.”

“Ia tidak membincangkan sebarang bidang penghakiman yang baru untuk Mahkamah Syariah yang mereka masih lagi tidak mempunyainya.”

Dia juga menyatakan bahawa ia sudah tentu tidak memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan status agama bukan Muslim memandangkan sesetengah pandangan nampaknya menyokong.

Anwar menggesa orang awam untuk menghalang ceramah dan perbuatan yang berkaitan dengan isu ini seperti perkara lain yang mana berpotensi untuk mencetuskan ketegangan kaum.

“Muslim mesti menunjukkan komitmen yang baik kepada bukan Muslim yang mana kebebasan untuk mengamalkan agama selain daripada Islam akan terus dilindungi dan dihormati dan dihargai yang mana mereka juga sensitif tentang perkara keagamaan,” tambahnya.


AIDC menterjemah kenyataan Anwar mengenai isu Lina Joy yang disiarkan di Malaysiakini, pada 4 Jun 2007. Artikel asal klik di sini


Tiada ulasan: