MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Nov 2008

Strategi baru PKR 'kurang bercakap'..



Strategi baru PKR 'kurang bercakap'..


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


SHAH ALAM: Pakatan Rakyat mengambil pendekatan 'kurang bercakap, tapi lebih bertindak' bagi memastikan sasaran mengambil alih kerajaan selepas kegagalan pada 16 September lalu menjadi kenyataan.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali berkata, langkah sedemikian bagi memastikan matlamat yang disasarkan benar-benar menjadi kenyataan tanpa menghampakan penyokong setia pakatan pembangkang itu.


"Kita akan kurangkan bercakap mengenainya, tapi akan berusaha untuk mencapainya kerana pengajaran yang kita peroleh daripada yang lepas," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita Nasional dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di sini, hari ini.


Jelas beliau Pakatan Rakyat tidak lagi akan terus mencanangkan kepada umum mengenai tarikh-tarikh baru dan target untuk mengambil alih kerajaan.


"Kita akan fokuskan mengenai agenda, bagaimanapun 16 September bukanlah sebagai permulaan dan pengakhiran.


"Ini hanya permulaan kepada segala-galanya...kita sentiasa bersedia untuk perubahan yang mungkin berlaku bila-bila masa sahaja," katanya.


Jelas beliau lagi, kemungkinan peralihan kuasa akan berlaku lebih awal iaitu sebelum Pilihanraya Umum ke-13.


Beliau berkata, selepas pilihanraya yang lalu, majoriti rakyat dari pelbagai lapisan menyambut dengan ghairah serta penuh harapan apabila timbul ura-ura pertukaran kuasa kerajaan pusat.


"Namun apabila ini tidak berlaku, maka ramai yang kecewa hingga ada yang menuduh kononya pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong mengenai bilangan ahli Parlimen (Barisan Nasional) yang hendak berpindah (lompat parti).


sumber - Mstar online


1 ulasan:

Unknown berkata...

Sudah jelas anwar berbohong, masih nak tegakkan benang yang basah lagi.

Cukuplah tu nak cover anwar syed husin ali, cukup anwar seorang jer yang jadi PM Mat Jenin. Takkan kamu pun nak jadi TPM Mat Jenin juga.

'Kurang Bercakap'..dah tahu malu lah tu. Belum apa-apa dah canang satu dunia. Sekarang baru tahu malu. Lain kali, nak bercakap guna otak jangan guna kepala lutut!!!