MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Nov 2008

Arak di Selangor : Anwar dan Khalid tak kisah...




Arak di Selangor : Anwar dan Khalid tak kisah...


PAS Selangor semakin berani menongkah arus untuk menunjukkan kepada Khalid Ibrahim serta pimpinan PKR dan DAP bahawa mereka sudah mahu kembali kepada asal “back to basic”, meletakkan prioriti kepada perjuangan negara Islam.

Beberapa hari yang lepas, Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali telah mengambil tindakan drastik dengan mengenepikan “kuda tunggangan” Anwar [ahli ahli Erdogan] yang memegang jawatan dalam PAS Selangor apabila melucutkan jawatan Ir Hj Khalid Samad dan Hj Sa’ari Sungip.


Semalam kecoh pula kisah PAS Selangor mahu kerajaan tempatan bertindak tegas terhadap penjualan alkohol serta minum keras yang kini sangat mudah didapati dan berleluasa dimana mengakibatkan masalah sosial dikalangan remaja melayu dan islam. Diantara tempat yang dikenal pasti amat mudah untuk mendapatkan minuman keras tanpa sebarang kawalan adalah di 7 Eleven.

Laporan berita menyebut bahawa ada wakil wakil PAS yang cuba membawa usul ini untuk diluluskan dalam mesyuarat ahli majlis tetapi tidak mendapat perhatian serta layanan daripada korum mesyuarat.

Manakala dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri pun cuba dibincang perkara ini tetapi ternyata hasrat Dr Hassan Ali tidak kesampaian apabila MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan negeri tidak akan mengharamkan penjualan alkohol dan minum keras di 7-Eleven, pasaraya dan kedai kopi.

Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR juga turut sama mengeluarkan kenyataan yang sama. Tambah mengelirukan keadaan apabila Khalid Ibrahim menyangkal kenyataan awal tengahari semalam bahawa MBSA sudah boleh bertindak memperketatkan pengeluaran lesen penjualan minuman keras. Khalid berdalih mengatakan itu hanyalah cadangan dan belum mendapat kelulusan.

Jelas terbukti Anwar dan Khalid lebih tawaduk ke arah “menjaga hati semua kaum”. Ekoran dari isu ini, wakil rakyat DAP, iaitu Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua sudah mula mengungkit-ungkit faktor kemenangan di Selangor dengan mengatakan PAS kini bongkak dan tidak mengenang jasa pengundi bukan melayu yang memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

Kenapa pula wakil rakyat bukan melayu melenting sedangkan PAS Selangor mahukan pengawalan jualan minuman keras dilaksanakan keatas rakyat melayu yang beragama islam. Langkah memperketatkan jualan alkohol adalah satu daripada cara untuk memastikan gejala sosial anak anak melayu dapat dibendung.

Apakah yang membuatkan keputusan ini gagal dipersetujui? Kalau dihitung daripada bilangannya, Exco yang beragama islam masih lebih ramai berbanding dengan yang bukan islam, walaupun terlebih sedikit sahaja..... Namun ianya masih tidak mampu untuk membantu PAS dalam mencapai keputusan ini.

Tindakan Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim tidak perlu dikritik sebab mereka memang mahukan sokongan padu daripada rakyat bukan melayu untuk menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri. Biarpun perlu menggadai bangsa dan agama….

Kini tiba waktunya untuk Dr Hassan Ali memikirkan semasak masaknya apakah PAS mampu untuk memperjuangkan negara islam sekiranya masih mahu bermadu kasih dengan DAP dengan bersuamikan PKR…???? Ataupun, adakah tindakan membawa usul ini sebagai langkah menguji sejauh mana kasih sayang Khalid Ibrahim terhadap Hassan Ali berbanding dengan Theresa Kok....?

sumber- medan-info-kita


4 ulasan:

Unknown berkata...

Kenapa orang bukan Islam pula yang melenting tak tentu pasal? Ini soal pegangan & larangan terhadap orang Islam.

Anwar & Khalid bimbang sokongan bukan Islam lari. Akhirnya hati orang Islam juga yang terguris.

Kalau nak jaga sangat hati bukan Islam,convert la mana-mana bnagsa anwar & Khalid oiii...

Islam Liberal semakin berakar umbi.

Truth prevails berkata...

Amazingly..strange but true....setelah bersekongkol dan rela dengan pembukaan ladang2 ternakan besar2an BABI kerana babi juga adalah binatang ciptaan Allah, seks sebagai suatu sedekah kerana seks itu naluri secara azali,adalah mustahil mereka2 ini mau mengenepikan tentang arak...apalah sangat kerana arak tuh kan ke diperbuat dari buah2an...lolz!

matfai berkata...

nampak sangat blog ni puak2 UMNO yg sayangkan kroni, harta & duit yg buat.... aku bukan jenis nak sokong pembangkang atau kerajaan tapi hari ni byk dah nampak keburukan kerajaan ni dari hari kehari... keburukan yg diadakan terhadap pembangkang pula byk yg diada adakan & ditokok tambah kat tv & surat khabar.... kebanyakkan fitnah dilemparkan oleh pihak BN & keburukan yg dibuat sebenarnya kalo dikaji semuanyer apa yg pernah dibuat oleh BN... malu lah kalo aku nak kata umno ni mewakili org melayu

matfai berkata...

Comment moderation has been enabled. All comments must be approved by the blog author.

nampak sangat yg korang puak umno ni buta & pengecut