Tinggal beberapa hari lagi akan muncul tarikh 30 November 2008.
Bagi tahun 2008, Parti Keadilan Rakyat akan mengadakan Kongres Nasional tahunan ke 5 di Stadium Melawati Shah Alam. Inilah merupakan tahun yang sulung Kongres parti yang ditunggang oleh Anwar Ibrahim diadakan setelah bala tentera beliau berjaya mencipta kejutan dalam pilihanraya ke 12 yang lalu.
Untuk kesekian kalinya PKR akan bersidang dalam situasi memiliki ramai perwakilan perwakilannya terdiri daripada ahli ahli Yang Berhormat. Daripada Dewan Rakyat sahaja sudah ada melebihi 30 Ahli Parlimen. Bilangan YB YB akan bertambah lagi setelah diambil kira wakil wakil rakyat dari negeri pemerintahan mereka di Selangor dan juga beberapa negeri negeri lain di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.
Malah pada tahun ini juga buat julung julung kalinya sewaktu Kongres ini nanti, PKR sudah pasti berbangga kerana ada bersama-sama mereka seorang Menteri Besar dan seorang Timbalan Ketua Menteri. Keadaan ini nanti amatlah jauh berbeza dengan Kongres mereka tahun lepas yang telah diadakan di Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban pada 27 Mei 2007. Ketika Kongres itu berlangsung, parti berbilang kaum ini hanya ada dua pemimpin bergelar Yang Berhormat, iaitu Presiden mereka Datin Seri Dr Wan Azizah dan seorang wakil rakyat daripada Sarawak, Yb Dominic Ng.
Mengimbau kembali peristiwa Kongres pada tahun lepas, agak tergamam para perwakilan di dalam dewan kerana aksi lakonan drama oleh Anwar Ibrahim yang membuat keputusan tidak mahu bertanding jawatan Presiden parti.
Ketika itu Anwar telah mendapat pencalonan paling tinggi daripada 120 bahagian berbanding dengan Dr Wan Azizah menerima 10 pencalonan dan seorang lagi calon iaitu Hj Abdul Rahman Osman, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional yang menerima sokongan daripada 7 bahagian utara tanah air.
Ramai perwakilan kesal dengan tindakan Anwar yang menggunakan alasan khuatir tindakan Registrar of Society [ROS] ke atas PKR sekiranya memilih Anwar sebagai Presiden sedangkan waktu itu beliau belum lagi “habis tempoh idah” daripada memegang sebarang jawatan rasmi sebelum April 2008.
Ada di kalangan perwakilan melihat helah Anwar ini sebagai mahu menguji sokongan perwakilan untuk mencalonkannya dan ada juga beranggapan Anwar mahu memberikan signal kepada Dr Wan Azizah bahawa beliau lebih popular dan layak memegang jawatan Presiden…., bukannya Wan Azizah!
PELUANG ANWAR BERBOHONG LAGI
Sepertimana biasa, sewaktu berlangsungnya kongres PKR, tumpuan adalah pada sesi perbahasan. Pada kongres 2007, sesi ini dilihat pudar dan malap, apatah lagi ianya dengan ketiadaan Ezam Mohd Nor yang merupakan suatu ketika dahulu pendekar parti Anwar Ibrahim. Dewan Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban telah kempunan untuk menerima kunjungan Ezam sebab keputusan anak muda pengasas Parti Keadilan Nasional itu untuk tidak lagi bersama Anwar Ibrahim.
Tahun 2008 diramalkan ramai perwakilan akan cuba mencuri perhatian, maka bersusunlah mereka untuk berpidato menunjukkan bakat masing masing. Ini dilihat sebagai batu loncatan untuk mendapat personal glory supaya lebih dikenali ramai dan memudahkan untuk menjadi calon dalam pemilihan parti akan datang dan juga calon pilihanraya ke 13. Dalam benak fikiran mereka ini, Anwar bakal jadi PM.
Di antara isu yang sudah pasti akan menggegarkan dewan kongres adalah mengecam tindakan Ezam menyertai UMNO dan kuda kuda tunggangan Anwar ini akan berkokok melabelkannya pengkhianat dan sebagainya….
Namun begitu, ada suatu perkara yang memang pasti juak juak murahan Anwar ini akan terlepas pandang, iaitu PEMBOHONGAN ANWAR!
Pentas kongres parti ini sudah pasti menanti nantikan ucaptama daripada Ketua Umum mereka, Dato Seri Anwar Ibrahim.
Inilah peluang terbaik untuk Anwar menipu semua perwakilan mengenai rancangan mengambil alih kerajaan pusat setelah 16 September terbukti suatu omongan kosong yang diada-adakan.
Berkatalah apa saja. Biarpun ianya tidak masuk akal. Tudinglah jari menyalahkan orang lain walaupun terbukti Anwar gagal melakukannya, namun yang pasti ialah tepukan gemuruh bergema daripada perwakilan perwakilan yang buta dan tuli terhadap pembohongan Anwar…..
Sama samalah kita nantikan temberang Anwar Ibrahim yang akan diungkapkan pada kongres mereka yang berakhir 30 November 2008 nanti….
sumber - medan-info-kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan